728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, 10 June 2017

    Baik Atau Buruk 'Viral' Di Media Sosial Bergantung Kepada Kematangan Rakyat Kita





    Penggunaan internet memberi kesan yang besar terhadap kehidupan kita hari ini termasuklah rangkaian media sosial. Kajian pada tahun 2015 memberitahu sebanyak 18 juta pengguna media sosial yang aktif di Malaysia dan angka ini semakin bertambah dari tahun ke tahun.

    Sedar atau tidak, pengaruh media sosial sangat hebat hari ini. Dan apabila menyentuh berkenaan media sosial, perkara yang viral atau tular ini adalah topik utama. Persoalannya, adakah ia baik atau tidak?

    Tamparan media sosial sangat menakjubkan, ia boleh jadi kedua-duanya sekali. Antara baik dan juga buruk.

    Oleh kerana ianya percuma, semua orang bebas menyebar sesuatu isu tanpa sempadan baik berbentuk cerita, berita, video atau gambar. Siapa yang paling hangat, dialah yang paling mendapat perhatian.

    Kalau hendak dibandingkan, berita berunsur negatif lah yang paling banyak mendapat perhatian. Tak kiralah samada berita pak cik berkopiah bermanja-manja dalam kereta, makcik tua bergaduh di tempat letak kereta atau seumpamanya. Cepat sangat tersebar.

    Zaman sekarang semua orang mahu jadi yang paling cepat sebar berita. Sahih atau tidak itu belakang kira.

    Sebenarnya yang mendorong tindakan ini adalah pemikiran individu tersebut termasuk yang menyokong. Tahap kematangan seseoranglah yang menentukan siapa mereka. Kalau anda lihat lebih banyak keburukan di media sosial, itu petanda tahap kematangan rakyat Malaysia masih lagi dalam paras kritikal.

    Setiap orang bertanggungjawab dengan apa yang mereka sebar di media sosial, termasuk yang berkongsi. Pastikan setiap perkara yang ingin disebarkan benar, tidak menceroboh hak peribadi orang lain termasuk unsur berbaur fitnah serta hasutan.

    Sifirnya, orang yang baik tidak suka berkongsi sesuatu yang sia-sia seperti berita kotor, khabar angin, atau gosip murahan semata-mata dahagakan perhatian. Berbeza dengan orang yang sebaliknya.

    Apa yang anda kongsi sedang memberitahu siapa anda.

    Jadikan medium internet hari ini membentuk komuniti yang membawa kebaikan khasnya rakyat Malaysia. 3 Tahun lagi kita hampir mencapai wawasan 2020, maka menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan aplikasi dalam media sosial terus relevan sebagai penyalur maklumat yang positif.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Baik Atau Buruk 'Viral' Di Media Sosial Bergantung Kepada Kematangan Rakyat Kita Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top