Perselisihan faham dengan pasangan dan bergaduh kecil kerana pendapat yang berbeza merupakan antara asam garam rumah tangga. Namun adakalanya apabila terlalu sibuk menguruskan rumah tangga, wanita sebagai isteri adakala terlupa untuk memberikan perhatian dan menunjukkan kasih sayang kepada suami, terutama bagi pasangan yang telah lama berkahwin.
Di satu sudut yang lain, perkara kecil dan remeh-temeh juga boleh menjadi punca rumah tangga porak peranda dan kebahagiaan yang di bina musnah sekelip mata. Perkongsian dari Dr Fadzilah Kamsah tentang 7 ‘C’ yang sebabkan suami benci pada isteri.
Pertama, cabar. Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, “Kalau awak berani cubalah dan cabar suami cari perempuan lain”. Dr Fadzilah kata jangan cabar suami, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.
Kedua, cabul. Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan seperti isteri hilang sifat malu. Mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.
Ketiga, celupar. Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
Keempat, comot. Ada wanita yang cantik tetapi comot. Comot samada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya.
Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya. Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi bila di rumah tak mekap pun.
Kelima, cemburu. Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka.
Ini akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di ofis. Suami baru balik kerja dah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.
Keenam, cerewet. Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.
Ketujuh, cincai. Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak.
Jika, ada antara ciri-ciri di atas terdapat dalam diri anda, muhasabah dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Tak salah berubah demi kebahagian rumah tangga sendiri dan setiap perkahwinan itu memang memerlukan pengorbanan. MissA
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci