728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 21 November 2017

    Mugaba Disiasat Benar Isteri Rebut Kuasa



    Parti pemerintah Zimbabwe, Zanu-PF bersedia untuk memulakan prosiding siasatan terhadap Presiden Robert Mugabe atas pelbagai dakwaan termasuk membenarkan isterinya “merebut kuasa Perlembagaan”.

    Usul itu kini dikemukakan kepada Parlimen pada hari Selasa.

    Anggota kanan parti itu, Paul Mangwana berkata, proses itu boleh mengambil masa dua hari untuk diselesaikan. Dan, Presiden Mugabe boleh disingkirkan pada hari Rabu.

    Parti Zanu-PF telah meluluskan peletakan jawatan Mugabe pada hari Isnin.

    Dalam kenyataan berasingan, pemimpin tentera mengatakan mereka telah merancang “pelan” untuk masa depan Mugabe.

    Manakala bekas naib presiden yang digulingkan, Emmerson Mnangagwa, akan kembali ke negara tidak lama lagi.

    Grace Mugabe dan Mnangagwa kedua-duanya dilihat sebagai pengganti presiden Zimbabwe.

    Tetapi pada awal bulan ini, Mugabe telah menyingkirkan timbalannya – dilihat memberi peluang kepada Grace untuk menggantikannya – mencetuskan campur tangan tentera.

    Jeneral tentera berkata, Mugabe dan bekas timbalannya telah berhubung dan akan mengadakan perbincangan secara langsung dalam masa terdekat.

    Perlembagaan Zimbabwe membenarkan pendakwaan atas alasan “salah laku serius”, “pelanggaran” perlembagaan atau “kegagalan untuk mematuhi, menegakkan atau mempertahankan” atau “ketidakupayaan”.

    Pertuduhan utama terhadap Mugabe ialah membenarkan isterinya untuk ‘merampas kuasa Perlembagaan’ yang mana dia tidak ada hak untuk memerintah kerajaan.

    Grace didakwa menghina penjawat awam dan naib presiden di perhimpunan awam.

    Mangwana menambah, Mugabe dan Grace menafikan kuasa tentera – antara pertuduhan yang akan dikenakan ke atas mereka.


    “Mugabe sudah terlalu tua, tidak ada keupayaan fizikal untuk memerintah kerajaan. Dia degil, dia sepatutnya boleh mendengar suara rakyat tetapi dia memilih tidak mahu mendengar,” kata Mangwana. – MG

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Mugaba Disiasat Benar Isteri Rebut Kuasa Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top