Militan Negara Islam (IS) dilaporkan merancang melancarkan serangan di Perak semasa sambutan Hari Kemerdekaaan akan datang, kata Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan.
Akhbar China Press juga memetiknya sebagai berkata, laporan perisikan mendapati antara sasaran kumpulan itu adalah tempat ibadat dan bank.
Katanya, pihak polis sedang mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya berkaitan di kawasan di mana ramai orang dijangkakan.
“Kami telah meningkatkan rondaan polis di negeri ini dan mengaturkan pegawai dan anggota dengan sewajarnya,” katanya yang dipetik oleh akhbar berbahasa Cina itu.
Sebelum ini, Bahagian Keganasan Kaunter Cawangan Khas Bukit Aman melakukan serbuan besar-besaran di sekitar Kuala Lumpur dan menahan lebih 400 rakyat asing.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci