728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 6 September 2017

    Pengakuan Isteri Orang Terlanjur Dengan Lelaki Lain Melalui Whatsapp






    Hubungan suami isteri memerlukan kepercayaan dan kesetiaan untuk kekal sehingga ke akhir hayat. Namun, tidak semua mampu untuk membalas kepercayaan tersebut baik lelaki ataupun perempuan.

    Dalam satu kisah yang dikongsi melalui laman Facebook Kisah Rumat Tangga, seorang wanita dan juga masih isteri orang telah mengkhianati kepercayaan yang diberi. Semoga kisah wanita ini menjadi pengajaran untuk semua. 


    Perkenalan Melalui Aplikasi Whatsapp

    Aku seorang isteri dan ibu yg dah berkahwin hampir 10 tahun. Kisah aku ni berlaku dalam tahun 2015 bilamana aku berkenalan dengan Z melalui wassap.

    Mula2 Z ni tak tahu yg aku ni isteri orang sebab aku merahsiakan,sampai satu saat aku brterus terang status diri aku,Z ni memang terkejut sebab aku dah beri harapan pda dia dan dia tanya sama ada nak teruskan @ stop.

    Akui kami dah mula sayangkan satu sama lain jadi kami teruskan hubungan tanpa pngetahuan suami aku. Suami aku seorang yg sangat2 baik cuma aku trlalu bodoh waktu tu untuk menilai. Hubungan aku dan Z hampir setahun tapi dalam masa yg sama aku tak mampu lagi untuk menipu suamiku sedangkan dia terlalu baik pada aku dan keluarga aku.



    Minta Cerai Dengan Suami

    Aku meminta cerai daripada suami sebab aku rasakan Z tu terbaik dan Z nyatakan hasrat nak kawen dengan aku namun keluarga aku menentang sekeras2 kerana keluarga aku cukup selesa dengan suamiku.

    Suami aku kerja biasa tapi cukup segala. Ada motor, kereta dan rumah untuk kami sekeluarga berteduh. Aku nekad brterus terang dengan suami aku ada lelaki lain melalui wassap,suami berang sedangkn dia tak pernah terlintas nak menduakan aku.

    Kami berjauhan seketika untuk masing2 berfikir dengan tenang. Keadaan dah tenang aku buat kptusan untuk kembali semula pada suami kerana memikirkan anak2 yang masih kecil. 


    Pernah Terlanjur Beberapa Kali

    Suami menerima dan memaafkan aku. Namun tak sampai disitu aku masih sayangkan Z,kami masih berhubung & kami pernah terlanjur beberapa kali. Hari berganti hari Z seakan2 mula berubah,dia mula menjauh dari aku.

    Bila aku siasat ternyata dia mempunyai ramai skandal,yang dasyat bukan dengan aku je dia pernah "bersama". Terduduk aku saat tu. Bodohnya aku..hinanya aku..lepas kejadian tu aku tak lagi berhubung dengan Z. Tumpuan aku hanya keluargaku dan perasaan sayang aku pada suami lebih kuat dari sebelum ni malah makin hari makin kuat.

    Aku bertaubat sesungguh2nya..aku isteri yang derhaka..tak mungkin akan aku ulangi kejahilan dan kebodohan ni...semoga semua mengambil iktibar dri pengalaman aku..aku pendosa. - www.kakishare.my

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Pengakuan Isteri Orang Terlanjur Dengan Lelaki Lain Melalui Whatsapp Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top