728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 5 September 2017

    Suami Nora Danish 'Balas Sinis' Komen Negatif Netizen





    Baru-baru ini, suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri memuat naik foto mesra mereka yang sedang bercuti di Pulau Langkawi, Kedah namun nampaknya netizen kurang senang dengan aksi pasangan itu dan mula menulis komen negatif kepada mereka.

    Tidak berdiam diri, Nedim bertindak membalas komen yang ditinggalkan pemilik akaun bernama @titystella dan @4arifputh_ yang cuba mengajarnya bagaimana untuk menjalani kehidupan bersama keluarganya.

    Malah, anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ini menasihati mereka agar membuang sifat dengki dalam diri sekiranya ingin berjaya dalam kehidupan.

    "@titystella, budak ini cuba untuk beritahu saya bagaimana saya perlu jalani kehidupan sementara dia seperti belum cukup umur.

    "@4rifputh_ nak senang dan berjaya jangan benci atau dengki dengan kehidupan orang lain, kalau saya jadi adik, saya ambil ilham untuk jadi lebih baik daripada saya.



    "Dunia ini ibarat roda, jangan terlalu taksub cari salah orang lain, cermin diri, jadi lebih baik daripada anda hari ini," tulis Nedim seperti yang dilaporkan mStar online.

    Nedim juga memberi cadangan agar mereka pergi ke pusat kecantikan untuk memiliki kulit licin sepertinya dan meminta mereka menyebut namanya untuk mendapatkan potongan harga.

    "Saya punya muka licin pasal pergi ke MyClinic dekat Damansara, cuba la mungkin bila awak dah hilang jerawat boleh lihat muka sendiri di cermin dengan selesa.

    "Cakap nama saya, awak akan dapat diskaun Insya-Allah," ujarnya.

    Rata-rata pengikutnya turut memuji pasangan ini dan mengelarkan mereka seperti Romeo dan Juliet dan meminta orang luar agar membiarkan mereka bercuti dengan aman.

    Nedim dan Nora mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Glasshouse at Seputeh, Petaling Jaya.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Suami Nora Danish 'Balas Sinis' Komen Negatif Netizen Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top