Golongan Ahmadi tetap mendakwa diri mereka sebagai Muslim walaupun undang-undang negara Pakistan tidak menerima mereka sebagai penganut agama Islam.
Menurut laporan yang dipetik daripada Free Malaysia Today, golongan Ahmadi dilarang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim kerana kepercayaan mereka yang menghina Islam.
Walaupun golongan Ahmadi menganggap diri mereka sebagai orang Islam akan tetapi pada masa yang sama, mereka mengiktiraf pengasas ajaran ini yang berasal dari India iaitu Mirza Ghulam Ahmad dan menganggap beliau sebagai seorang Nabi bawahan.
Golongan Ahlu Sunnah melihat perbuatan ini sebagai sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam dan percaya bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah utusan Allah yang terakhir.
Kerajaan Pakistan telah mengiklankan dalam akhbar utama dengan tegas di mana pegawai yang dipilih perlu berikrar bahawa mereka tidak akan mengikuti mana-mana pihak yang mendakwa sebagai Nabi selepas Muhammad S.A.W. dan tidak tergolong dalam kumpulan Qadiani (Ahmadi).
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci