Friday, 24 November 2017

Beyonce Penyanyi Pendapatan Tertinggi RM463 Juta



Penyanyi Beyonce dinobat sebagai pemuzik wanita yang menerima bayaran tertinggi bagi tahun 2017 sekaligus merampas takhta Taylor Swift tahun lalu.

Menurut senarai yang dikeluarkan Forbes, Beyonce meraih pendapatan berjumlah $105 juta (RM463 juta) sejak 1 Jun 2016 hingga 1 Jun tahun ini.

Isteri kepada rapper, Jay Z itu meraih keuntungan tinggi hasil daripada konsertnya, Formation World Tour yang berlangsung sejak April hingga Oktober tahun lalu.

Sementara Adele mengambil tempat kedua dengan meraih pendapat sebanyak $69 juta (RM276 juta).

Manakala Taylor Swift yang sebelum ini tersenarai sebagai penyanyi muda terkaya di tempat ketiga dengan jumlah pendapatan sebanyak $44 juta (RM176 juta).

SENARAI PENUH 10 PENYANYI WANITA BAYARAN TERTINGGI 2017:

1. Beyonce $105 juta (RM463 juta)

2. Adele $69 juta (RM284 juta)

3. Taylor Swift $44 juta (RM181 juta)

4. Celine Dion $42 juta (RM173 juta)

5. Jennifer Lopez $38 juta (RM156 juta)

6. Dolly Parton $37 juta (RM152 juta)

7. Rihanna $36 juta (RM148 juta)

8. Britney Spears $34 juta (RM140 juta)

9. Katy Perry $33 juta (RM135 juta)

10. Barbra Streisand $30 juta (RM123 juta)

Sumber: The Forbes

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci