Seorang peguam dihukum penjara sembilan bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mengugut seorang peguam lain, tiga tahun lalu.
Majistret Mohd Azali Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap A Suayri, 56, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan penangguhan hukuman penjara dan denda, namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM1,500 kepada RM5,000.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Suayri didakwa mengugut Datuk Suraj Singh Jaswant Singh, 45, dengan mengugut ingin menyebabkan cedera parah dan kematian di Lake View Club SS12, Subang Jaya, Jalan SS 12/1 Subang Jaya di sini pada jam 11.35 malam, 24 Mei 2014.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci