728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 24 August 2017

    Instagram Farah Ann Digodam, 114,000 Pengikut Lenyap Sekelip Mata




    Akaun Instagram milik gimnas Farah Ann digodam memaksa atlet untuk membuka akaun baharu.

    Profil untuk akaun ‘@farahann94’ yang mempunyai 114,000 pengikut itu kini  ditukar kepada nama I Boy dan catatan dalam Bahasa Arab.

    Farah Ann Abdul Hadi menerusi akaun Instagram baharunya @farahann.official berharap para peminat beliau boleh membantu melaporkan akaun itu kepada pihak Instagram.

    “Tolong bantu membuat laporan tentang akaun ini (@farahann94). Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda,” kata gimnas yang sumbang pingat emas untuk acara senaman lantai pada Rabu.






    Akaun baharu Farah Ann kini mempunyai 13,400 pengikut dan beliau telah memuat naik beberapa gambar dari sekitar Sukan SEA 2017 yang sedang berlangsung.


    Difahamkan akaun Instagram Farah Ann digodam pada awal minggu ini.


    Pada masa yang sama, CyberSecurity Malaysia dalam satu kenyataan sebelum ini mengesahkan wujud serangan penggodam yang menyerang beberapa laman web di negara ini, membocorkan maklumat sulit serta kemungkinan serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDOS).


    Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab, berkata sebanyak 33 laman web Malaysia dirosakkan oleh penggodam.

    Ia berikutan isu bendera Indonesia yang dicetak secara terbalik dalam buka panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ketika majlis pembukaan pada Sabtu.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Instagram Farah Ann Digodam, 114,000 Pengikut Lenyap Sekelip Mata Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top