728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 10 April 2017

    Keluarga Mentua Terlalu 'Demand', Punca Pasangan Ini Berpisah




    ‘Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana nak menutupnya’, itulah peribahasa yang menggambarkan situasi yang berlaku dalam masyarakat kita.

    Pernah mendengar dari orang sekeliling, ‘bila nak kahwin?’, ‘bila nak ada anak?’, ‘bila nak ada kereta besar’, dan macam-macam lagi. Jika kita mahu mengikut mulut manusia ini, pasti tidak akan pernah puas dan tidak akan pernah habis.

    Akhirnya, diri sendiri terpaksa menanggung hutang kerana ikutkan cakap orang. Kerana ikutkan cakap manusia rumah tangga kita yang binasa.

    Itulah yang dihadapi oleh lelaki ini yang dikenali sebagai Joe. Disebabkan sikap keluarga mertua dan isteri yang terlalu ‘demand’ dan mengikut cakap orang sekeliling Joe terpaksa menanggung hutang dan akhirnya mengambil keputusan bercerai.

    “Nama saya Zack, saya terpanggil untuk membuat luahan rakan saya iaitu Joe baru sahaja menceritakan kisahnya yang baru 2 minggu bercerai. Bila ditanya, beliau menyatakan bahawa beliau tidak tahan dengan perangai keluarga mertua dan isterinya yang “over demand”.

    “Segala benda tidak cukup, dibeli kereta Toyota Vios untuk kegunaan isteri pun masih tak cukup,nak macam-macam, minta macam-macam, sikit-sikit main psikologi. Joe sebelum kahwin memang tidak suka perkahwinan antara dua darjat, dikenalkan dengan bekas isteri ibunya seorang nurse. Joe datang dari keluarga sederhana, ibunya juga seorang nurse.

    “Joe menganggap ibu dan bakal ibu mertuanya memahami, masing-masing kerja sama namun Joe tidak menyangka gaya hidup keluarga isteri sangat berbeza. Kelurga mertua dan isteri selalu meminta-minta sesuatu tergesa-gesa. Joe hanya mekanik kereta, bulan-bulan bukan duit masuk banyak, tetapi sikap keluarga mertua yang selalu membanding-banding Joe dengan jiran-jiran yang lain ditambah dengan isteri yang selalu mengiyakan sahaja kata ibunya menyebabkan Joe tidak mampu.

    “Memang betul apa dikata, zaman sekarang kalau kau miskin baik tak payah kahwin. Sebab sekarang perempuan belum kahwin dah demand hantaran tinggi-tinggi. Di zaman ramai yang mengejar duit dan pangkat, ramai yang gilakan skim cepat kaya, nak kahwin pun kena kaya.

    “Macam mana kahwin kena kaya bagi orang-orang tersebut? Zaman dulu pasangan yang belum atau sudah berkahwin pasti akan takut dengan soalan orang sekeliling ini, contohnya kalau yang belum berkahwin ditanya soalan, “Bila nak kahwin?”. Yang sudah berkahwin akan ditanya, “Bila nak ada anak?”. Lepas tu tanya kereta, rumah dan seterusnya. Nampak tak soalan tersebut biasa saja sepanjang zaman.

    “Tapi tahu tak ada lagi satu soalan yang paling kejam? Soalan psikologi yang sering ditanya oleh keluarga mertua Joe. Boleh diandaikan soalan yang selalu juga ditanya golongan penindas skim cepat kaya. Ya, ada lagi soalan tersebut iaitu “Tak kesian ke dengan ..?”

    “Mungkin ramai akan tanya atau tak setuju, dengan alasan mengapa nak ikut kata-kata orang? Mengapa nak hidup berhutang? Mengapa tak tetapkan saja pendirian? Ya,akan ada yang bertanya terutama yang belum berkahwin atau dari kaum hawa sendiri. Perkara di atas tak mungkin akan berlaku sekiranya si isteri faham kesusahan suami, ia hanya akan berlaku jika isteri jenis termakan kata-kata orang.

    “Mungkin depan orang biasa, akhir sekali sebelum tidur isteri terpengaruh dengan hawa nafsu, bertanya dengan si suami, ‘Abang tak rasa betul ke apa orang tu cakap? Abang tak kesian ke anak kita, baru setahun umur?” Tengok??
    Soalan yang sama ditanya oleh isteri sendiri.

    “Isteri memang akan takut dipersalahkan, takut dianggap tidak bersyukur jadi untuk meminta sesuatu yang menjadi kesukaran bagi suami, dijualnya nama anak. Padahal si isteri tahu benda tu sukar, tapi masih lagi nak cuba nasib. Lelaki mana yang tak sayangkan keluarganya, cuba buat semua di atas walaupun tahu diri terpaksa berhutang.

    “Di dalam Facebook dicanangnya sikap lelaki dayus, di televisyen RTM dulu diceritakan kisah Dilema Wanita, berapa ramai lelaki yang tidak pernah menceritakan keburukan isteri atau bekas isterinya. Seorang ayah sanggup berlapar melihat anaknya menikmati hidangan KFC, kisahnya hanya tular dua atau tiga hari. Akhir kata, “Tak kesian ke dekat si suami wahai isteri-isteri, wahai ibu-ibu mertua, wahai orang sekeliling?”,” katanya.

    Sebagai seorang isteri janganlah anda membebankan suami anda dengan meminta perkara yang di luar kemampuan suami. Hidup berumah tangga susah dan senang bersama. Jangan meletakan kesemua tanggungjawab itu pada suami, bertolak ansurlah dalam kehidupan rumah tangga. – MissA

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Keluarga Mentua Terlalu 'Demand', Punca Pasangan Ini Berpisah Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top