BANYAK betul lelaki gila. Terbaru berlaku kepada seorang gadis. Dia dibakar hingga meninggal dunia selepas menolak lamaran seorang lelaki yang juga rakan sekelasnya. Manakala ibu dan adik perempuannya kini bertarung nyawa di hospital.
Mangsa, Induja Mugam, 22, merupakan pelajar bidang kejuruteraan dari Chennai. Selama ini dia diminati oleh rakan sekelasnya, Akash, yang sebaya dengannya.
Pada satu hari, Induja berada di rumah bersama ibunya, Renuka Mugam, 44, dan adiknya, Nivedha Mugam, 21, apabila loceng pintu berbunyi.
Memandangkan hari sudah malam iaitu sekitar 9 malam, Injuja tidak membuka pintu namun Akash memanggilnya dari luar dengan alasan mahu bercakap dengannya.
Induja enggan membuka pintu pada awalnya namun akhirnya dia bersetuju, Sebaik sahaja dia membuka pintu, Akash telah mencurahkan petrol ke badannya lalu menyalakan api.
Ibu dan adiknya cuba membantu manakala Akash melarikan diri selepas itu. Mereka dikejarkan ke hospital oleh jiran namun Induja disahkan meninggal dunia.
Manakala ibu dan adiknya mengalami luka terbakar 49 dan 23 peratus.
Menurut doktor, Renuka dan Nivedha kini berada dalam keadaan kritikal. Sementara bapanya, Shan Mugam bekerja di Kanada. Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, dia terus menempah tiket penerbangan dan sebaik sampai, dia telah mengadakan upacara pengebumian anaknya.
Susulan itu juga, satu pasukan khas telah ditubuhkan oleh polis bagi mengesan Akash. Dia ditangkap keesokannya ketika mahu menaiki bas.
“Keluarga mangsa mendakwa Akash mencintai Induja dan telah menganggunya. Dia telah melamar gadis itu tetapi ditolak,’’ kata polis. –MYNEWSHUB.CC
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci