728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 11 August 2017

    Mesej Minta Seks Hanya Untuk ‘Uji’ Bakal Pekerja, Kata Lelaki Bersongkok





    Seorang lelaki mengakui mengeluarkan kata-kata berunsur lucah dan membuat permintaan untuk melakukan seks dengan seorang wanita yang menghubunginya untuk mencari peluang pekerjaan, baru-baru ini.

    Menurut lelaki bersongkok itu yang mahu dikenali sebagai Zul, dia berbuat demikian hanya untuk ‘menguji’ sikap calon pekerja yang mahu bekerja di syarikatnya sebelum sesi temuduga sebenar, lapor Mstar Online.

    “Apa nak buat, memang silap saya, cara saya agak kasar dan tak sopan, tapi saya sebenarnya bukan jenis suka cakap-cakap lucah macam tu.

    “Niat hati nak ‘temuduga’ bermain kata-kata, tak sangka pula saya sendiri yang terkena bila dia viralkan gambar dan perbualan kami berdua,” katanya memetik portal itu.

    Lelaki berusia 54 tahun itu berkata demikian bagi mengulas gambar dan perbualannya dengan seorang wanita yang tidak dikenali tular di laman sosial kerana dia menulis mesej-mesej seks sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.



    Berdasarkan paparan skrin yang tular, seorang wanita menghubungi Zul bagi mendapatkan maklumat berhubung kekosongan jawatan dan Zul memaklumkan dia mencari seorang pembantu peribadi.

    Selain bertanyakan maklumat peribadi termasuk pengalaman kerja wanita itu, Zul menyatakan dia mencari seorang pekerja yang mempunyai beberapa kriteria seperti berfikiran terbuka, sedia untuk bekerja di luar waktu pejabat serta tidak kekok dengan lelaki.

    “Biasa tak dengan lelaki? Bukan apa bila bersama tu kadang-kadang saya ni teringin buat seks... Tu yang saya tanya awak jenis yang gitu ke?

    “Kalau gitu saya mudah buat urusan sebab sama-sama faham. Saya ni suka dengan aktiviti seks,” demikian tulis Zul, sambil menambah jika wanita itu bersetuju dengan ‘syarat’ berkenaan boleh berjumpa bagi membincangkan lebih lanjut mengenai pekerjaan.

    Mengulas lanjut, Zul yang menetap di Melaka berkata dia sudah pun memohon maaf kepada wanita itu atas tindakannya yang kononnya mahu menguji, namun paparan permohonan maaf itu tidak disebarkan.



    Zul menyedari bahawa sukar untuk orang ramai mempercayai alasan yang diberikan tetapi dia perlu menjelaskan situasi sebenar mengenai sebab dia berbuat demikian.

    “Kalau betul saya macam tu, awal-awal lagi saya keluarkan gambar dalam WhatsApp,” katanya.

    Menurut Zul, akibat penularan mesej itu, hubungan rumah tangganya ditimpa masalah apabila isterinya bertindak lari dari rumah kerana terkejut dan marah dengan perbuatannya.

    Bagaimanapun, selepas menjelaskan perkara sebenar, isteri dan ahli keluarga yang lain boleh menerima tindakannya dan mengabaikan posting berkenaan.

    “Pertama kali dalam hidup saya ‘siasat' bakal pekerja dengan cara macam ni.

    “Saya sebenarnya fobia setiap kali nak ambil pekerja sebab dah banyak kali kena tipu, ramai yang tak jujur mereka tiru tandatangan saya, tipu duit saya dan macam-macam lagi,” ujarya dipetik sebagai berkata.

    Zul memberitahu dia sudah mengesan identiti wanita yang dipercayai menyebarkan posting itu, namun tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.

    Dia juga hairan apa motif sebenar wanita itu menyebarkan posting tersebut tanpa menyertakan sekali mesej permohonan maafnya.

    "Mungkin kalau dia viralkan semua, ada netizen yang dapat faham kenapa saya buat macam tu berbanding semua orang terus hentam saya tanpa tahu situasi sebenar,” katanya.

    - mD

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Mesej Minta Seks Hanya Untuk ‘Uji’ Bakal Pekerja, Kata Lelaki Bersongkok Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top