OMG nampaknya kisah Fathia Latiff belum lagi berakhir. Kali
ini satu lagi video yang menunjukkan wanita yang kelihatan mirip dengan pelakon
Fathia tersebar di media sosial.
Terdahulu, Fathia menari seksi sehingga menampakkan
sebahagian asetnya kepada umum.
Terkini, dia hanya bertuala muncul di siaran aplikasi Bigo
milik rakannya secara tidak sengaja dan wajahnya kali ini kelihatan lebih
jelas.
Aplikasi Bigo Live milik pelakon baru, Natasha Elyzza itu
dilihat Fathia muncul bertuala sambil berseloroh berkata,
“Itulah pasalnya. jangan main (Bigo Live) kalau aku ada.”
Namun, tidak lama kemudian, mungkin setelah didesak penonton
aplikasi itu, Fathia kemudian bersuara
“Mengaku je lah.. Ha, Fathia”.
Jika sebelum ini Natasha menafikan bahawa wanita dalam video
terbabit bukan Fathia, kini segalanya terbongkar apabila individu di dalam
video itu sendiri mengaku dirinya adalah Fathia.
Dalam pada itu, Natasha yang kelihatan bengang dengan cacian
dilempar netizen terhadap Fathia bertanya apa masalahnya sekiranya benar wanita
itu adalah Fathia.
Malah dia turut bertanya jika netizen yang menyaksikan
siaran aplikasi Bigo Live itu mempunyai masalah dengan artis.
Katanya dengan nada yang agak kasar, ” Apa masalah kalau
Fathia.. Ada masalah ke korang dengan artis-artis Malaysia, apa masalah korang
ha? Aku nak tanya ni, apa masalah korang?”
Sejak semalam, rakaman video Bigo itu tersebar di media
sosial menyebabkan Fathia menerima kecaman hebat di Instagram miliknya.
Namun, Fathia mengambil pendekatan untuk tidak memberi
jawapan yang jelas mengenai penyebaran kedua video tersebut.
Video itu boleh ditonton di bawah:
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci