Saturday, 25 November 2017

Mesir: 235 Terbunuh Dalam Insiden Serangan Di Masjid





Angka kematian insiden letupan bom di Masjid al-Rawdah di bandar Arish, Mesir meningkat kepada 235 orang, lapor stesen televisyen tempatan.


Menurut sumber rasmi tempatan, sebutir bom diletupkan di kawasan masjid yang penuh sesak dengan orang ramai yang hadir menunaikan solat Jumaat.


Dan ketika mereka yang terselamat cuba untuk menyelamatkan diri, sekumpulan lelaki dipercayai anggota kumpulan pengganas melepaskan tembakan secara melulu kepada orang ramai.

Pihak keselamatan menjangkakan angka kematian mungkin meningkat lebih tinggi. - REUTERS/AFP

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci