728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 27 September 2017

    Kenapa Zaid Mahukan Golongan Muda Melayu Untuk Berhijrah?





    Tulisan asal oleh:
    Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 26 September 2017

    Seruan Zaid Ibrahim untuk golongan muda Melayu berhijrah, terutamanya ke London, menampakkan sikap manusia yang tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada dan sentiasa berfikiran bahawa orang lain lebih bagus daripadanya. Dan hakikat bahawa Zaid mempunyai sebuah rumah di London dan beliau menghabiskan banyak masa di UK menjadikan nasihat itu aneh apabila memikirkan jika anda tahu bahawa London akan menjadi tempat terakhir yang anda mahu tinggal.

    Maksud saya, tidak ada orang Inggeris yang ingin tinggal di London. Ia adalah bandar yang penuh dengan orang asing dan bahagian di London yang membuatkan anda merasa seperti anda berada di Jeddah, Lahore atau Madras. Malah penyeluk saku di kawasan bawah tanah London bukan lagi pelajar Fagin tetapi gipsi dari Romania. Dan jika anda melempar batu ke udara, sembilan daripada sepuluh kali itu ia akan terkena seseorang yang Bahasa Inggeris bukanlah bahasa ibunda mereka.

    Itulah sebabnya mengapa saya mengundi untuk Brexit. Maksud saya, sudah terlalu banyak orang asing di UK yang menyebabkan keseronokan hidup di sini berkurangan. Malah di Manchester dan Liverpool, tiada siapa yang bercakap Bahasa Inggeris. Ia seperti pergi ke Tumpat di Kelantan dan cuba berkomunikasi dengan orang tempatan. Amenda demo kechek. Tak pahe sepatah hare.

    Anda perlu hidup di sini untuk menghargai Malaysia. Negara ini sangat liberal dan menghormati hak-hak sivil sehinggakan kanak-kanak berumur sepuluh tahun boleh menendang bola ke kereta yang baru anda beli dan tiada apa yang dapat anda lakukan. Jika anda menjerit memarahi kanak-kanak itu, anda boleh ditangkap kerana membuat gangguan. Sekiranya anda menyentuh mana-mana kanak-kanak itu dengan hanya satu jari anda akan ditangkap sebagai pedofil. Sekiranya mereka adalah anak anda sendiri dan anda merotan mereka, anda akan ditangkap dan anak-anak anda akan diambil dari anda dan akan dihantar ke rumah kebajikan. Kanak-kanak berumur sepuluh tahun boleh menjerit kepada anda dan memanggil anda MF-CS dan tidak ada apa-apa yang boleh anda lakukan mengenainya. Tetapi jika anda menjerit kembali kepada mereka, anda akan ditangkap atas apa-apa undang-undang yang mereka putuskan anda telah langgar.

    Ambil contoh Clare Rewcastle Brown. Beliau menulis tentang perkara-perkara yang paling kejam mengenai Malaysia, Umno, Perdana Menteri Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, dan sebagainya, dan mengatakan ini adalah apa yang dikatakan oleh orang ramai, menurut mereka yang mengetahuinya, apa yang beliau sangkakan, dokumen yang beliau lihat tetapi yang tidak boleh didedahkan, dan sebagainya. Tetapi jika anda mengatakan apa-apa tentangnya, walaupun ia benar, beliau boleh melaporkan anda kepada polis dan polis akan berada di depan pintu anda untuk mengancam anda untuk berhenti menulis tentang beliau kerana ia menyebabkan beliau tertekan dan bimbang.

    Di Malaysia, apabila orang Cina DAP mengatakan Singapura lebih baik kerana ia ditadbir oleh orang Cina, anda boleh memberitahu mereka untuk meninggalkan Malaysia dan pergi tinggal di Singapura. Di UK, apabila seorang rakyat Pakistan berkata Pakistan adalah lebih baik daripada UK, anda tidak boleh memberitahu mereka untuk meninggalkan UK dan kembali ke Pakistan. Anda akan ditangkap kerana itu. Apa yang mereka perlu lakukan di UK hanyalah untuk mengatakan kenyataan itu bersifat perkauman dan anda akan ditimpa masalah. Malaysia membenarkan penghinaan ke atas kaum dan pilihan raya umum ditanding atas dasar kaum dan agama. Itulah sebabnya DAP memenangi banyak kerusi - kerana penghinaan ke atas kaum dibenarkan di Malaysia - sementara di UK parti-parti seperti DAP akan dianggap sebagai parti paria bersifat perkauman.

    Pakatan Harapan berkata Malaysia akan muflis dan rakyat Malaysia akan mempercayainya. Di UK anda perlu membuktikan kenyataan itu atau tidak ada yang akan mempercayainya. Oleh itu, jika anda selalu berbohong dan memfitnah, maka Malaysia adalah tempat yang jauh lebih baik. Anda boleh memutar cerita dan rakyat Malaysia akan mempercayai semuanya sementara di UK, itu akan menjadi sangat sukar. Oleh itu, bagi parti-parti seperti Pakatan Harapan, Malaysia - yang mempunyai bilangan orang yang bodoh, naif dan mudah tertipu yang tinggi - pastinya jauh lebih baik daripada UK. Susah nak tipu Mat Salleh tapi senang tipu rakyat Malaysia.

    Di UK, hanya 760,000 orang yang pergi ke gereja pada hari Ahad. Itu lebih kurang 10% daripada jumlah penduduk. Satu pertiga dari rakyat British tidak percaya kepada Tuhan sementara ramai orang percaya kepada hantu daripada kepada Tuhan. Terdapat lebih ramai orang yang tidak mempunyai agama berbanding mereka yang ada (begitu ramai yang percaya kepada Tuhan tetapi tidak mempunyai agama). Seorang Cina Kristian dari Malaysia mengatakan bahawa UK adalah masyarakat yang tidak bertuhan. Oleh itu jika anda masih percaya dengan karut seperti Bible, Jesus, dan sebagainya, maka Malaysia adalah tempat yang jauh lebih baik daripada UK. Di UK, anda yang kerap ke gereja akan dilihat sebagai orang yang mati otak.

    Jadi Malaysia bukanlah tempat yang teruk. Ketika Zaid meminta golongan muda Melayu meninggalkan negara dan berhijrah, beliau memikirkan seolah-olah bahawa orang Melayu tidak dapat menjalani kehidupan tanpa Islam. Beliau merasa bahawa di Malaysia, Islam adalah terlalu ketat dan mengganggu kehidupan peribadi anda. Tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka mabuk atau mengadakan parti seks, maka Malaysia adalah negara yang cukup baik untuk anda. Dan ekonomi Malaysia tidaklah begitu teruk walaupun ada orang yang mengatakan kehidupan di Malaysia sangat sukar. Pada tahun 2015, 11,034 Mercedes Benz telah dijual manakala pada tahun 2016 ia meningkat kepada 12,017. Jualan BMW juga meningkat daripada 7,515 kepada 9,000 dalam tempoh yang sama. Volvo menyaksikan peningkatan jualan dari 601 hingga 934. Jualan Porsche turun, dari 567 kepada hanya 430 manakala Honda adalah penjual nombor dua di Malaysia.

    Untuk negara yang bakal bankrap dan di mana orang ramai merasakan sukar untuk hidup, jualan kereta tidak memberikan gambaran sebegitu. Dan lihatlah penjualan iPhone. Anda akan kagum dengan berapa ramai rakyat 'miskin' Malaysia yang membeli iPhone dan Samsung. Tetapi jika Pakatan Harapan akan memenangi pilihan raya umum yang akan datang mengapa Zaid mahu golongan muda Melayu meninggalkan negara ini? Adakah Zaid mengisyaratkan bahawa Pakatan akan mengekalkan sistem yang sama? Adakah Pakatan tidak akan memastikan bahawa Malaysia menjadi Negara Sekular dan bahawa orang Islam lebih bebas melakukan apa yang mereka mahu di negara Pakatan berbanding di negara Barisan?

    Seruan Zaid untuk golongan muda Melayu berhijrah ke negara yang lebih baik tidak menghantar mesej yang betul kepada pengundi. Zaid nampaknya memberitahu rakyat Malaysia bahawa tidak kisahlah siapa yang memerintah kerana negara ini tidak akan berubah. Ia masih akan menjadi negara yang sama walaupun pemerintah yang berbeza. Hmm...itu bukanlah satu pengesahan yang baik mengenai Pakatan Harapan, bukan?




    Link asal artikel:
    http://www.malaysia-today.net/why-does-zaid-want-young-malays-to-migrate/

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kenapa Zaid Mahukan Golongan Muda Melayu Untuk Berhijrah? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top