Ekonomi Malaysia dijangka berada dalam aliran menaik untuk tiga hingga lima tahun akan datang, disokong oleh pelaburan tempatan dan asing yang kukuh, peningkatan dalam eksport serta sokongan kerajaan yang konsisten untuk syarikat-syarikat.
Menurut satu laporan, ini akan membantu Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara untuk mencapai AS$1.3 trilion menjelang 2030 dan mengatasi jirannya iaitu Singapura. Ketua ekonomi di IQI Global, Shan Saeed, berkata disebabkan oleh Belt and Road Initiative (BRI) China, pelaburan besar-besaran akan terus memasuki Malaysia.
"Inisiatif ini akan menjadi faktor yang membawa perubahan kepada Malaysia dan selain negara ini, BRI juga akan menjadi relevan kepada dua lagi negara Asean, iaitu Indonesia dan Filipina. Tidak lama lagi, Singapura akan menyertai kedua-dua negara itu untuk mendapat manfaat daripada inisiatif ini," katanya kepada Bernama.
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/08/15/economy-seen-on-uptrend-for-next-three-to-five-years/
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci