Thursday, 27 July 2017
Pengguna Harian WhatsApp Status Kini Lebih Ramai Daripada Pengguna Snapchat
Bersama-sama pengumuman penggunaan WhatsApp yang kini mencapai 1 bilion pengguna setiap hari, Mark Zuckerberg turut berkongsi lanjut, mengatakan kini lebih 250 juta pengguna menggunakan perkhidmatan WhatsApp Status setiap hari.
Angka ini adalah lebih ramai daripada Snapchat yang memperkenalkan format perkongsian video atau gambar yang hilang dalam tempoh 24 jam ini. Kali terakhir Snapchat berkongsi pengguna aktif harian mereka, ia dikatakan sekitar 166 juta pengguna.
Selain WhatsApp Status, perkhidmatan Instagram Stories juga kini mempunyai angka pengguna yang lebih kurang sama setiap hari, iaitu seramai 250 juta pengguna.
Ciri seumpama ini juga turut telah diintegrasikan pada beberapa perkhidmatan lain, termasuk baru-baru ini Skype yang turut hadir dengan sokongan lebih kurang sama dinamakan Highlights.
SUMBER RUJUKAN: MARK ZUCKERBERG
Donald Trump Galak Tentera Kuat Seks?
Pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara mengejut mengharamkan golongan pondan jadi askar atas alasan kos perubatan menjadi tular di negara itu.
Menerusi akaun Twitter rasmi dirinya pada Rabu, beliau mendedahkan bahawa kos perubatan tinggi yang terpaksa ditanggung Jabatan Pertahanan untuk merawat tentera trangender sebagai faktor utama keputusan drastik itu.
“Tentera kita mesti fokus untuk mencipta kejayaan cemerlang dan tidak wajar dibebankan dengan isu kos rawatan besar yang disebabkan masalah kesihatan oleh kelompok pondan dalam perkhidmatan ketenteraan,” kicau Trump.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang fakta atau angka untuk menyokong dakwaan itu tetapi satu kajian Jabatan Pertahanan dijalankan firma Rand Corp. tahun lalu mendedahkan potensi kos disebabkan askar pondan.
Menurut laporan penyelidikan bebas itu, tentera transgender yang masih dalam perkhidmatan mengakibatkan pihak Pentagon membelanjakan hampir AS$9 juta (kira-kira RM38 juta) setahun untuk rawatan dan penjagaan kesihatan.
Kajian Rand itu namun tidak melibatkan pondan dalam kalangan anggota simpanan, pesara atau ahli keluarga mereka kerana individu terbabit memiliki kelayakan amat terhad untuk menerima akses fasiliti kesihatan tentera.
“Implikasi yang mungkin berlaku dalam senario paling buruk sekali pun… kami menjangkakan hanya 0.13 peratus daripada AS$6.2 bilion (hampir RM27 bilion) peningkatan dalam perbelanjaan kesihatan,” rumus panel Rand.
Di sebalik dakwaan Trump itu, analisis sama oleh portal berita ketenteraan ternama AS, Military Times mendapati askar negara tersebut berbelanja AS$84 juta (RM359 juta) setahun untuk kos rawatan kegagalan zakar tegang.
Ia adalah 10 kali berbanding penjagaan perubatan untuk tentera trangender yang ‘mati pucuk’, manakala AS$41.6 juta (RM178 juta) lagi untuk ubat kuat seks Viagra oleh askar normal iaitu lima kali lebih daripada askar pondan.
Sebagai perbandingan kasar, kos perubatan tahunan kelompok transgender itu hanya satu per sepuluh daripada harga sebuah jet pejuang F-35 baharu atau satu per seribu daripada satu peratus bajet Jabatan Pertahanan.
Justeru laporan kajian tersebut menyebabkan ramai penganalisis pertahanan berpendapat bahawa tindakan drastik Trump itu lebih kepada usaha diskriminasi terhadap golongan askar pondan. – Agensi
3 Perkhidmatan Tren Paling Hebat Di Asia
KERETA api atau tren menjadi trend pengangkutan prominan dalam kemudahan perhubungan antara tempat ke tempat.
Mari kita kenali 3 perkhidmatan tren paling hebat di Asia. Antaranya Tokaido Shinkansen, Shanghai Maglev Train dan Korea Train Express(KTX).
Di Jepun, khidmat tren menjadi satu kemudahan awam harian. Penggunaan kenderaan peribadi sudah dianggap ketinggalan zaman. Bagi yang mengikuti perkembangan teknologi, siapa yang tidak pernah kenal kehebatan Shinkansen atau lebih dikenali dengan nama bullet train.
Shinkansen memulakan perkhidmatan pada Oktober 1964 bagi laluan Tokyo-Osaka. Pada awal pembukaannya, perjalanan dari Tokyo ke Osaka mengambil masa kira kira 4 jam, namun setelah satu tahun operasi tempoh masa dapat disingkatkan kepada 2 jam 10 minit. Hari ini tempoh masa perjalanan dianggarkan cuma 2 jam 25 minit.
Shinkansen digunakan lebih 151 juta pengguna setiap tahun menjadikan Tokyo-Osaka sebagai laluan paling sibuk di Jepun. Menggunakan teknologi gegelung superkonduktor yang menghasilkan medan magnet antara landasan dengan kereta api, Shenkansen mampu bergerak dengan halaju 320km/j (lebih laju mengikut laluan).
Manakala di China, Shanghai Maglev Train merupakan kebanggaan warga China yang memulakan perkhidmatan awam pada 1 Januari 2004. Shanghai Maglev turut menggunakan teknologi yang sama seperti Shinkansen di mana wujud medan magnet di antara kereta api dan landasan. Tarikan ektromagnet yang terjadi daripada medan magnet yang kuat membenarkan kereta api untuk terapung di atas trek kerana tiada sentuhan antara kereta api dan landasan.
Dengan kelajuan operasi maksimum 431 km/j, Shanghai Maglev yang beroperasi di antara jalan Long Yang dan lapangan terbang antarabangsa Pudong mengambil masa hanya 7 minit dan 20 saat untuk melengkapkan keseluruhan perjalanan. Ia mampu menampung 574 penumpang dan beroperasi di antara setiap 15 minit.
Hebatnya Shanghai Maglev kerana ia mampu mencapai kelajuan maksimum iaitu 431 km/j dari 0 km/j dalam masa 4 minit sahaja. Landasan kereta api Maglev 30.5km panjang, Shanghai merupakan satu-satunya Maglev yang dikendalikan secara komersial di dunia. Shanghai Maglev dibina oleh syarikat Siemens dan Thyssen Krupp dan dikendalikan oleh Pembangunan Pengangkutan Shanghai Maglev Co.
Dan tren paling hebat di Asia yang ketiga ialah Korea Train Express (KTX) yang dikendalikan oleh KORAIL. Pembinaan landasan KTX telah bermula pada tahun 1992 pada laluan Seoul-Busan dan memulakan operasi pada tahun 2004. KTX cuma mencatatkan kelajuan tertinggi 305 km/j dalam perkhidmatan tetap pada waktu itu walaupun infrastrukturnya direka untuk kelajuan 350 km/j.
Namun selepas beberapa pembaharuan dilakukan, generasi KTX, Hemu-430X mampu untuk mencapai 421.4 km/j pada tahun 2013, menjadikan Korea Selatan sebagai negara keempat di dunia selepas Jepun, Perancis dan China untuk membangunkan kereta api kelajuan tinggi berjalan pada landasan konvensional melebihi 420 km / h. KTX menyediakan dua line utama iaitu line Seoul-Busan dan line Seoul-Jeolla Province (Mokpo/ Gwangju).
Sujana Rafe
#LaskarMalaya
'Kutuklah, Saya Tak Kisah Pun...'
"KALAU itu boleh buat orang gembira, kutuklah, saya tak kisah pun,” demikian menurut usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat mengenai kisah dirinya yang serong dikaitkan dengan kontroversi.
Baginya, semua yang diterimanya itu dianggap sesuatu yang positif dan menjadikannya semakin kuat.
“Saya rasa diri saya ni permata. Selagi ada kutukan atau kritikan, ia macam mengilap diri saya. Kena kutuk, makin berkilau dan berseri-seri.
“Jadi, saya dah tak hairan dengan semua itu. Lagi pula, saya ni kan berjaya, jadi pasti ada yang tak senang melihatnya,” katanya yang ditemui di majlis rumah terbukanya di Shah Alam, semalam.
Katanya, sejak awal dirinya dikenal, ramai yang seakan-akan tidak senang melihat dirinya.
Terkini, mengenai isu nama sebenarnya yang menjadi tular di laman sosial apabila ada yang mendakwa nama sebenar Nur Sajat adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sehingga mencetuskan spekulasi mengenai jantina sebenar wanita itu.
“Saya ambil positif sahaja apa yang berlaku. Saya anggap apa yang berlaku adalah disebabkan perniagaan di mana, ada orang yang tak suka tengok saya berjaya. Ini semua kerana perniagaan.
“Bila kita dah berada di atas, akan ada macam-macam cerita. Zaman saya di bawah dulu, masa orang tak kenal saya, masa tu saya tak ada apa-apa, tak ada pula isu ini timbul?” katanya.
Jelasnya, apa yang berlaku itu diserahkan kepada Yang Maha Esa.
“Saya bersyukur kerana ada keluarga yang selalu bersama saya. Mereka yang mendoakan saya, bersama-sama saya ketika sudah dan senang. Jadi, biar apa orang cakap, saya tak peduli kerana saya cukup bahagia.
"Inilah cabaran yang perlu saya hadapi sebagai usahawan. Semua ini tidak sedikit pun melemahkan saya, sebaliknya memberikan saya semangat untuk terus berjaya," katanya.
Jelasnya, jika sebelum ini, dia akan membalas segala kecaman yang dilemparkan, namun selepas ini, Nur Sajat akan mengambil pendekatan mendiamkan diri.
“Saya akan terus diam sahaja. Malaslah nak layan. Lebih baik saya tumpu pada bisnes saya, kumpul duit dan harta,” guraunya.
Wat Siam, Kuil Botol Pertama Di Malaysia
Diilhamkan dari Wat Pa Maha Kaew yang dikenali sebagai 'Temple of Million Bottles’ di Sisaket, Selatan Thailand, sebuah Wat Siam di Kampung Charok Padang dekat sini menarik perhatian pengunjung apabila sebahagian binaannya menggunakan 100,000 botol kaca terpakai.
Tumpuan utama pada kuil yang yang terletak kira-kira 43 kilometer dari Sungai Petani ini ialah ribuan botol kaca berwarna hijau yang disusun membentuk sebuah botol kaca gergasi setinggi sembilan meter.
"Replika botol ini mempunyai satu ruangan khas di bawahnya yang boleh memuatkan sebuah kereta dan ia boleh melepaskan air dari tangki simpanan air yang disimpan di bahagian atas untuk membuang 'suay' mengikut kepercayaan penganut Buddha," kata seorang sami, Chaleen Rajagobal, 26.
Selain itu, sebuah bangunan setingkat yang menempatkan 92 loceng yang digunakan untuk upacara sembahyang, turut menggunakan botol kaca sebagai binaan dinding dan bumbung, malah kawasan tersebut dikelilingi dengan pagar yang turut dibina sebahagiannya menggunakan botol kaca.
"Kerja-kerja ini kesemuanya dimulakan dengan membina rangka luar binaan terlebih dahulu sebelum botol kaca ini dilekatkan di bahagian luar atau dinding menggunakan simen," katanya.
Kuil yang dibina pada 1999 itu, tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘‘First Bottle Made Temple’ pada Oktober 2001.
Chaleen berkata, idea itu sebenarnya dicetuskan oleh ketua sami di kuil berkenaan, iaitu Datuk Phrcaathikan Nuemarutthammo Nuemchaiwan yang berkunjung ke Wat Siam di Thailand itu pada 1990-an, sebelum aktiviti mengumpul botol dimulakan pada 1999.
"Ramai penduduk kampung pelbagai agama menyumbangkan botol kaca yang sudah tidak digunakan lagi untuk membuat binaan ini, malah mereka turut sama membantu menyiapkan kuil ini," katanya dan menambah, sebanyak RM400,000 diperuntukkan untuk membina kuil itu. - Bernama
Israel Hanya Berpura-Pura
Zionis Israel dilihat hanya berpura-pura, dalam tindakannya menghentikan penggunaan alat pengesan logam di pintu masuk Masjid Al-Aqsa, awal pagi semalam.
Ini kerana menurut Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi, pihak Zionis sebaliknya menggantikan alat tersebut dengan teknologi yang lebih canggih.
"Selepas dikecam hebat masyarakat antarabangsa, Zionis Israel seolah-olah 'mengalah' dengan menanggalkan alat pengesan besi di kawasan Al-Aqsa.
"Namun seperti dijangka mereka sebenarnya merancang untuk menggantikan alat tersebut dengan teknologi yang lebih canggih," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Muein berkata demikian bagi mengulas isu terkini berhubung perkembangan yang berlaku di Masjid Al-Aqsa.
Sinar Harian semalam melaporkan Israel mengambil keputusan untuk menghentikan penggunaan alat pengesan logam di pintu masuk Masjid Al-Aqsa.
Menurut agensi Berita Turki Anadolu (AA), sebelum tengah malam semalam, jentera berat dilihat memasuki kawasan perkarangan Masjid Al-Aqsa, sekaligus menimbulkan keresahan di kalangan penduduk tempatan yang melancarkan tunjuk perasaan membantah langkah keselamatan terbaharu yang dibuat rejim Zionis sejak minggu lepas.
Kabinet Israel kelmarin memutuskan untuk membuka semula semua alat pengesan logam yang dipasang susulan kes tembakan yang menyebabkan kematian dua anggota polisnya pada 14 Julai lalu.
Rakyat Palestin bagaimanapun menolak langkah rejim Zionis itu dan sebagai langkah protes, bertindak menunaikan solat di luar masjid berkenaan.
Menurut kenyataan terbaharu pihak rejim, mereka memperuntukkan sebanyak 100 juta shekel Israel (US$28.03 juta) untuk pemasangan sistem keselamatan berteknologi tinggi bagi menggantikan alat pengesan logam itu.
Mengulas lanjut Muein berkata,pemimpin dunia Islam perlu sedar bahawa Israel bukan hanya memiliki teknologi ketenteraan yang hebat, tetapi juga mempunyai keupayaan perisikan antara yang paling maju di dunia.
"Perkembangan ini cukup membimbangkan kepada masa depan kewujudan negara Palestin di mana sebarang cubaan menentang penjajahan Israel akan dikesan dan dihapuskan," katanya lagi.
Dalam pada itu, Muein berkata, dalam isu ini, negara-negara Arab masih tidak berupaya untuk mencegah sebarang provokasi Israel meskipun mereka turut mempunyai hubungan baik dengan 'pelindung' Israel, iaitu Amerika Syarikat.
"Amaran Turki dan pemimpin Hamas kepada Israel juga tidak begitu menggerunkan Israel kerana mereka tahu kesatuan negara-negara Islam berada dalam keadaan lemah, terutama sekali selepas krisis pemulauan Qatar," katanya.
Jelasnya lagi, "Kuasa besar lain juga tidak berupaya untuk mencegah dasar agresif Israel,".
"Rusia masih terikat dengan komitmen di Syria, manakala China pula meskipun komited dengan penubuhan Palestin tetapi mereka lebih mengutamakan pembangunan infrastruktur One Belt One Roaf (ROAD)," katanya.
Sejak kira-kira seminggu yang lalu, rakyat Palestin turun ke jalanan di luar kawasan masjid untuk bersolat dan melakukan bantahan secara aman apabila rejim Israel menutup Masjid Al-Aqsa selama dua hari susulan insiden tembakan yang menyebabkan dua anggota polis Israel terbunuh. Tiga suspek - lelaki Palestin yang memiliki kerakyatan Israel turut terbunuh.
Krisis ketegangan semakin memuncak hujung minggu lalu apabila empat rakyat Palestin terbunuh dalam rusuhan dengan anggota tentera Israel, manakala tiga rakyat Israel mati ditikam seorang remaja Palestin yang menyelinap masuk ke sebuah rumah di penempatan haram di Tebing Barat.
Nadia Brian Akan Tanya Keluarga Dulu Sebelum Nak Berahi
Pelakon Nadia Brian meminta izin keluarganya sebelum bersetuju menjayakan babak intim dengan Amar Asyraf dalam filem Blok 404.
Katanya, dia lebih selesa untuk menjelaskan mengenai babak perlu dilakonkannya itu kepada keluarga bagi mengelakkan perkara kurang enak pada kemudian hari.
"Sebagai pelakon baharu, sejak awal-awal lagi saya sudah menjelaskan hal sebenar dan tuntutan kerja bagi filem ini kepada keluarga. Mereka memahami dan pastinya, saya memohon keizinan keluarga terlebih dulu sebelum melakonkan babak itu.
"Lagipun, banyak teknik helah kamera digunakan dalam filem ini, termasuk babak intim saya dengan Amar. Ia dilakukan bagi memberikan hasil meyakinkan dan terbaik kepada penonton," katanya kepada BH Online.
Kata Nadia, 26, pelakon lelaki berkenaan juga banyak membantunya di lokasi penggambaran filem terbabit.
"Amar bersikap amat positif dan sangat menyokong. Dia banyak memberikan tunjuk ajar untuk saya menghidupkan watak Intan, selain babak intim kami. Sebagai pelakon, kami bersikap profesional ketika bekerja. Isteri Amar juga sangat baik dan positif," katanya.
Jika Nadia memohon keizinan famili dalam melakonkan watak intim terbabit, Amar pula sebelum ini pernah menyatakan dirinya membawa isteri beliau ke lokasi ketika menjayakan adegan itu.
Mengakui watak Intan lakonannya sangat mencabar, termasuklah melakonkan adegan berahi berkenaan, Nadia menganggap pembabitannya dalam filem arahan Azma Aizal Yusoof (Isma) itu sebagai ruang buatnya mengukuhkan portfolio seni.
"Selaku pengarah, Isma juga sangat membantu. Tunjuk ajarnya amat saya hargai.
"Selepas mendapat skrip, saya baca dan kaji dulu watak saya itu. Sebelum penggambaran juga, pengarah meminta saya mencari dulu keserasian bersama Amar. Kami banyak berkomunikasi bagi tujuan itu," katanya.
Selain itu, Nadia juga berkongsi pengalamannya melakonkan babak diculik dan beraksi dalam ruang sempit, yang membuatkannya cemas.
"Blok 404 sebuah cerita bercorak thriller, jadi banyak aksi ngeri di dalamnya. Babak diculik antara yang turut mencabar diri saya. Susah untuk saya ungkap bagaimana rasa takut ketika berhadapan situasi itu. Kini, barulah saya faham perasaan mangsa yang pernah diculik. Ia dibuat seperti kes yang benar-benar terjadi," katanya.
Selain Nadia dan Amar, filem terbitan DBI Entertainment itu juga dibintangi oleh Zamarul Hisham, Raja Azrey, Boy Iman, Fasha Sandha, Risteena Munim, Kamal Adli, Ozlynn dan Adrea Abdullah.
Blok 404 pernah dihasilkan Silver Chung sebagai telefilem dan diedarkan dalam format video cakera padat (VCD) kira-kira 16 tahun lalu.
Anak Hasil Zina, Rogol Kini Boleh Bin/Binti Nama Bapa
Bayi pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah sama ada akibat zina atau rogol kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan kepada nama bapanya sendiri.
Panel hakim Mahkamah Rayuan di sini diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mencapai keputusan penting tersebut ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tujuh tahun dan ibu bapanya.
Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.
Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahiran.
Media tempatan melaporkan bahawa ibu dan bapa kepada kanak-kanak tersebut masing-masing bertindak sebagai perayu kedua dan perayu ketiga, serya kedua-duanya beragama Islam telah bernikah pada 24 Oktober 2009.
Kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun selamat dilahirkan oleh wanita perayu kes berkenaan pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari berdasarkan kepada pengiraan kalendar Qamariah Islam).
Keputusan terbaharu oleh panel hakim Mahkamah Rayuan itu dilihat agak bertentangan dengan pandangan dikeluarkan pihak Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
Jawatankuasa berkenaan memutuskan bahawa anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang bertanggunjawab menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak itu.
Muzakarah tersebut menerusi fatwanya mendefinisikan anak tidak sah taraf ialah sebagai:
1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
2. Anak dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh). – Agensi
Baru Berusia Tujuh Tahun Tapi Dah Pandai Merogol
KANAK-kanak zaman sekarang ni nampaknya seperti sudah terlebih advanced dalam isu seksual ini. Ibu bapa seharusnya menjadi tonggak utama bagi membimbing anak-anak mereka supaya tidak tersalah langkah pada usia kecil.
Seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun dekat Melaka dikatakan telah dirogol oleh anak pengasuhnya yang baru berusia tujuh tahun! Kecik-kecik macam tu pun dah pandai merogol ke dik oi?
Ibu kepada mangsa telah membuat laporan polis ekoran anak kecilnya itu telah mengadu bahawa kemaluannya terasa sangat sakit selepas pulang dari rumah pengasuhnya pada 19 Julai lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata bahawa pihak polis telah menerima laporan ibu tunggal berusia 30 tahun itu pada 20 Julai lalu. Pihak polis masih meneruskan siasatan lanjut mengenai kes ini.
Dipetik daripada akhbar tempatan, berdasarkan laporan yang telah diterima oleh pihak polis, kanak-kanak itu memberitahu ibunya bahawa ‘pipit abang’, iaitu anak lelaki pengasuhnya, yang telah menyebabkan kemaluannya terasa sakit.
Mangsa juga memberitahu bahawa anak lelaki pengasuh itu telah memasukkan beberapa jari ke dalam kemaluannya apabila tiada orang dewasa di sekeliling mereka iaitu di rumah pengasuh tersebut.
Hasil pemeriksaan lanjut di Hospital Melaka, terdapat kesan koyakan pada selaput dara kanak-kanak perempuan berkenaan.
Kedua-dua ibu bapa kanak-kanak terbabit telah dipanggil untuk disoal siasat berkaitan kes ini. Kamaluddin juga telah mengarahkan para pegawainya yang mengendalikan kes itu untuk menyiasat dengan bijak dan teliti kerana ia melibatkan kanak-kanak.
Pihak polis juga telah menggunakan boneka anak patung sepanjang soal siasat dilakukan bagi merakamkan keterangan kedua-dua kanak-kanak tersebut. Kes ini disiasat di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak Bil. 2017
Ibu bapa sekarang perlu lebih peka dengan aktiviti harian anak-anak supaya mereka tidak terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini. –MYNEWSHUB. CC / Ainaa Hafizah
Bukan Wanita Tulen, Sajat ‘Diharamkan’ Jejak Brunei?
TAK habis-habis lagi kontroversi yang melanda personaliti media sosial dan pengasas kosmetik Nur Sajat ini ya; saban hari ada sahaja berita kurang baik tentang dirinya diperkatakan.
Belum reda kes penyebaran meluas maklumat peribadinya yang menunjukkan identiti sebenarnya sebagai lelaki, imej Sajat sekali lagi tercalar.
Terkini, pengasas produk Let’s Cantik itu terpalit dengan isu negatif lagi apabila dia dikatakan tidak dibenarkan masuk ke negara Brunei oleh kerana dia seorang lelaki yang berperwatakan wanita atau panggilan kasarnya, pondan!
Berita ini mula menarik perhatian ramai apabila seorang pengguna Facebook bernama Pak Usop meninggalkan komen pada kenalannya bertanyakan adakah benar pihak berkuasa Brunei enggan memberikan kebenaran kepada Sajat untuk memasuki negara tersebut.
“Betul ke dia (Sajat) pergi Brunei hari ini (tapi) tak lepas masuk?” soal Pak Usop kepada rakannya yang bertugas sebagai wartawan di salah sebuah portal online, semalam.
Bagaimanapun, berita tersebut tidak dapat disahkan kebenarannya dan tuan empunya badan juga belum memberikan sebarang komen terhadap isu itu.
Pada 1 Mei 2014, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan penguatkuasaan hukum hudud di negara itu termasuk melaksanakan hukuman potong pergelangan tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.
Selain itu, bagi fasa kedua pelaksanaan hukuman itu, hukuman berat akan dikenakan kepada golongan homoseksual serta yang menghina Al-Quran dan Rasulullah S.A.W.
Undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu diwartakan selepas beberapa tahun dibawah penelitian dan kajian oleh pihak berkaitan di sana.
Wanita Trauma Lepas Rakam Video 2 Beradik Bunuh Diri
WANITA yang merakam video kejadian dua beradik perempuan bunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh kediaman mereka di Bandung, Indonesia, mengakui dia berasa trauma selepas video itu kini menjadi tular di media-media sosial.
Elvia Putri, yang merupakan seorang model memberitahu sebuah media tempatan bahawa dia trauma dengan insiden yang berlaku di depa matanya sehinggakan kejadian itu masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.
“Jeritan demi jeritan itu masih terngiang-ngiang dalam fikiran saya sehingga membuatkan saya macam rasa nak pindah dari sini,” katanya yang baharu sahaja beberapa bulan tinggal di kawasan sama dengan dua beradik itu.
Selepas memuat naik video tersebut menerusi Instagram Storynya, ia terus tersebar sehingga membuatkan Elvia terpaksa memadamkan video tersebut di laman sosialnya.
Malah Elvia turut menyesal kerana berkongsikan video tersebut dengan pengikut Instagramnya yang mencecah 551,000 followers.
Dia turut berpesan kepada orang ramai di luar sana agar segera memadam video tersebut dan jangan sesekali menyebarkan lagi.
“Tolong fahami keadaan saya, melihat dan mendengar jeritan itu sampai saat itu saya masih takut dan tidak kuat. Tolong hentikan (berkongsi video tersebut), saya berasa sangat trauma dan takut,” katanya lagi.
Video yang dirakam Elvia menunjukkan aksi ngeri bunuh diri dua beradik perempuan yang dipercayai menghidap masalah gangguan jiwa.
Dalam video itu, Elvia menjerit ketakutan sambil beristigfar sebelum gadis kedua melakukan terjunan mengikut jejak langkah kakaknya yang sudah terkulai layu di jalan raya.
Kedua beradik yang dikenali sebagai Elviana, 34, dan Eva Septiani, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki.
Abang kepada dua wanita tersebut, Reonald mendedahkan kedua-dua adiknya mempunyai masalah gangguan jiwa sejak kematian ibu mereka pada 2006.
Kedua-dua adiknya itu juga pernah dirawat di sebuah hospital sakit jiwa Yayasan Penuai Indonesia Bogor bagi memulihkan masalah kemurungan yang dihadapi mereka.
Mereka sekeluarga tinggal di kondominium terbabit sejak dua tahun lalu.
PABM: Peserta Jepun Juarai Kategori Antarabangsa
Peserta Jepun, Lisa Shimazaki menepati ramalan memenangi kategori Antarabangsa pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2017 di sini.
Manakala naib juara bagi kategori sama dimenangi oleh wakil dari China, Ma Xio atau Nabil dan pemenang tempat ketiga disandang Rimajon Sotlikova dari Uzbekistan yang merupakan penyertaan kali kedua dalam PABM.
Sementara itu, bagi kategori Alam Nusantara tempat pertama sebagai mana dijangka dimenangi oleh peserta tuan rumah, Noor Haqim Noor Hamiddon yang juga penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pemenang tempat kedua kategori tersebut pula dimenangi oleh peserta dari Singapura, Ahmad Aidil Hadri Sa’dullah manakala seorang lagi wakil negara, Muhamad Sharulnizam Md. Roni diumumkan meraih tempat yang ketiga.
Lisa menyampaikan tajuk Bahasa Bukan Sekadar Alat Untuk Berkomunikasi, Bahasa Adalah Segala-galanya sementara Noor Haqim pula ialah Pesan Seniman yang merupakan judul lagu allahyarham Sudirman Arshad.
Bagi kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia pula berjaya dimenangi oleh peserta UIAM dan berasal dari Afghanistan, Abdul Matin Mohamed Azeem dengan pidatonya yang bertajuk Dirgahayu Bahasa Melayu.
Sementara naib juara pula menjadi milik wakil Universiti Teknologi Petronas berasal dari Yemen, Abdul Rahman Khaled Hasan Saeed dan tempat ketiga dimenangi oleh pelajar Palestin di UIAM, Hassan Radwan Jamal Elatrash.
Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Dewan Bahasa Pustaka, Majlis Debat Universiti Malaysia dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
PABM yang memasuki edisi ke-11 kali ini disertai seramai 53 peserta dari 35 negara seluruh dunia. Johan setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, Piala Perdana Menteri, hadiah iringan dan sijil.
Bagi naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing turut menerima wang tunai sebanyak RM12,000 dan RM8,000, piala, hadiah iringan dan sijil. Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut hadir ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan timbalannya, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching. – Mynewshub.cc/HAA
PABM Angkat Bahasa Melayu Bertaraf Dunia – PM
Hasrat negara untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa semakin menjadi kenyataan apabila setiap tahun Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM 2017) Piala Perdana Menteri berjaya meraih penyertaan yang sangat menggalakan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata PABM merupakan satu platform yang amat tepat ke arah mencapai matlamat mengantarabangsakan Bahasa Melayu agar terus kekal relevan dan berdaya maju.
“Ketika 2011, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu hanya disertai 24 peserta yang mengambil bahagian dari seluruh dunia.
“Tetapi pada tahun ini, seramai 53 peserta dari 36 buah negara menyertainya. Jadi tidak hairanlah jika kini Bahasa Melayu merupakan bahasa kelima terbesar di dunia.
“Saya yakin bahawa Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa perhubungan antarabangsa,” katanya ketika berucap dalam perasmiann PABM 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.
Tambahnya, Bahasa Melayu juga akan dijadikan subjek yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di Malaysia.
“Bahasa Melayu akan dijadikan subjek wajib diambil kerana kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan utama dalam sistem pendidikan di Malaysia.
“Pengusaan Bahasa Melayu akan terus dijadikan wahana perpaduan negara agar Bahasa Melayu lebuh tersusun dan inklusif,” katanya yang turut mengharapkan Bahasa Melayu tidak mengikut trend masakini yang kian menghakiskan martabat Bahasa Melayu.
PABM 2017 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri dengan disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.
Acara tahunan kali ke-11 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) ini membawa tema “Pengantaraan Bahasa Melayu” berpadanan dengan konsep memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia. – MYNEWSHUB.CC
Wanita Lakukan Seks Ganas Sehingga Maut
ORANG zaman sekarang ni nafsunya mengalahkan nafsu kuda. Biasanya seks ganas ini seringkali dikaitkan dengan perilaku masyarakat di negara barat.
Daily Mail baru-baru ini telah melaporkan tentang kematian seorang wanita dari negara barat kerana terlalu mahukan kenikmatan seks ketika bersama dengan teman lelakinya.
Wanita itu dikenali sebagai Kate Widdowson dikatakan telah mengikat tangannya untuk mendapatkan kepuasan ketika melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya. Pada keesokan harinya, tangan kiri Kate mulai sakit hingga dia terpaksa mendapatkan pemeriksaan hospital.
Ketika itu, doktor mengatakan bahawa tanggannya itu hanya kerana tersalah urat dan dia diberikan ubat tahan sakit.
Namun, dua hari kemudian dia mengalami simptom lain pula yang mana tanggannya tidak dapat digerakkan langsung. Bukan itu sahaja, tangannya juga mengalami luka hitam yang kelihatan seperti kesan terbakar dan kulitnya juga mengelupas.
Malang sekali apabila Kate tidak dapat diselamatkan apabila dia disahkan meninggal dunia selepas mendapat serangan jantung pada hari keduanya mendapatkan rawatan di hospital.
Menurut doktor yang merawat, Kate telahpun dijangkiti Necrotising Fasciitis, iaitu sejenis kuman pemakan daging. Dari mana datangnya kuman itu? Keadaan itu disebabkan oleh satu luka kecil yang terjangkit oleh satu atau lebih jenis bakteria hingga merosakkan pengaliran darah ke jantung.
Ibu mendiang, Trish Widdowson tetap menyalahkan pihak hospital atas kematian anak perempuannya kerana menurutnya, anaknya itu seharusnya menjalani pembedahan ketika hari pertama dia merujuk ke hospital.
Teman lelaki mendiang yang tidak didedahkan namanya dikatakan mengaku telah mengikat tangan Kate ketika mereka sedang berhubungan intim.
Tapi lelaki tersebut dikatakan tidak dapat mengingati butiran apa yang telah terjadi kerana dia dalam keadaan mabuk ketika itu.
Semoga kejadian ini menjadi pelajaran ya bagi kita semua. Berpada-pada sikit jangan tahu nak seronok saja ya. – Aina Hafizah
Wednesday, 26 July 2017
Bunuh Isteri Kerana Bentuk Capati Tidak Bulat
Hanya disebabkan capati yang dibuatnya isterinya tidak berbentuk bulat, tergamak seorang suami membunuh isterinya yang sedang hamil.
Mangsa yang dikenali sebagai Simran, 22, yang hamil empat bulan dipercayai dicekik hingga mati selepas bergaduh pada malam sabtu lalu sebelum ditemui terbaring disebuah rumah pangsa di sini pada pagi ahad lalu oleh abang mangsa, lapor Times of India.
Manakala anak perempuan mangsa yang berusia empat tahun ditemui dikurung didalam sebuah bilik manakala suspek melarikan diri.
Kanak-kanak itu berkata kepada polis, bapanya sering memarahi ibunya kerana capati yang dibuatnya tidak berbentuk bulat.
“Ibu saya seorang yang pandai memasak tetapi bentuk capati yang dibuatnya sering menimbulkan kemarahan bapa saya,” katanya.
Menurutnya, dalam kejadian itu, bapanya berang selepas dihidangkan capati yang tidak berbentuk bulat dan terus menendang perut ibunya.
“Saya cuba membantu ibu tetapi bapa mengheret saya masuk ke dalam bilik dan mengunci dari luar,” ceritanya.
Polis memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa mati selepas leher dijerut dengan tali.
“Polis kini memburu suami mangsa dan suspek berdepan dakwaan membunuh,” katanya. - MALAYSIAN TIMES
Sanggup Belanja RM10,000 Untuk Lesung Pipit Palsu
Kalau dulu pembedahan membesarkan payudara menjadi kegilaan ramai wanita. Kemudian datang pula trend besarkan punggung dan bibir.
Kini, ramai wanita terkejar-kejar untuk melakukan pembedahan plastik bagi membentuk lesung pipit palsu.
Mana tidaknya, mereka yang memiliki lesung pipit dianggap sangat menarik dan comel. Lihat saja model cantik Miranda Kerr dan pelakon Wawa Zainal.
Jangan terkejut, prosedur bagi menghasilkan lesung pipit palsu hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja di mana pakar bedah plastik akan membentuk otot pipi.
Otot itu kemudiannya dilekatkan dengan permukaan bawah kulit muka dan lesung pipit akan kelihatan apabila otot muka digerakkan.
Ia bermakna lesung pipit itu hanya akan kelihatan apabila seseorang itu tersenyum. Kos bagi pembedahan membentuk lubang pada pipi itu berharga antara RM3,400 ke RM10,700.
TH Atur Program Ziarah, Bimbingan Kepada Jemaah Haji
Daripada Elmi Rizal Elias
MADINAH, 26 Julai (Bernama) -- Tabung Haji (TH) mengatur pelbagai program ziarah dan bimbingan agama bagi meningkatkan kefahaman serta membantu jemaah haji Malaysia musim 1438 Hijrah menunaikan rukun Islam kelima itu dengan sebaik mungkin.
Pengurus Ibadah Madinah 1438 Hijrah, Mohd Razali Zakaria berkata taklimat mengenai kedua-dua program itu disampaikan sebaik jemaah haji tiba di kota suci berkenaan, memandangkan Madinah al Munawarah mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan.
"Program bimbingan Tabung Haji adalah setaraf dengan program yang dikendalikan pakej swasta, manakala program ziarah dibahagikan kepada dua iaitu ziarah dalam dan ziarah luar," katanya pada sidang media di sini, Rabu.
Beliau berkata melalui program bimbingan itu, petugas TH akan memberikan penerangan mengenai ibadah haji serta menjawab setiap permasalahan yang dikemukakan jemaah haji mengenai ibadah tersebut.
Sementara itu, beliau berkata melalui program ziarah dalam, jemaah akan berada di Masjid Nabawi dan ditunjukkan kawasan Raudhah, serta menziarah makam Rasulullah SAW sebelum dibawa ke Perkuburan Baqi.
Sementara program ziarah luar pula, beliau berkata jemaah haji akan dibawa menziarah tempat bersejarah seperti Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Makam Syuhada Uhud dan Masjid Tujuh.
"Program ziarah luar Tabung Haji ini adalah tempat ziarah yang terpilih," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata beberapa pelajar Malaysia yang menuntut di Madinah, akan membantu petugas TH dalam program ziarah luar melalui penerangan terhadap tempat-tempat sejarah tersebut.
Pada program ziarah hari ini, jemaah haji lelaki dibawa memasuki Masjid Nabawi melalui pintu Babus Salam, menziarah Makam Rasulullah SAW sebelum dibawa ke Perkuburan Baqi.
-- BERNAMA
Senarai Keperluan Jemaah Haji Muassasah Untuk Melancarkan Perjalanan Tetamu Allah
Musim haji sudah dirasai oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Ada yang sudah terbang, dan ada yang masih menanti tarikh penerbangan dalam masa terdekat. Yang dah ada tarikh, boleh buat checklist barang keperluan apa yang mahu dibawa.
Bagi memudahkan urusan ibadah, buatlah awal-awal senarainya. Puan Khadjah Ulfah Johari berkongsi checklist persediaan haji muassasah untuk memudahkan perjalanan bakal jemaah haji kelak.
Saya dan suami serta kedua ibu bapa mertua pergi sana ( pada tahun 2016 musim panas) jadi kami kena sedia dari segi fizikal dan mental. Budget kami pula ngam-ngam. So, berikut adalah apa yang kami bawa untuk memudahkan kami dan membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Pergi haji waktu usia muda, satu bonus tapi tak semestinya kita yang muda ni akan kuat atau sihat selalu. Kita manusia biasa.
Persediaan Sebelum Pergi
Boleh tengok di web TH untuk info tentang kursus Tabung Haji
1. Kursus asas (terbuka pada semua)
2. Kursus intensif haji(untuk calon yang terpilih)
3. Kursus perdana (untuk bakal jemaah) – berserta praktikal
* Semasa hadiri kursus ni akan dapat surat tawaran haji dan ada yang dapat jadual penerbangan.
* Semua kursus ni percuma dan boleh tengok kat web tabung haji untuk jadual kursus asas.
* Kita juga akan kena serah passport untuk buat visa haji dan dapat gelang haji (ni akan dipos)
* Kita akan dapat buku-buku haji masa buat bayaran untuk tambang haji.
* Akan dapat beg kuning serta barang-barang sumbangan penaja; macam minyak sapu, ubat gigi dan lain-lain.
* Pemeriksaan kesihatan dan dapat buku kesihatan warna putih. Buku ni kita pegang bila nak gi klinik di Mekah dan Madinah (musim haji). Doc akan rekod dalam tu. Masa pemeriksaan kesihatan kena cucuk vaksin. Pakcik makcik, bakal haji jangan stress-stress tau. Nanti darah tinggi naik. Lambat proses tu nak siap. Doc akan suruh datang lagi. Kalau tahap kesihatan macam tekanan darah tinggi or diabetis semua tu. Tapi taklah bermaksud tak dapat gi. Insya-Allah dapat. Semoga dipermudahkan segala urusan.
1. Timbang berat & tinggi(BMI)
2. Tekanan darah.
3. Check jenis darah
4. Jumpa doc (kalau semua ok)
5. Vaksin, bagi wanita jangan pakai baju yang ketat di lengan susah nak cucuk vaksin nanti. (Saya bawa baju spare; T-shirt sebab saya pergi lepas kursus haji)
* Masa nak pergi dapat lagi hadiah iaitu tikar, tasbih tawaf dan tag.
Persediaan Semasa Nak Berangkat
1. Berkumpul di tempat yang ditetapkan.
2. Beg bagasi akan disusun.
3. Akan ada taklimat akhir.
4. Jemaah akan naik bas dan ke lapangan terbang.
5. Masa kami semua, jemaah akan dikumpulkan di KLIA. (naik kapal terbang besar, 2 tingkat)
Barang-barang Saya Bawa
Tahun ni kuota dibuka lebih banyak dan ramai yang dijemput menjadi dyurfurrahman, tetamuNya. Seronok sangat bila dengar orang dapat gi haji. Tambahan pula kalau kita memang dah pernah gi haji. Ada yang tanya saya, “Saya bawa apa masa pergi” ok kali ni saya share apa yang saya bawa dan ada yang saya cadangkan perlu bawa. Terpulang.. kehendak dan keperluan setiap orang tak sama.
Wanita
(pakaian)
2 helai-bahagian telekung sahaja.
1 set telekung
towel
2 kain batik
1 jubah
2 t-shirt Muslimah warna hitam
2 t-shirt Muslimah putih (pakai masa dalam ihram)
2 seluar putih
4 seluar hitam
5 pasang stoking
2 anak tudung
2 tudung labuh
2 tudung instant
Pakaian dalam secukupnya
*sy tak bawa jubah banyak sebab saya beli di sana & saya banyak pakai seluar berbanding jubah.
Lelaki
3 set kain ihram
2 kain pelikat
3 baju kurta
2 singlet ada poket
1 seluar tidur
2 seluar
Pakaian dalam secukupnya
*suami ada beli jubah di Mekah & Madinah
Lain-lain
Makanan
Kicap kipas udang kecik (saya balut banyak kali)
Sambal kering/serunding
Kopi 3 in 1 (sebungkus) bahagi 2 dengan suami
kopi O (sebungkus) bahagi 2 dengan suami
Gula-gula strepsil 1 kotak/gula hack 1kg (saya cadang dipack 10 biji dalam plastik kecik) mudah nak bagi orang.
Peralatan
Sepit baju (kita akan basuh baju di Mekah)- kalau ada duit bolehlah hantar dobi.
Tali (untuk gantung baju)
Kipas kecil
Cool & hot pack
Power bank
Extension wayar
Selipar jepun
Berus gigi & ubat gigi
Pencuci muka
Payung kecik
Spek hitam
Pad (kalau tak cukup beli kat sana) Beli yang banyak jangan beli yang 10 keping mahal. Beli di farmasi jangan beli di kedai runcit.
Lampu suluh (berguna time cari batu)
Gunting kecik (untuk kegunaan masa bercukur)
Pisau cukur
Ketip kuku (masuk dalam bagasi)
Plastik wrapping – mudah untuk wrap beg. Plastik ni akan guna bila kita pindah dari Mekah ke Madinah or sebaliknya.(tiada perkhidmatan wrap disediakan. Kalau ada pun masa nak balik di hotel & harga dia agak mahal.
Ubat-ubatan
Gaviscon
Hurix selsema
Pil chi kit teck aun
Yoko-yoko
Koyok
Fungsi Beg Kuning
Letak pakaian untuk kita pakai persalinan (yang perlu & ubat)
Plastik wrapping ( plastik nie berguna bila nak pergi kita wrap, bila dari Madinah ke Mekah kita boleh wrap. Dan bila dari Mekah balik KL, saya letak dalam beg kuning so sesiapa nak wrap boleh guna. Alhamdulillah dapatlah wrap untuk lebih dari 20 beg.
Nota
Untuk mudah nak cari beg kuning dan bagasi buat tandaan di beg, ikat plastik merah kat pemegang atau buh reben atau apa-apa tandaan unik. Sebab bila gerak dari satu tempat ke satu tempat bagasi kita akan gerak dulu hanya beg kuning dengan kita. Bila tiba hotel (terutama Mekah) beg kuning akan dikumpul di lobi, jadi sukar nak cari kalau tiada tandaan (lebih kurang 300 orang) satu trip. Tapi jangan risau beg ada saja cuma ambil masa nak cari kalau tiada tandaan.
Ada Apa Dengan 6 Item Bergambar
Kiriman Doa
Kita sedia maklum bila gi haji ada yang kirim macam-macam. Tapi kita gi sana untuk beribadat so saya beri kawan-kawan kirim doa, kirim doa macam-macam cara tapi kalau melalui lisan kadang-kadang kita terlupa. Jadi saya buat list.
Kiriman doa ni saya baca sama ada sementara menanti waktu solat masuk atau selepas solat terutama di Arafah. kami tak mampu nak belikan apa-apa so hanya mampu bacakan kiriman doa. Moga-moga Allah memberkati doa kita.
Namun begitu terpulang kepada tuan/puan sama ada nak ikut tip ni atau tidak. Ikut kemampuan masing-masing
Beg Tali (pilihan)
Kita ada diberikan beg tali panjang untuk kita silang dibahukan. Beg saya talinya putus semasa bersesak di raudah. Saya memang ada bawa beg jenis ni. Kalau ibu bapa yang uzur elok pakai beg yang diberi TH sebab ada pengenalan diri dilekat kat beg tu so mudah kalau apa-apa.
Saya guna beg ni sebab mudah saya pakai. Saya pakai telekung so tak nampak bila lalu kat gate (pintu masuk masjid) sy tak dicek. Kalau bawa beg silang tu kena buka diaorang nak tengok (ikut nasib) kadang-kadang kena.
Hati-hati banyak penyeluk saku. Mereka ni akan himpit kita kiri kanan tiba-tiba duit kita hilang. Bawa mana yang perlu sahaja atau pakai baju ada zip kat depan tu.
Ada kejadian bila dia sujud beg hilang. Hati-hati jaga barang-barang peribadi dan duit bawa yang perlu sahaja. Begitu juga handphone.
Beg kuning
Beg inilah yang saya maksudkan beg hand luggage/beg kuning. Beg ni kita bawa naik dalam kapal terbang. Saya perasan tahun ni begnya macam-macam warna ada merah.. biru.. tak kisahlah, jadi ada.
Beg nie saya isikan pakaian untuk saya salin. Dalam ni juga saya simpan wrap plastik setelah saya guna. Tuan/puan boleh buat penandaan seperti nama dan kt supaya mudah nak cari beg bila dikumpulkan.
Pastikan Beli Kunci Mangga
Sematkan kunci di tag nama kita agar tak hilang or terlupa. Kunci dan mangga, saya beli 1 set mangga kunci dalamnya ada 2 mangga dan 4 batang anak kunci:
1 – untuk suami
1 – untuk saya
* anak kunci kami sama so saya boleh buka mangga hubby juga. Satu anak kunci saya letak di tag nama supaya tak hilang or terlupa. Satu di dalam beg silang.
Kami hanya kunci beg hand luggage memandangkan beg bagasi kami memang ada lock & kami wrap plastik (untuk keselamatan yang lebih baik)
Tag Nama
Tag nama ni kita akan dapat masa nak pergi jaga baik-baik, pakai selalu bila nak ke mana-mana. Kalau apa-apa mudah. Semua info ada di situ. Tak perlu bawa buku bank lama. Nak keluar duit bawa kad ni. Kaunter ada di buka di setiap hotel, wang yang dikeluarkan dalam bentuk riyal.
Kalau masa nak berangkat tu ada orang sedekah duit masukkan duit tu dalam CDM Machine. Tak pun, masa nak gi ada kaunter lagi di buka untuk kita simpan duit sahaja. Duit RM. Kad nama ini juga digunakan untuk kita gi klinik bawa kad nama dan buku putih.
* Kalau perasan di tag saya ada stiker di belakangnya. Tu stiker hotel saya. Maklumat tentang bilik saya dimana sebab saya tak guna bag yang disediakan maklumat tu saya tampal belakang tag nama.
Di tag saya ada saya gantung juga:
– tag motawify hujjaj s.e asia est tu dapat masa di Mekah. Tu tag dari pihak muassasah (pengurusan haji di sana)
– tasbih tawaf (ada tujuh biji) dapat masa nak pergi. Saya sangkut di tag nak mudahkan saya guna (saya sentiasa pakai tag nama ke mana saja)
– anak kunci – tu kunci beg hand luggage…
Tikar Alas
Tikar ni dapat masa nak berangkat. Banyak gunanya tikar ni
– Untuk dating makan luar pintu hotel. Suami isteri bila asing tapi tak jauh sama ada berhadapan atau sebelah. suami saya akan datang ke tempat saya untuk makan. Kami bentang tikar tepi laluan bilik makan sesama (masa ni kita boleh tengok famili lain & couple lain pun makan sesama. Bolehlah share serunding ke kicap ke
Makan diberikan 2 kali oleh TH
1. Makan tengah hari (12 tengah hari – 3pm ) (pack nasi berlauk) + air mineral / air suling – buah (apple / limau / pisang)
* bawalah pisau kecil untuk potong buah. Gigi tak kuat boleh potong buah tu kecil-kecil. Lepas tu masuk dalam peti ais (dalam bilik ada peti ais)
2. Makan malam (6 petang – 8 malam) pack nasi berlauk + air mineral or air suling
Selain itu juga tikar digunakan semasa:
1. Hari Arafah
(lepas solat zohor & asar dijamak) cari tempat teduh pergilah berdoa bersama pasangan masing-masing atau nak bersendirian. Mintalah apa nak minta. Berdoalah dengan hati yang ikhlas. Waktu ni adalah waktu paling mustajab berdoa.
2. Semasa bermabit di Muzdalifah
Kita akan bermalam sebentar di sini, jadi bentang tikar, rehat, tunggu no. kita dipanggil untuk naik bas. Jangan bersesak-sesak. Semua akan dapat naik bas.
Beratur dan ikut arahan staff TH dan sahabat maktab serta pihak muassasah.
Berikan laluan untuk yang kurang berupaya & yang uzur.
* Banyakkan bersabar, istighfar. Waktu ni kebanyakannya dah kurang sabar sebab letih. Bawa bertenang. insya-Allah Allah permudahkan segala urusan.
* Di Muzdalifah ada toilet, 2 tingkat. Sangat selesa, ambil kesempatan untuk bersihkan diri di toilet ni tapi jangan beria-ia sangat mandi wangi-wangi pula sebab kita masih dalam ihram. (tandas nie baru mula beroperasi tahun 2016. Sangat selesa banyak tandas dan airnya laju..😊😊 (saya suka betul tandas ni) sebab sebelum tu kami di Arafah jadi kena mandi cepat-cepat bila di sini tak perlu beratur panjang.
Nota
Saya merupakan sahabat maktab. Saya berada di sini dari 12 am – 6 am. Jadi saya ambil kesempatan untuk mandi dan tidur sebentar di sini sementara memberi laluan pada jemaah yang lain bergerak ke Mina. Satu maktab ada 3,000 – 4,000 orang kena bersesak sekejap naik bas untuk ke Mina.
Akhir kata selamat menjalani ibadah haji. Banyakkan bersabar berzikir dan bertalbiah. Setiap kesukaran pasti ada jalannya. Semoga segala amalan kita diterima olehNya. Semoga tip haji muassasah ini bermanfaat untuk bakal-bakal jemaah haji. – mw
Masin Mulut Mak! – Wanita Ini Kongsi Kisah Romantis Bertemu Jodoh Dengan Pensyarah Sendiri
Siapa sangka gurauan seorang ibu kepada anaknya bertemu jodoh dengan pensyarah apabila menyambung pengajian di universiti satu hari nanti jadi kenyataan! Itu yang berlaku kepada wanita ini apabila selamat diijabkabulkan dengan seorang lelaki yang juga pensyarahnya sendiri beberapa hari lalu.
Jom baca coretan dia, kelakar pun ada sebab lepas ini dah tak boleh panggil ‘sir’ lagi.
Lepas ni panggil abang
Jan 2016 ‘Weh ko kos apa?’‘As20 psikologi sukan. Sy kan mentee Sir.. Nama saya Nur shazana.
April 2016‘Sebenarnya aku suka kat ko masa kt tempat urusetia tu. Cakap banyak’
Jun 2016‘Makcik, sy nak Ana tahun depan boleh tak?’‘Boleh.
21.1.2017Tunang
21.7.2017Nikah
Alhamdulillah.. Masih lagi tak percaya dah jadi isteri Sir.. Rasa macam baru sangat Sir tegur saya.. ?? tahun lepas sir selalu cakap ‘Aku takleh suka ko, ko student aku lecturer’
Sekarang ni apa sir. Dah jadi suami isteri pun. Hahaha. Betul lah orang cakap UPSI tu
UniversitiPertemuanSuamiIsteri
Kata-kata itu doa
Tahniah daripada kami! Moga berbahagia hingga ke anak cucu! Korang yang masih belajar lagi itu mungkin boleh intai-intai sikit pensyarah muda yang single, jangan cari suami orang pulak!
Sumber : Annashazana
Tuesday, 25 July 2017
Misteri Umur 40 Tahun Manusia
Ramai tidak sedar dalam Al-Quran ada menyentuh tentang usia 40. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini.
Allah swt. berfirman yang maksudnya, “”Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
Pada ayat yang lain, firman Allah yang maksudnya, “Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?” (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) “Kematangan”.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini.
Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas: “Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu ;
1. Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh).
2. Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun).
3. Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun).
4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati).
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh.
Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama.
Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah SAW; “Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi." (riwayat Ahmad).
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya.
Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati-hati juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja.
Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahawa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa-sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa, Life began at fourty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya.
Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sialah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W, “Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.- khalifahmedia
‘Alhamdulillah... Nama Saya’
“RAMAI yang panggil Ham tetapi tidak tahu nama sebenar saya," kata pemilik nama Alhamdulillah Ala, 55.
Beliau yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, tidak berasa dirinya lain daripada yang lain akan tetapi bertuah kerana setiap kali orang menyebut namanya mereka memuji ALLAH.
Mengimbas kenangan ketika awal kelahirannya, dia sakit teruk dan tidak menyusu sehingga keadaannya kritikal.
Katanya, situasi itu membimbangkan ayah dan ibunya kerana dua abangnya juga meninggal dunia ketika masih kecil.
Bagaimanapun, ayahnya pernah berniat sekiranya dia dipanjangkan usia, Alhamdulillah akan menjadi namanya.
“Selepas itu, ibu saya mimpi ada orang datang dan bagi saya minum. Ibu saya terjaga dari tidur dan terus menyusukan saya, itulah kali pertama saya minum selepas dilahirkan dan Alhamdulillah, ALLAH SWT berikan kesihatan yang baik sampai hari ini,” katanya.
Tidak pernah diejek
Walaupun namanya agak unik, tetapi sepanjang zaman kanak-kanaknya tidak pernah diejek mungkin disebabkan mereka tidak tahu nama sebenarnya.
Mereka lebih mengenalinya sebagai Ham atau Alham sehinggalah meningkat ke alam remaja, perkara itu bukan masalah kepadanya.
“Disebabkan nama itu lain dari lain, kawan sekolah menengah yang tidak berjumpa selepas 30 tahun masih mengingati saya selepas diberitahu nama pelajar paling unik di sekolah," katanya.
Akui Ham, isterinya, Rosiah Ismail, 49, pun terkejut sebaik mengetahui nama bakal suaminya itu adalah Alhamdullilah.
"Tapi dia tak kisah sangat, lagipun nama saya ini bawa maksud yang sangat baik," katanya.
Tuah nama dapat makan percuma
Bapa kepada tujuh anak ini berkata, dia pernah makan bersama rakan sekerja di sebuah kedai yang dinamakan Kedai Alhamdulillah.
“Selepas makan, kami panggil tuan kedai untuk kira harga makanan. Saya cakap kepadanya ini adalah kedai saya dan sepatutnya makanan itu percuma tapi dinafikan pemilik kedai dan menegaskan itu kedainya.
“Saya tunjuk kad pengenalan dan pemilik kedai itu tersenyum kerana dia hanya suka-suka letak nama kedainya dengan nama tersebut. Akhirnya makanan yang saya makan itu diberi percuma,” katanya.
Ketika ditanya sama ada nama itu memberi tuah kepada dirinya dalam menjalani kehidupan seharian, beliau mengakui nama itu biasa sahaja.
“Selalunya bila orang sebut nama ini, pasti mereka akan sebut sekali lagi untuk mengesahkannya. Ia sering berlaku di hospital, namun lama-kelamaan mereka sudah kenal dan terbiasa dengan nama itu.
“Tiada tuah pada nama tetapi mungkin tuah kerana ada anak yang ramai. Saya ada tujuh cahaya mata terdiri lima perempuan dan dua lelaki (kembar) berusia lingkungan 16 hingga 31 tahun,” katanya sambil ketawa.
Ejaan nama mesti 13 huruf
Alhamdulillah berkata, disebabkan namanya itu dalam bahasa Arab, kebanyakan rakan-rakan kaum lain agak sukar menyebutnya malah kadang-kadang sebutannya berbunyi nama lain.
“Selalunya bila terima kad raya, nama saya pernah ditulis Rahmahtullah, saya pun tidak faham bagaimana boleh timbul nama itu.
“Untuk pastikan nama saya betul, saya beritahu mesti ada 13 huruf iaitu A,L,H,A,M,D,U,L,I,L,L,A,H. Jika cukup sudah tentu ejaannya betul,” kata anak keenam daripada lapan beradik itu.
Ham juga sangat gemar menyertai aktiviti-aktiviti komuniti di kawasan rumahnya kerana menyifatkan hubungan baik antara jiran-jiran dapat dikukuhkan melalui program dianjurkan.
“Program biasanya diadakan pada hari minggu, semua boleh turut serta dan itulah masa sesuai untuk jumpa dengan jiran-jiran yang kebanyakannya bekerja hari biasa.
“Pada program minum pagi baru-baru ini, kami turut jemput Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Dia pun mengakui kali pertama berjumpa dengan orang yang namanya Alhamdulillah walaupun kerap kali ke merata dunia,” katanya.
INFO
Nama : Alhamdulillah Ala
Umur : 55 tahun
Asal : Teluk Intan
Pekerjaan : Pembantu Tadbir, IPK Perak
Pendidikan: SK Kg Budiman, Pasir Panjang SMK Datuk Maharajalela, Kg Gajah
Isteri : Rosiah Ismail
Anak : 7 orang
4 Syarikat Jepun Akan Melabur Di Johor - MB
Johor terus menjadi tumpuan utama asing termasuk empat syarikat Jepun yang akan melabur hampir RM2 bilion di Taman Perindustrian Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, di sini.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelaburan itu melibatkan sektor kejuruteraan plastik, pengkhususan kimia dan yang berasaskan polimer.
Beliau yang juga Pengerusi Johor Corporation (JCorp), kini berada di Jepun bagi mengetuai delegasi kerajaan negeri ke negara itu.
“Pelaburan ini semestinya dapat memberi manfaat limpahan ekonomi kepada rakyat Johor khususnya dalam mewujudkan peluang pekerjaan serta perniagaan berkaitan.
“Keyakinan syarikat-syarikat terkemuka dari negara luar untuk terus berhasrat melabur di Johor membuktikan bahawa mereka percaya dengan potensi negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan pelabur-pelabur Jepun sedia ada dan berpotensi di Tokyo.
Turut serta dalam pertemuan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud dan Presiden/Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.
Mohamed Khaled juga yakin JCorp sebagai konglomerat kerajaan negeri, akan meneruskan peranan sebagai penyumbang untuk menarik pelaburan ke Johor dan menjadikannya lokasi tumpuan utama pelabur asing. – BERNAMA
Rosmah Beramah Mesra Dengan Peserta PABM 2017
Perancangan konsisten dan terarah harus dilakukan supaya Bahasa Melayu (BM) mampu menjadi bahasa perhubungan di seluruh dunia suatu hari nanti.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata BM pernah digunakan secara meluas merentasi sempadan nusantara pada abad ke-15 dan 16, setanding dengan bahasa Latin dan Perancis.
Justeru beliau berkata, BM harus dilestarikan dan keunggulannya perlu ditanam dalam jiwa rakyat sejak kecil.
"Pelbagai pihak berkepentingan harus mengambil peranan dalam memartabatkan BM, contohnya ibu bapa, komuniti, pihak sekolah, ahli akademik dan pihak berwajib.
"Perjuangan mendaulatkan BM sesungguhnya tidak bernoktah," katanya ketika berucap pada Majlis Resepsi Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2017 di Seri Perdana di sini, hari ini.
Seramai 52 peserta diraikan pada majlis itu. PABM yang masuk tahun ke-11 bermula semalam dan pertandingan akhir akan berlangsung Rabu ini.
Rosmah berkata, beliau teruja kerana semua urusan berkaitan penganjuran pertandingan itu termasuk komunikasi, surat menyurat dan saringan dilaksanakan sepenuhnya dalam BM.
"Pertandingan ini membuatkan kita bangga kerana BM dijadikan bahasa ilmu sejagat dan tidak asing dalam konteks bahasa komunikasi antarabangsa," katanya.
Monday, 24 July 2017
Video Tentera Israel Sepak Lelaki Muslim Sedang Solat
RAKAMAN video berdurasi 45 saat yang memaparkan seorang lelaki sedang khusyuk sembahyang tiba-tiba disepak oleh seorang askar Israel mencetus kemarahan ramai.
Rakaman itu diambil ketika pertempuran yang berlaku di luar kawasan Masjid Al-Aqsa dan disiarkan stesen TV antarabangsa Al Jazeera pada Jumaat.
Rusuhan itu dilaporkan berlaku susulan tindakan Israel tidak membenarkan orang Islam berumur di bawah usia 50 tahun menunaikan solat di dalam Masjid Al-Aqsa.
Sedutan rakaman tersebut mencetuskan kemarahan netizen di seluruh dunia dan tidak ketinggalan pengguna media sosial tempatan yang sekeras-kerasnya mengutuk perbuatan biadap askar tersebut
Dalam pada itu Al Jazeera melaporkan tiga maut dalam pertempuran antara waraga Palestin dan Israel dalam demonstrasi tersebut.
Rabu lalu, Imam masjid Al-Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri cedera ditembak dengan peluru getah oleh rejim zionis ketika beliau sedang menunaikan solat di luar pintu pagar masjid berkenaan.
Kerana Review Filem Dunkirk, Janna Nick Dikecam Teruk
BARU-baru ini pelakon Janna Nick mendapat kecaman dari penonton kerana menyuarakan pendapatkanya tentang filem terbaharu arahan Christopher Nolan, Dunkirk.
Menerusi akaun Instagramnya, Janna memuat naik satu posting di mana dia menyatakan filem tersebut tidak menepati citarasanya dan dia juga meminta agar penonton mengelak dari menonton Dunkirk.
“Saya tengok cerita Dunkirk dah nak habis dah. Saya tengok cuba digest sampai saya rasa saya macam kebodohan teruk.
“Lepas tu saya decide untuk tidur saya bangun tidur sambung tengok lagi tapi masih buntu.
“So saya tak mahu bagi bintang dekat cerita ini. Kalau boleh elakkan tengok,” tulisnya di Instagram.
Rata-rata peminat berkata Janna tidak layak menonton filem tersebut dan lebih sesuai menonton drama Melayu yang sesuai dengan pemikirannya.
“Aku tak boleh hadam bila Janna Nick kabo dia bosan tengok Dunkirk. Hang pelakon kut,” tulis @SivFreak
Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang melihat kritikan yang dilemparkan kepada Janna terhadap filem tersebut adalah tidak berasas sama sekali, kerana dia tidak menonton filem itu dari awal hingga penamatnya, seperti kebiasaan yang dilakukan seseorang sebelum memberi review tentang sesuatu naskhah filem itu.
“Masalah mentaliti yang tak dapat dibendung. Filem macam tu dia kata bosan, habis nak tengok filem Melayu je ke?,” tulis @Sofee99
“Janna sepatutnya tahu harga dan nilai Dunkirt, sedih bila tengok komen macam tu dari seorang pelakon,” tulis @ahmadahmad
“Aku faham itu cuma pendapat, tapi bila nak komen, biarlah nampak macam berakal dan matang. Peace yoww!,” tulis @Adnn_luvy
Selepas menerima kecaman yang teruk, Janna tampil meminta maaf dan dan berkata setiap orang mempunyai pendapat tersendiri.
“Orang tunggu je saya buah salah sikit. Tak apa, tak kanlah tak ada salah langsung. Saya minta maaf ye semua.
“Nanti saya tengok cerita itu sampai habis,” tulis Janna di akaun Twitter miliknya. –MYNEWSHUB.CC
Jemaah Haji Malaysia Pertama Berlepas Hari Ini
Malaysia Airlines memulakan operasi penerbangan haji hari ini dengan penerbangan terus pertama ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA).
Penerbangan MH8000 berlepas pada pukul 6.30 pagi dan dijadual tiba di Madinah pada pukul 10 pagi waktu tempatan, menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Malaysia Airlines akan mengendalikan 76 penerbangan terus ke Jeddah dan Madinah, berlepas dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Alor Setar, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang, bagi musim ini.
“Penerbangan berkenaan akan menggunakan pesawat A380-800 dan A330-300, masing-masing berkapasiti 483 dan 287 tempat duduk.
“Bagi kemudahan penumpang, Malaysia Airlines juga akan menyediakan penerbangan perantara domestik bagi menghubungkan penumpang dari Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Alor Setar, Kota Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching kepada KLIA,” katanya.
Penerbangan akhir haji akan berlepas dari KLIA pada 26 Ogos.
Menurut Malaysia Airlines, fasa kedua operasi dari Arab Saudi ke Malaysia, akan bermula pada 7 September dan berakhir pada 4 Okt. – BERNAMA
Separuh Akhir PABM 2017, Korea Dan Jepun Berjaya Tempa Tempat
BANGI – 10 daripada 20 peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 peringkat suku akhir bagi kategori Antarabangsa dan Pelajar Antarabangsa di Malaysia terpilih ke pusingan separuh akhir yang diadakan esok, Selasa.
Peserta yang layak ke separuh akhir daripada kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia ialah Slamy Res daripada Kemboja (UKM); Abdul Rahman Khaled Hassan Saeed, Yaman (UTP); Mohamed Hadad,UK (UniMAP); dan dua pelajar daripada UIAM iaitu Hassan Radwan (Palestin) dan Abdul Matin Mohammad Azeem (Afghanistan).
PARA PESERTA KATEGORI PELAJAR ANTARABANGSA DI MALAYSIA YANG LAYAK KE SEPARUH AKHIR PABM 2017.FOTO: RIZA RAZAK
Bagi kategori antarabangsa pula, peserta yang layak mara ke peringkat seterusnya ialah Nabiya Zarbali (Azerbaijan), Lisa Shimazaki (Jepun), Seok Da-Hye (Korea Selatan), Ma Xiao (China) dan Rimajon Sotlikova (Uzbekistan).
LIMA PESERTA KATEGORI ANTARABANGSA YANG LAYAK KE SEPARUH AKHIR. FOTO: RIZA RAZAK
Keseluruhannya, seramai 52 peserta mengambil bahagian dalam PABM 2017 yang memasuki edisi ke-11 dengan tiga kategori dipertandingkan iaitu, Antarabangsa, Pelajar Antarabangsa di Malaysia dan Alam Melayu.
PABM 2017 bermula Ahad lalu dengan persaingan pusingan awal, saingan suku akhir pada Isnin dan diikuti separuh akhir pada Selasa manakala malam kemuncak iaitu pertandingan akhir pada Rabu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sementara itu, lima peserta kategori Alam Melayu dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Thailand dan Singapura berjaya ke peringkat separuh akhir.
PABM 2017 merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama DBP, Majlis Debat Universiti Malaysia (Madum) dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (Makum).
Pertandingan tahun ini bertemakan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu telah menetapkan 12 tema tajuk antaranya Peranan Siswa,Yang Tua Dikasihi, Yang Muda Disayangi dan Kesaksamaan Gender. – MYNEWSHUB.CC