Seorang gadis dinodai dua lelaki selepas tidak sedarkan diri akibat dipaksa mengambil minuman keras dalam parti makan malam.
Mangsa, 18 tahun, menyedari dirogol apabila mendapati dirinya tidak berpakaian di sebuah rumah rakannya di Pantai Hill Park, Pantai Dalam di sini, sebelum cuba melarikan diri, lapor Harian Metro.
Dua lelaki, 20-an, mengugut untuk menyebar foto dan video kejadian rogol itu ke laman sosial jika mangsa mendedahkan kejadian tersebut.
“Berikutan itu, mangsa berasa takut dan kemungkinan menyebabkannya terjun dari kondominium hingga parah di kepala dan anggota badan,” kata sumber.
Bapa mangsa kemudian membuat aduan di balai polis Brickfileds. Mangsa dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci