Wednesday, 10 January 2018

Anggap Dia Saja Yang Betul? Fathia Latiff 'Meroyan' Kepada Produksi Pula





PELAKON kontroversi Fathia Latiff meluahkan rasa tidak puas hatinya gara-gara tuduhan tidak berasas sebuah syarikat produksi drama tempatan.

Fathia menerusi kemas kini terbarunya di laman Twitter menyatakan pihak berkenaan sering mencari kesalahan dirinya dengan mendakwa kononnya dia sering tiba lambat ke lokasi penggambaran.

Bagaimanapun, Fathia dilihat tidak pula mendedahkan serta menyatakan secara jelas nama produksi yang dimaksudkan.

“Nak tunggu cerita, watak dan skrip yang bagus, kena tunggu 18 tahun lagi agaknya. Selepas itu, datang lambat sikit nak kecoh satu Malaysia. Seolah-olah kamu tidak pernah lambat. (Kalau) Nak cari kesalahan orang, laju saja,” tulisnya.

Ujar Fathia lagi, dia pelik dengan sikap produksi tersebut yang inginkan kesempurnaan tetapi mendakwa pihak berkenaan tidak pula menguruskan kerja mereka dengan baik.

“Kalau buat kerja sempurna, tak apalah juga. Sebaliknya mereka buat kerja pun ‘cincai’.  Sempat lagi nak tuding jari. Bukan main mereka nampak keburukan orang lain! Sumbangan, bakat, pencapaian dan kebaikan orang lain buat-buat buta.

“Kalau produksi yang dikenali tak kecoh, produksi kau yang lebih-lebih nampak ‘hauk’ (teruk). Anda boleh mengenakan selebriti lain, tetapi bukan saya,” ujarnya.

Terdahulu, nama Fathia adalah antara selebriti yang tidak terlepas daripada mencipta kontroversi yang menjadi bualan cukup hangat di media sosial.

Antaranya digugurkan daripada membintangi drama bersiri Laluna kerana masalah disiplin dan diikuti kontroversi rakaman video berhibur bersama pelakon baru sehingga menampakkan sebahagian payudaranya.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci