Monday, 15 January 2018

Facebook Dituduh “Mesra Zionisme, Anti Islam”




Ratusan umat Islam Indonesia berhimpun secara aman di luar ibu pejabat Facebook di negara itu pada hari Jumaat baru-baru ini untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan Facebook yang mendiskriminasi laman-laman berbentuk Islami.


Menurut laporan yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia, Facebook bertindak membiarkan laman-laman yang menghina dan menyebarkan kebencian terhadap Islam dan para ulama namun menyekat laman-laman Islam yang berbentuk kemanusiaan.


“Banyak akaun (Facebook) yang menyebarkan kebencian terhadap Islam dan ulama dibenarkan beroperasi sebelum ini manakala akaun yang menyentuh mengenai bantuan kemanusiaan Islam seperti ini pula disekat,” kata jurucakap Barisan Pertahanan Islam (FPI), Slamet Maarif.


Menurut laporan Free Malaysia Today, seorang jurucakap Facebook yang enggan dikenali menyatakan bahawa adalah menjadi dasar atau polisi Facebook untuk memadamkan mana-mana kandungan yang dilihat melanggar piawaian komuniti laman sosial itu.


Dalam pada itu, Facebook juga gagal menyatakan piawaian yang menjadi rujukan laman media sosial itu, ini kerana Facebook sering didapati berat sebelah menyokong Zionisme dan menyekat kandungan berunsur pro-Islam.


Perhimpunan tersebut telah berlangsung secara aman tanpa apa-apa kejadian yang tidak diingini, walaupun Indonesia membekalkan pelanggan keempat paling ramai di dunia selepas Amerika Syarikat, India dan Brazil untuk laman sosial itu, iaitu 115 juta orang, namun Facebook tetap melangsungkan diskriminasi terhadap laman-laman web yang memperjuangkan isu kemanusiaan dari perspektif Islam termasuk laman-laman yang menyokong perjuangan umat Palestin.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci