Thursday, 22 June 2017
Penduduk Dunia Cecah 9.8 Bilion Pada 2050
Jumlah terkini penduduk dunia seramai 7.6 bilion akan mencecah 9.8 bilion pada 2050, dengan bilangan rakyat India akan mengatasi China dalam masa tujuh tahun lagi, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Nigeria akan mengambil alih tempat Amerika Syarikat pada 2050 untuk menjadi negara ketiga paling ramai penduduk di dunia, menurut perangkaan dikeluarkan Jabatan Ekonomi dan Sosial badan dunia itu.
"Dengan kira-kira 83 juta tambahan penduduk dunia setiap hari, corak menarik dalam saiz populasi dijangka berterusan, walaupun dengan anggapan tahap kesuburan akan terus menurun," kata laporan berkenaan.
Pada kadar itu, jumlah penduduk dunia akan mencecah 8.6 bilion pada 2030, 9.8 bilion pada 2050 dan 11.2 bilion pada 2100.
Jumlah rakyat India, yang kini tersenarai sebagai negara kedua paling ramai penduduk dengan 1.3 bilion, akan mengatasi 1.4 bilion jumlah rakyat China pada 2024.
Namun Nigeria paling pantas menambah jumlah warganya dan penduduk di 26 negara Afrika berkemungkinan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda menjelang 2050.
Bilangan penduduk berusia 60 tahun ke atas dijangka bertambah lebih dua kali ganda pada 2050 dan lebih tiga kali ganda menjelang 2100. - AFP
Talian WhatsApp Untuk Melaporkan Kesalahan Jalan Raya Dilancarkan oleh JPJ
Ramadan sudah hampir sampai ke penghujung. Tarawikh semakin berkurangan dan digantikan dengan lautan manusia pusat membeli belah. Migrasi manusia untuk pulang ke kampung juga meningkat. Pasti ada insan yang akan melanggar undang-undang jalan raya kerana kurang sabar.
Talian khas WhatsApp untuk melaporkan kesalahan-kesalahan ini dibuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan semalam.
Pengguna boleh menghantar rakaman video dan gambar ke nombor 011-5111 5252. Turut perlu disertakan ialah lokasi dan waktu kesalahan dilakukan. Dengan laporan dari orang ramai, pesalah akan dapat dikenakan tindakan dengan segera oleh pihak JPJ.
Selamat pulang berhari raya kepada semua. Ingatkan supaya berhati-hati di jalan raya supaya anda selamat tiba. Ucapan Selamat Hari Raya dari Amanz untuk semua.
SUMBER RUJUKAN: NST
Kerana Mahu Banyak 'Like' Facebook, Bapa Sanggup Gadaikan Nyawa Anak Kecil
SEORANG lelaki dipenjara selama dua tahun selepas dia menghayunkan seorang budak lelaki ke luar tingkap untuk mendapatkan ‘like’ di Facebook.
Lelaki yang tidak dinyatakan nama itu telah memuat naik gambar dirinya membiarkan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan terjuntai dari bangunan yang tinggi, dengan hanya memegang leher bajunya.
Gambar itu dimuat naik beserta tulisan, ‘1,000 like atau saya akan jatuhkannya’.
Sebaik sahaja dimuat naik, beberapa pengguna media sosial menghubungi polis, menuntut supaya dia ditangkap kerana mendera kanak-kanak.
Polis kemudian menahannya di Algeria, dan menjatuhkan hukuman kerana membahayakan nyawa kanak-kanak.
Menurut Al Arabiya, budak itu sengaja dibiar terjuntai dari tingkat 15 bangunan.
Suspek enggan mengaku kesalahannya dan menuduh pengguna media sosial telah menyunting gambar tersebut.
Dia berkata, ketika gambar itu diambil, terdapat penghadang di situ, tetapi mereka telah memadamnya.
Bapa kepada kanak-kanak itu juga merayu kepada mahkamah, menegaskan bahawa lelaki itu bergurau.
Namun, hakim berkata gambar itu jelas dan suspek telah membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut.
Dia dipenjarakan selama dua tahun.
SKMM Akan Agresif Pantau Akaun Facebook & Twitter 'Fake'
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau kehadiran akaun-akaun media sosial palsu serta menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Sejak kebelakangan ini, katanya, didapati terdapat banyak akaun media sosial palsu seperti Facebook, Twitter yang diwujudkan untuk menyebar pelbagai kandungan palsu dan jelik yang boleh memberi kesan buruk terhadap sosial, ekonomi dan keselamatan negara.
Beliau mengingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi & Multimedia 1998 untuk membuat atau mewujudkan kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik.
“Umum sedia maklum bahawa akaun palsu seperti ini digunakan oleh mereka yang berniat jahat dan bertujuan untuk menyebarkan berita palsu, fitnah serta hasutan yang merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang negara,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini pada Rabu.
Salleh berkata isu itu tidak terpencil kepada Malaysia sahaja.
Malah, katanya, Facebook baru-baru ini dilaporkan telah mengambil tindakan ke atas 30,000 akaun Facebook palsu di Perancis dalam usahanya untuk mengekang gejala berita palsu sewaktu pilihan raya presiden negara itu.
“Selain tindakan penguatkuasaan, kerjasama dengan pihak pemberi perkhidmatan seperti Facebook akan terus dipohon oleh pihak MCMC untuk memadam akaun-akaun palsu ini,” kata Salleh.
Syed Hamid Albar Terkejut Dengan Pelantikan Isa Samad Sebagai Pengerusi SPAD
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berasa terkejut dengan pelantikan Tan Sri Isa Samad untuk menggantikan tempat beliau.
Syed Hamid ketika dihubungi Sinchew Daily berkata, seperti dengan banyak orang lain, beliau berasa terkejut dengan pelantikan Isa yang baru sahaja meninggalkan Felda Global Ventures Holdings Berhad.
Syed Hamid juga bimbang kerajaan akan terjerumus ke dalam kontroversi baharu dengan pelantikan Isa sebagai Pengerusi SPAD.
Beliau bagaimanapun mempercayai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan pertimbangan sewajarnya mengenai pelbagai faktor termasuk reaksi orang ramai sebelum melantik Isa sebagai Pengerusi SPAD.
“Perdana Menteri seorang pemimpin berpengalaman yang aktif dalam politik selama 40 tahun, jadi beliau semestinya sudah membuat pertimbangan dan berpendapat Isa merupakan calon yang sesuai,” katanya.
Syed Hamid juga mengharapkan yang terbaik buat kerajaan dan juga Isa.
“Ini bukannya benda yang boleh saya beri ulasan kerana ia merupakan kuasa Perdana Menteri.
“Beliau tidak perlu berunding dengan mana-mana menteri, saya sendiri merupakan orang yang dilantik Perdana Menteri untuk menjadi Pengerusi SPAD,” katanya.
Menurut Syed Hamid lagi, Perdana Menteri bagaimanapun perlu memberi jawapan jika berlaku kontroversi mengenai pelantikan Isa seperti mana Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menjawab mengenai isu keluarganya yang mencuri tumpuan.
Walaupun meminta supaya tidak mempertikaikan keputusan Perdana Menteri, Syed Hamid bagaimanapun berpendapat pelantikan yang mengambil tempat adalah “perkara malang” buat Najib dan Isa kerana ia akan memulakan banyak kontroversi.
“Saya bersimpati dengan Isa kerana orang akan mengajukan pelbagai persoaan apabila beliau memulakan tugas nanti,” katanya.
Najib Razak Kongsi Amalan Sunat Sambut Aidilfitri
Tanpa disedari bulan Ramadan sudah hampir tiba di penghujungnya. Kurang daripada seminggu kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dan bagi mereka yang menghayati kemuliaan Ramadan, pasti ramai yang bersedih akan pemergian bulan yang penuh keberkatan ini. Namun, saya berharap amal ibadah kita juga tidak terhenti dengan pemergian Ramadan.
Dalam kesibukan menyambut Syawal, Insya-Allah hujung minggu ini, kita masih berpeluang untuk merebut pahala dan mencari keberkatan Ilahi dengan meraikan Hari Raya mengikut syariat-syariat Islam. Banyak amalan sunat yang boleh kita lakukan nanti, antaranya memperbanyakkan takbir memuji Allah SWT bermula pada malam raya. Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 185:
“…Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”
Kita juga disunatkan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi raya, selain mandi sunat, merapikan badan dan memperindahkan diri. Mengikut hadis riwayat Bukhari, Rasulullah SAW tidak keluar untuk melaksanakan solat Aidilfitri sehinggalah baginda makan beberapa biji tamar dalam bilangan ganjil terlebih dahulu.
Rasulullah juga menggalakkan kita untuk mengerjakan puasa sunat enam dalam bulan Syawal yang mana baginda telah bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” (Hadis riwayat Muslim)
Akhir sekali, keutamaan juga harus diberi kepada usaha-usaha yang boleh mengeratkan silaturahim, kerana ini sememangnya dituntut walaupun bukan pada hari raya.
Ambillah peluang ini untuk menziarahi sanak saudara, rakan-rakan yang Islam atau pun bukan Islam, kerana ini juga mencerminkan budaya 1Malaysia yang merupakan kekuatan kita sebagai sebuah negara majmuk.
Dengan penuh keikhlasan, Insya-Allah amal ibadah kita akan diterima Allah SWT.
Oleh : Najib Razak
Wednesday, 21 June 2017
Balasan Buat Isteri Ego, Baran & Sering Memarahi Suami
Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat isteri2 di luar sana. Moga pengalaman dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang lain dari kemusnahan seperti rumah tangga aku. Mintak maaf jika post aku panjang berjela. Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua.
Bismillah.
Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak. Berkahwin semasa umur 21. Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain. Jadi bila suami aku (esok jadi ex-suami) ajak kawin aku terus bersetuju.
Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE. salah aku. Memang salah aku. Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah. Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.
Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja. Mungkin rezeki anak masa tu. Kerja aku pulak starting dah 3k. Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji aku. Suami aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi daripada suami aku.
Mula berkahwin memang kami dah problem. Aku fikir, this is normal since we dont know each other quite well. Main kawin je konon bercinta lepas nikah. Selama kami bergaduh, suami aku yang banyak sabar. Diamkan bila aku marah. Aku yang baran. Pantang salah sikit, sampai suami aku mandi lama pun aku bising. Mula berkahwin niat nak menjadi isteri solehah sangat tebal. Aku pakai cantik depan suami, lemah lembut, layan suami macam raja. Ada la untuk 6 bulan pertama perkahwinan. Makin lama makin teruk perangai aku. Hari2 aku marah suami aku.
Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang banyak pada aku. First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari suami aku jadi ego. Aku rasa aku boleh hidup tanpa suami. Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak. Suami aku cuma setelkan insurans anak dan yuran taska anak aku. So aku rasa i can live without him. Tapi aku salah. Sunyi nya hidup tanpa peneman. Walaupun suami aku tak mampu dari segi kewangan, tapi suami aku penyayang sangat. Yes i can physically live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah kehilangan sumber kasih sayang aku.
Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suami aku ni memang suka berbisness. Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness dia. Aku rasa dia buang masa dan dia takkan berjaya buat bisness. Suami aku selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab ini sunnah dan dia nak tolong orang. Bisness suami aku pulak bisness consultant. Banyak consultation dia cas rm20-50. Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit macam tu. Suami aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah. Dia pulak tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun untuk bisness dia.
Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah isteri yang serba cukup. Aku asyik rasa sepatutnya suami aku bersyukur dapat aku sebagai isteri. Aku boleh la dikatakan ada rupa, kurus, berkulit cerah, kerja ok dan hari2 aku masak untuk anak n suami siap bawak bekal lagi. Bab makan memang aku jaga. Aku masak special hari2. Sepanjang berkahwin aku tak pernah bagi suami aku makan kicap n telur sahaja. Paling lekeh pun aku akan masak masak sup ayam. Aku lupa yang tanpa suami aku yang mudahkan kerja aku tak mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak. Suami aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain (aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam2 kalau anak nak susu dan macam2 lagi. Ya aku buta. I kept saying yang apa yang suami aku buat adalah tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat. Sekarang bila dah terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sumpah aku menyesal sangat sekarang.
Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone suami aku aku nampak dia google gambar lucah. Aku terus serang dia dan masa itu lah dia betul2 meletup kat aku. Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma bersabar dengan aku. Disebabkan ego tercabar aku pun halau dia keluar. Thats the end of us, about a year ago. Tak pernah kami tido sebumbung selepas tu.
Lepas aku halau dia, dia balik ke kampung. Parents suami aku pulak accident dalam perjalanan ambik suami aku dari stesen bas. Sampai saat ni aku rasa bersalah sangat pada suami aku. Kematian parents dia menjadi kemuncak kebencian dia pada aku. Sampai saat ni aku menagis bila teringat benda ni. Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan his parents might still be alive.
Bila parents dia meningal kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi. Suami aku memang kuat semangat. Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia. Dalam masa setahun perniagaan dia bertambah maju. Aku cuba pujuk dia kembali pada aku. Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku rindu sangat pada suami aku. Aku rindu dia peluk aku setiap malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia. Aku rindu pangilan “sayang” pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampai lah kami berpisah. Aku rindu dia sangat2 Allah sahaja yang tahu. Tapi dia dah tak ada perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin.
Aku berharap kalau lah ada isteri di luar sana yang mempunyai ego sama dengan aku, baran sama dengan aku, buta hati sama dengan aku, sedarlah sebelum terlambat. Jagalah “ego” suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia pada anda. Macam mana kita rasa diri ini bagus, suami tetap di atas.
Esok aku ke mahkamah untuk dia lafaz cerai. Doakan aku.
– Nurul
Sumber: IIUMC
Diamond is not in DoJ’s List For Asset Forfeiture, only a perceptual play
The list of jewelries posted by the Malaysiakini portal allegedly bought by Low Taek Jho as a gift to Prime Minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor is found not on US Department of Justice (DoJ) list of assets to be seized in their civil suit.
The 22-carat pink diamond necklace worth RM116 million when reviewed was not written on all 251 pages of the DoJ statement on June 14, 2017.
There are another 27 other 18 carat jewelries claimed by DoJ to be purchased using funds taken from 1Malaysia Development Berhad (1MDB) company amounting to RM2.6 billion.
Understand this clearly. If the RM116 million diamond was not mentioned by DoJ, why Malaysiakini as a third party so adamantly wanting to slander and attack Datin Seri Rosmah? DoJ did not even mentioned Datin Seri Rosmah. This means that the opposition in Malaysia through Malaysiakini goes far beyond this issue.
The international media also cited this incorrect story and perception from Malaysiakini. Reuters, CNN, Al Jazeera and Bloomberg have been fooled by Malaysiakini. The agenda to smear Malaysia is in motion.
Could the USD5 billion fund channeled through the Clinton Foundation by Daim Zainuddin as exposed by Raja Petra have bought the journalistic ethics of the foreign media.
The foreign media are too cheap. In order to succeed in the campaign to bring down the Prime Minister chosen through a democratic system, they are willing to be deceived by Malaysiakini's incorrect information.
It should also be understood that the RM2.6 billion money accused of being misled from 1MDB is untrue. On April 14, 2016, Adel Al Jubeir, Saudi Arabia's Foreign Minister has confirmed a RM2.6 billion contribution from the country.
That means the RM2.6 billion was not from 1MDB. During King Salman's visit to Malaysia, why did Mahathir not ask directly whether the RM2.6 billion was misled by Jho Low to buy the diamond?
Prior to that, on January 26, 2016, Tan Sri Apandi Ali, the Attorney General stated that the contribution of RM2.6 billion was a contribution from the royal family of Saudi Arabia. In August 2013, a sum of RM2.03 billion was returned to Saudi Arabia as the funds were not used.
Therefore, Malaysiakini's logic that the RM2.6 billion was stolen from 1MDB was wrong. The perception that the RM2.6 billion is used to buy diamond is also incorrect. Reuters, CNN, Aljazeera and Bloomberg have been deceived by a false story from Malaysiakini.
Minister in the Prime Minister's Office, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan in a statement on June 18 suspected that there was a bad political agenda against Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and the government.
"Malaysia has the right to know who the complainant is and the US Department of Justice should disclose their identity so that Malaysia can confirm the relevance of the complainant to the opposition party agenda to overthrow the democratically elected Prime Minister and government in Malaysia," said Abdul Rahman Dahlan.
This repeated action by DoJ after the first time on July 20, 2016, was made to create a mere perception. There is no basis, no evidence, no witnesses and it has not been brought to court for a fair and transparent trial.
Why must DoJ link the individual if DoJ did not intend to seize the 28 jewelries on the list.
"You (DoJ) made fun and you potrayed as if Datin Seri Rosmah and the diamond were doing something wrong, but in the document submitted, you did not even include the diamond as a asset to be seized," said Rahman Dahlan.
Yesterday, the former PPBM Srikandi chief, Ainina said the image of the diamond distributed by Malaysiakini was false. Picture and story of RM24 million ring by Rafizi were also fake. The title by Utusan Malaysia "Beli sendiri guna duit menabung dari kecil - Rosmah" is also proven to be false.
Hence, what Syed Saddiq wants the people to do which is to tell stories about this RM116 million diamond when going back home for Raya will be an act of spreading lies and sedition. He is inviting people to spread false stories.
In this holy month of Ramadhan, ‘parti bunga’ calls on the people to commit sin. Ramadhan is already approaching its end, and people are busy seeking more rewards and Lailatulqadar, ‘parti bunga’ are busy adding sin through slandering diamond stories.
The name of the complainant is not disclosed. DoJ did not named Najib but instead uses the Malaysian Official 1 (MO1) title in this matter. If it’s true that all the details and evidence are complete, immediately name the person involved or the identity of MO1. Do not speculate like now.
They created this story, illustrate, create documents, then create a bad perception to defame people, to divide the society and to incite hate among the people to the government.
Slandering is more dangerous than murder because it can cause society to lose love and to trigger hostility. The Word of Allah SWT in Surah Al Baqarah, verse 217 "And slander is greater than the sin of murder".
As a person who obeys the teachings of religion, we should not be easily deceived by the no. 1 slandering portal Malaysiakini and the calls to slander about the RM116 million diamond made by ‘parti bunga’. Continue to pray in the last nights of Ramadhan. Stay away from defamatory stories, speculations and perceptions.
Written by:
Beruang Biru
BB476, Wednesday
June 21, 2017
Isteri Ada Kad Nama Khas Kementerian Suami? Ini Jawapan Nazri Aziz...
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menafikan bahawa pejabatnya mengeluarkan kad nama kepada isterinya, Datin Seri Haflin Saiful.
Beliau berkata kementeriannya melarang penerbitan sebarang jenis kad nama kepada bukan kakitangan.
"Dia bukan kakitangan kementerian, itu palsu.
"Ada orang luar yang cuba kenakan saya,” kata Nazri yang dipetik portal The Star Online.
Rabu lalu, sekeping gambar yang memaparkan kad nama "Datin Seri Haflin S" menjadi tular di media sosial.
Jawatan yang dipaparkan pada kad itu adalah "Isteri - Menteri Pelancongan Kebudayaan Malaysia".
Kad itu juga memuatkan alamat pejabat kementerian di Putrajaya, bersama nombor telefon dan alamat e-mel.
Namun, cubaan untuk menghubungi Haflin melalui nombor telefon dan laman Instagram yang dipaparkan itu tidak berjaya.
Kecoh! Neelofa Hilang Apabila Fattah & Fazura Muncul
NEELOFA! Mana kamu hilang? Gara-gara tidak muncul dalam program hiburan popular MeleTOP malam Selasa, hos rancangan itu, Neelofa dikecam netizen yang menganggap dia tidak profesional untuk bertentang mata dengan tetamu episod itu, Fattah Amin dan Fazura.
Netizen khususnya peminat gabungan pelakon Hero Seorang Cinderella yang digelar Fattzura itu mempersoalkan tindakan Neelofa sebagai sengaja tidak mahu bertemu pasangan itu.
Hos pada malam itu digantikan dengan penyanyi Siti Nordiana, sementara Imam Muda Asyraf menggantikan Nabil Ahmad.
Nabil ketika ini mengerjakan umrah di Makkah.
Selain itu, akaun Instagram @Meletop turut dihujani lebih 50,000 komen yang memberikan reaksi dan pendapat kerana tidak berpuas hati atas sikap Neelofa itu.
Neelofa dan Nabil mengacarakan MeleTOP sejak 2012.
Usaha mStar Online mendapatkan komen Neelofa bagi mengulas kehilangannya itu masih belum berhasil.
Bagaimanapun, pada episod minggu lalu, Neelofa dan Nabil ada mengumumkan bahawa kedua-dua mereka akan cuti bekerja bagi mengerjakan ibadah umrah namun difahamkan Neelofa ketika ini masih lagi berada dalam negara.
Sementara itu, gandingan pertama kali Siti Nordiana dan Imam Muda Asyraf turut menjadi perhatian penonton.
Kedua-dua mereka dikatakan lebih tenang dan segar untuk mengendalikan program hiburan berkenaan.
Ada juga netizen yang mahu gandingan ini terus dikekalkan bagi memberi pembaharuan terhadap program yang sudah bersiaran selama enam tahun dengan mengekalkan pengacara yang sama.
Program MeleTOP bersiaran setiap hari Selasa, pukul 10 malam di Astro Ria (Saluran 104).
Kerana OPPO Gadis Ini Derhaka Kepada Ibunya
Sebuah lagi iklan menarik yang berjaya ditampilkan sempena raya ini daripada Oppo Malaysia. Iklan ini berjaya menunjukkan bagaimana realiti sebenar kehidupan masyarakat masa kini yang terlalu alpa dengan kerja sehinggakan lupa tentang kasih sayang antara ibu dan anak. Tonton sehingga habis untuk mengetahui apa yang dilakukan Ibu Aisyah untuk membuatkan mereka bersatu semula.
Cara Alternatif Balik Beraya Di Kampung Yang Aku Pernah Buat
Oleh Naim AlKalantani
Seingat aku tragedi ini berlaku sewaktu 2012 atau 2013 di bulan Ramadan. Dalam dua hari sebelum raya. Biar aku kisahkan dahulu kisah tragis aku sebelum aku menukilkan ‘alternatif balik kampung di hari raya’ ini.
Pagi itu, aku bangun dan berkemas untuk pulang ke kampung halaman, beraya di sana, di Negeri Serambi Mekah. Pagi itu keluargaku kalut macam biasa la kemas-kemas barang. Duk main dengan keluarga besar.
Waktu tu seingat aku semua ahli keluarga aku ada, 10 orang termasuk ibu dan ayah. Masa tu nak balik dengan Toyota Unser. Pagi tu aku kemas-kemas. Dan di luar kelihatan kecoh. Aku tanya kenapa. Ibu cakap kereta Unser rosak.
Hari tu seingat aku Ahad. Dan Ahad tak ada kedai buka. Mustahil kedai buka sebab dua hari lagi nak raya. Waktu tu aku cakap la tak payah la balik. Ibu cakap kena balik juga.
Fikir punya fikir, ibu dan ayah sepakat untuk menaiki Proton Saga (Saga baru). Gila 10 orang nak sumbat dalam tu?
Ibu beritahu; aku, adik bawah aku, dan abang nombor dua aku – kami bertiga perlu naik bas atau kereta api. Bas Jengka-Kelantan dah habis. Ayah membawa kami bertiga dahulu dari rumah menuju ke Jerantut. Mencari bas kalau-kalau ada tiket lagi.
Sesampainya di Jerantut, semua tiket sudah habis. Ibu cakap pergi naik kereta api. Berapapun tambangnya ibu akan bayar sebab kami terdesak nak balik. Ibu cakap macam tu sebab kereta api kalau naik tanpa tiket, ada denda.
Masa tu, aku la paling legend dalam keluarga aku sebab aku la paling kerap naik kereta api. Sehingga hari ini pun aku tak pernah naik bas ke Kelantan, hanya naik kereta api dan kereta sahaja.
Sampai di stesen kereta api Jerantut, aku bertanyakan tiket untuk tengah hari. Seingat aku memang ada kereta api tengah hari menuju ke arah Tanah Merah. Tiket habis!
Sebenarnya memang aku agak awal lagi tiket akan habis. Ibu suruh kami naik je dulu, dan bayar je berapa yang pegawai tiket tu nak dalam kereta api, janji kami sampai.
Untuk pengetahuan semua, memang kereta api ‘boleh’ naik tanpa tiket. Tapi ada denda yang perlu dibayar. Seingat aku ibu beri abang aku dalam RM100. Masa tu ibu cakap ini dah habis ikhtiar. Dan kalau rasa lapar, buka puasa je. Aku cool je waktu tu, gila adventure juga kisah ni.
Lepas tu kami pun naik kereta api ekspres menuju ke negeri paling suci dalam Malaysia ni. Dalam tu, sesak ya amat. Rupa-rupanya kami tak keseorangan, lagi ramai yang tak ada tiket. Setiap penjuru ada orang.
Waktu tu aku tak pakai iPhone lagi, tak boleh la nak viralkan keadaan dalam kereta api tu. Sesak dia macam kau naik LRT, tapi penuh dengan beg dan bagasi balik kampung. Aku nak duduk pun tak boleh tahu. Jadi aku berlegar-legar dalam tu je la.
Dalam sejam lepas tu, pegawai yang periksa tiket tu pun datang. Aku ada di samping abang dan adik aku. Pegawai tu minta tiket. Abang aku cakap tak ada. Yang best nya, aku dengan yakin dan percayanya sebut kat ibu aku sebelum naik kereta api tu “denda RM20 je. Hari tu orang pernah tak ada tiket. Kena tambah RM20 je dari harga tiket”.
Dan masalah timbul. Masalahnya ‘hari tu’ aku cakap tu pada tahun 2008. Kahkahkah. Pegawai tu kira-kira dalam mesin tiket dia. Seorang kena tambah RM100 sebagai denda dan tambah harga tiket Jerantut-Tanah Merah. Aku nganga waktu tu.
Waktu tu aku tak reti mencarut lagi, jadi aku nganga je la. Lepas tu abang aku call ibu. Pegawai tu tengok je. Terdesak beb. Aku bertiga stuck dalam tu, duit tak cukup. Dah la semua virgin tak cukup umur lagi.
Seingat aku ibu aku suruh abang aku tanya pegawai tu alternatif lain ataupun paling tak nanti sampai baru bayar. Pegawai tu pandang kami. Dan mengeluh. Abang aku cakap “maaf encik. Kami tak ada duit ni”.
Pegawai tu kesian aku rasa. Dan dia cakap “macam ni lah, korang turun di Kuala Lipis kejap lagi. Kat situ, lepas je kereta api ini jalan, dalam sejam lepas tu ada kereta api shuttle, beli tiket tu pergi Tanah Merah”.
Abang aku tak puas hati. Dia was-was kalau-kalau pegawai tu troll dia. Abang aku tanya, “kalau tak ada tiket encik?”. Pegawai tu yakinkan kami, “confirm ada. Jangan risau”. Abang call ibu, ibu cakap ikhtiar je, jadi apa-apa, call dia balik.
Kami turun di Kuala Lipis tanpa membayar satu sen pun pada pegawai tu. Aku sangat berterima kasih kepada pegawai tu. Mohon kalau ada pegawai dari KTMB yang baca ni, jangan carilah siapa pegawai yang ‘bebaskan’ kami tanpa bayaran tu, sebab aku pun tak tahu nama dia.
Turun je stesen, abang bergegas ke kaunter. “Encik, tiket kereta api shuttle ke Tanah Merah ada lagi?”. “Ada. Nak berapa?”. “Tiga”. “Ok. Shuttle Tanah Merah, pukul 2 petang, tiga orang, jumlahnya RM15 (sen sen).
Aku terkejut lagi sekali. “3 orang encik”. “Ya, untuk 3 orang”. Abang bayar. Aku tengok tiket. “RM5 (sen sen)”. Ok sekali lagi aku nganga. Gila apa Lipis-Tanah Merah RM5.
Betul sahabat-sahabat. Aku tak tipu ni. Dalam pukul 2 petang tu kereta api sampai. Kami naik. Barulah aku tahu yang kereta api tu sebenarnya orang kampung panggil ‘kereta api barang’. Ada gerabak barang yang dibawanya, macam kau pos motosikal tu kan, guna kereta api tu la. Tapi tak la kami duduk sekali dengan motor tu. Kami ada coach kami. Cuma tak ada seat.
Tepatnya macam ni; kereta api ekspres ni macam bas ekspres yang kau beli tiket sebelum naik bas dan ada nombor seat pada tiket tersebut. Manakala kereta api shuttle macam bas henti-henti yang kau beli tiket dalam bas dan tiket tu tak ada seat. Kami duduk je la mana-mana, yang boleh duduk.
Yang bestnya, kereta api tu tak penuh pun. Kereta api tu ok je. Ada aircond yang sejuk, kerusi ok. Aku siap baring lagi kat kerusi tu. Kau boleh duduk mana-mana kau suka dalam tu. Seat kau tak tetap. Kalau kebetulan ramai, berdiri la kau. Eh macam bas henti-henti la.
Ok aku jelaskan. Kereta api shuttle ini adalah untuk barang. Dan kebanyakkan yang guna perkhidmatan kereta api ini adalah pelajar sekolah dan orang-orang kampung. Sebabnya mereka ini hari-hari guna dan tiket boleh beli dalam kereta api itu tanpa denda. Macam kau naik bas.
Tapi kereta api ini agak lambat bukan sebab dia lembap, tapi dia berhenti di setiap stesen kecil. Lambat tak lambat mana pun, beza dalam sejam perjalanan.
Kereta api shuttle ni ramai orang tak perasan. Sebab tiketnya tak boleh beli online. Hanya boleh beli di kaunter tiket kereta api atau dalam kereta api. Kau boleh layari website KTMB untuk lihat jadual. Atau kau boleh rujuk di jadual di bawah ini dengan kemas kini jadual 1 Februari 2017.
1. Untuk link rasmi, kau klik di sini.
2. Jadual laluan Tumpat – JB Sentral (01 Feb 2017), kau semak di sini.
3. Jadual laluan Tumpat – Dabong – Gua Musang – Kuala Lipis – JBSentral, kau semak di sini.
Kod kereta api yang SH itu adalah kereta api shuttle. Manakala ERT itu merujuk kepada kereta api ekspres. Untuk jadual yang updated, lebih afdal merujuk laman KTMB.
Sila ambil maklum:
1. Kereta api shuttle kau boleh lihat jadualnya yang setepatnya di website https://intranet.ktmb.com.my. Di situ kau boleh beli tiket kereta api ekspres juga. Untuk shuttle, kau boleh lihat perbandingan masa di situ dengan tepat, tapi tak boleh beli tiket sebab dia tunjukkan tiket sold out.
2. Aku beritahu benda ini sebab takut kau keliru dan cakap aku tipu. Sebab kau kena bandingkan masa kau bergerak. Diingatkan bahawa kereta api shuttle TIDAK SEMUA TEMPAT ADA.
3. Aku beri contoh. Kan aku gerak dari Jerantut, kenapa aku tak naik shuttle dari Jerantut saja? Sebab di Jerantut tiada Shuttle. Hanya ada Ekspres. Jadi aku kena transit di Lipis dulu, dan baru terus ke Tanah Merah.
4. Benda ini penting. Sebab kadang-kadang kau kena turun naik tren. Aku beri contoh berdasarkan jadual di atas bagaimana aku nak naik shuttle dari Kuala Lipis-Tanah Merah:
a. Aku kena naik SH58 pada 1345 dan akan sampai ke Gua Musang pada 1550.
b. Dari Gua Musang aku kena tukar kepada SH60 pukul 1552 dan sampai ke Tanah Merah pada 2035.
c. Kau kena lihat masa tu dengan teliti. Beza dalam 2 hingga 10 minit sahaja. Ataupun kau boleh tanya pegawai dalam tren tu “kena tukar kereta api atau tak lepas ni?”
d. Kalau ikut jadual yang ada di atas, ada perbezaan masa walaupun nombor tren yang sama. Paling tepat kau kena lihat di website KTMB di https://intranet.ktmb.com.my. Tapi kau hanya boleh lihat, tak boleh beli.
Bagi musim perayaan sebegini, maka aku sarankan yang tiket habis, tiket hilang, tiket kena tipu; naik la kereta api. Selain kereta api ni murah, kau dapat lihat keindahan kampung-kampung di samping kau buat story kat Instagram dan Whatsapp.
Aku banyak pengalaman pahit manis bersama kereta api. Dan di sini aku ceritakan untuk kegunaan orang ramai. Sedih tak dapat beraya sebab tiket habis, kini kau dapat beraya dengan keluarga di samping kau dapat merasakan pengalaman naik kereta api. Jangan kau tertinggal beg berisi baju raya macam Aida dalam iklan raya TNB tu sudahlah. Tak meriah raya kau nanti.
Oleh Naim AlKalantani
Lihat Bagaimana Rakyat Syria Menikmati Majlis Berbuka Puasa Dalam Perang
Disaat kita menyambut Ramadan dengan penuh kemeriahan dan hidangan yang sedap-sedap, lain pula ceritanya di bumi Syria. Ada sebahagian daripada umat Islam di sana langsung tidak mempunyai apa-apa makanan untuk berbuka. Malah, anak-anak kecil terpaksa menahan lapar selain berhujankan peluru dan bom demi meneruskan hidup. Itulah Syria pada hari ini.
Ia menyedarkan dan membuatkan kita semua rasa bersyukur tinggal di Malaysia. Setidaknya kita masih lagi boleh pergi ke bazar Ramadan, berbuka di hotel mewah atau kedai hipster yang kadang-kala disertakan sekali dengan hashtag: #doneiftar.
Meskipun masih bergelut dengan peperangan, namun ia bukanlah penghalang untuk mereka tidak menikmati suasana berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Kali ini kami terbangkan anda untuk melihat sendiri bagaimana suasana rakyat Syria di Kota Douma berbuka puasa, iaitu kawasan pinggiran ibu kota Damaskus di mana ia merupakan kawasan yang masih dikuasai puak pemberontak.
Walaupun dikelilingi dengan bangunan roboh yang sudah hancur berkecai, mereka tetap menikmatinya dengan penuh rasa syukur dan gembira. Betul kata orang berpengalaman, nak rasa cabaran hidup yang sebenar kena berani keluar dari zon selesa.
CUEPACS Minta Gaji Penjawat Awam Dinaikkan
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan agar mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam sebanyak tiga peratus pada pembentangan Bajet 2018.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, jika diluluskan kenaikan itu akan membantu meringankan beban 62,000 penjawat awam dalam kategori B40 yang berdepan kos sara hidup yang tinggi.
“Kenaikan kos sara hidup meningkat sebanyak lapan peratus dan keadaan itu menjadi antara faktor penjawat awam berpendapatan rendah dibelenggu hutang.
“Sebab itu kita mahu cadangan kenaikan gaji ini diberi perhatian sewajarnya demi memberi kelegaan terutama bagi pekerja yang berpendapatan kira-kira RM1,200 sebulan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan kongres kesatuan itu di sini semalam.
Monday, 19 June 2017
Ini Kenapa Minuman Jus Lebih Baik Berbanding Air Berperisa Lain Yang Ada Di Pasaran
Kalau anda masuk ke kedai serbaneka dan mencari minuman, rasanya memang banyak pilihan minuman yang boleh dipilih. Ada masa nak minum air yang manis untuk hilangkan dahaga tetapi tak tahu untuk pilih minuman berperisa yang mana. Tetapi seeloknya cuba cari minuman jus seperti Tropicana Twister. Sebenarnya banyak sebab untuk anda menjadi peminat jus buah-buahan. Ini antaranya.
1. Minuman jus memudahkan anda mencapai target harian untuk buah-buahan
Anda mesti tahu piramid makanan kan? Mungkin agak payah untuk dapat buah-buahan segar di sesetengah kawasan tetapi mudah untuk dapat air jus. Pergi ke 7-Eleven, pasti anda boleh jumpa.
2. Air jus kaya dengan Vitamin dan fiber
Kalau anda mahu minuman yang kaya dengan vitamin C, anda perlulah minum air jus buah-buahan. Jus oren terutamanya mengandungi kandungan Vitamin C tinggi yang membantu membaiki tisu dalam badan. Fiber yang terkandung dalam air jus juga membantu meransang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit.
Bukan itu sahaja, perisa jus Tropicana laici pula mengandungi Vitamin C dan E yang membantu meningkatkan sistem imuninasi tubuh, mengurangkan kadar demam dan selsema serta baik untuk kulit dan rambut. Sebab itulah anda perlu cukup vitamin untuk jaga kesihatan tubuh badan anda.
3. Minuman Tropicana diperbuat daripada 100% jus dan tidak mengandungi gula tambahan
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semula jadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mangandungi karbohidrat (nasi, mi, roti, pasta dan etc). Gula juga terdapat dalam buah-buahan iaitu dalam bentuk fruktosa dan susu dalam bentuk laktosa. Selain terdapat dalam bentuk semula jadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa pemprosesan yang dikenali sebagai gula tambahan atau free sugar.
Tahukah anda bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari? Jadinya, pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan masalah obesiti. Minuman Tropicana 100% Orange Juice diperbuat daripada 100% jus buah-buahan sebenar dan tidak mengandungi gula tambahan dan pengawet.
4. Air jus tidak mengandungi gas/soda
Ada sesetengah individu tak tahan dengan kandungan gas yang ada dalam air soda. Kebanyakkan air jus buah-buahan dipasaran bebas sodium bicarbonate dan sesuai untuk semua. Tambahan pula, air soda boleh sebabkan dehidrasi di mana anda akan lebih cepat kembali dahaga kerana kandungan gula, garam dan kafein yang tinggi di dalamnya. Jadi, untuk elak cepat dahaga, pilihlah untuk minum air jus berbanding air soda.
Jadi selepas ini anda tahu minuman apa yang sesuai untuk diminum bila-bila masa sahaja. Tambah menarik dan buat Tropicana berbeza dengan jus buah-buahan yang lain adalah kerana jus Tropicana diperbuat daripada buah-buahan sebenar dan menawarkan rasa yang menyegarkan dengan nikmat khasiat sebenar!
102 Tahun Tempoh Tunggu Giliran Haji
Umat Islam di negara ini yang baru mendaftar dengan Tabung Haji (TH) pada tahun ini untuk ibadat haji ke tanha suci, perlu menunggu giliran sehingga 102 tahun.
Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, mengingatkan umat Islam yang sudah lama mendaftar untuk menunaikan rukun Islam kelima iyu supaya tidak tergesa-gesa untuk mengeluarkan semua simpanan hanya dengan mendengar tohmahan pembangkang yang mendakwa institusi itu muflis.
“Ketika ini ada kira-kira 2.5 juta umat Islam di Malaysia mendaftar untuk menunaikan haji. Jadi sesiapa yang mengeluarkan semua simpanan dalam Tabung Haji dan selepas itu simpan balik, mereka perlu daftar semula dan menunggu 102 tahun lagi untuk ke tanah suci.
“Ini pernah berlaku di mana seorang penyimpan berusia 62 tahun yang sudah sampai giliran untuk naik haji tiba-tiba mengeluarkan semua simpanan selepas terpengaruh dengan dakyah kononnya Tabung Haji muflis.
“Bila sedar dakyah itu tak betul dia simpan semula duit dalam Tabung Haji tetapi giliran asal untuk menunaikan haji tak dapat balik, kena tunggu hingga umur 164 tahun,” katanya dalam Majlis Ziarah Kasih Yayasan Tabung Haji dan Biro Keahlian Daftar Pengundi UMNO bagi Parlimen Kimanis di Bongawan, Sabah, hari ini.
Yang turut hadir Menteri Luar merangkap Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Ariffin Arif dan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS), Datuk Mohamad Alamin.
Abdul Azeez berkata, umat Islam di negara ini perlu bersyukur dengan usaha kerajaan memastikan mereka dapat menunaikan ibadat haji termasuk mendapatkan kuota haji tambahan bagi mengurangkan tempoh menunggu.
“Tahun ini kuota haji bertambah kepada lebih 30,000 berbanding hanya 22,000 pada tahun lalu. Kerajaan juga mengekalkan subsidi haji RM9,570 seorang dan untuk tahun ini saja jumlah subsidi menunaikan haji ditanggung kerajaan ialah RM230 juta,” katanya.
Pada majlis itu, Abdul Azzez menyampaikan sumbangan daripada UMNO dan Yayasan Tabung Haji kepada 1,003 orang golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan termasuk 750 orang asnaf.
Katanya, Parlimen Kimanis ialah lokasi kedua di Sabah selepas Beaufort pagi tadi dan ke-51 di seluruh negara program Ziarah Kasih bertujuan meringankan beban umat Islam membuat persediaan perayaan Aidilfitri.
Di Beaufort, Azeez mengagihkan bantuan sebanyak RM300,000 kepada 1000 golongan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya yang terpilih.
Jelajah program itu diteruskan di Penampang dan Kota Belud petang ini sebelum ke Sandakan dan Semporna, esok.
[VIDEO] : Sahabat SPRM, Usaha Terbaru Untuk Cuci Rasuah Di Malaysia
Dengarkan apa kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengenai usaha terbaru dari badan berkenaan bagi mendekati masyarakat ;
'Cinta Saya Bukan Untuk Zizan' - Mira Filzah
Sejak tahun lepas lagi, gosip percintaan antara Mira Filzah dan Zizan Razak cukup hangat diperkatakan sehinggalah saat ini. Gara-gara foto mesra mereka bersama yang dimuat naik ke media sosial, peminat meletakkan harapan yang cukup tinggi agar mereka berdua benar-benar bercinta.
Tidak mahu terus terlibat dengan kontroversi percintaan lagi, Mira Filzah menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang perasaan cinta terhadap Zizan.
Maaf, cinta saya pada waktu ini bukan pada Zizan, bukan juga pada lelaki lain. Tak mungkin saya bercinta pada waktu sebegini kerana saya lebih selesa solo begini.
Lagipun, saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk bercinta. Masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja semata-mata. Selebihnya bersama keluarga tersayang.
Kalau pun ada pihak yang mahu saya bercinta dengan Zizan, perkara itu tidak mungkin berlaku. Saya selesa berkawan saja, tidak lebih daripada itu.
Nampaknya kenyataan Mira ini sudah cukup jelas memberitahu beliau tidak berminat untuk bercinta dengan Zizan. Oleh itu, peminat boleh lah berhenti berharap agar mereka bergelar pasangan kekasih. Tidak salah untuk seorang wanita dan lelaki berkawan sahaja bukan? – bn
1MDB Sifatkan Dokumen DoJ Tiada Bukti Kukuh
1MDB hari ini berkata dokumen terbaharu yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) bagi merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) kerana berkait dengan wang dilarikan daripada syarikat itu tidak disertakan dengan bukti jelas.
“1MDB mengambil maklum yang permohonan sivil itu tidak mempunyai lampiran yang menyatakan bukti bertulis dan kenyataan saksi untuk menyokong dakwaan DoJ,” kata syarikat itu dalam kenyataan ringkas hari ini.
Pendirian itu dilihat seiring dengan respon Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Pejabat Perdana Menteri, yang menganggap dokumen itu hanya ulangan tanpa disertakan bukti.
Dokumen lebih 200 muka surat itu difailkan DoJ semalam di sebuah mahkamah di California, bagi merampas pelbagai aset dan hartanah mewah yang menurutnya dibeli menggunakan wang yang dilarikan daripada syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Ia termasuk sebuah lukisan mewah dan hasil hak cipta 2 filem komedi Hollywood terbitan sebuah syarikat diketuai anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.
Permohonan terbaharu itu berkait dengan dakwaan kecurian dana 1MDB, syarikat yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. DoJ dalam siasatannya yang diumumkan tahun lalu mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) berlaku dalam 1MDB melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.
Dokumen DoJ semalam dikritik Apandi yang berkata pihaknya tidak dimaklumkan DoJ, sementara setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad menyifatkannya mempunyai agenda politik kerana menamakan pihak tertentu walaupun tidak perlu berbuat demikian.
1MDB berkata pihaknya tidak ada kena mengena dengan permohonan di AS itu, dan tidak pernah dihubungi oleh DoJ.
Syarikat itu bagaimanapun berkata ia bersedia memberikan kerjasama “dengan mana-mana pihak berkuasa luar negara, berdasarkan protokol antarabangsa mengenai perkara itu dan nasihat pihak berkuasa tempatan yang berkaitan,” kata kenyataan itu.
Izara Aishah Sudah Takut Nak Berpakaian Seksi
Sudah beberapa kali terpalit dengan kontroversi yang melibatkan cara beliau berpakaian termasuk tersebarnya video yang mengatakan beliau memakai busana sehingga menampakkan bahagian tepi buah dadanya, pelakon Izara Aishah menjadikan ia sebagai pengajaran didalam hidupnya dan enggan lagi berpakaian terlalu seksi.
Saya agak terkejut, mengapa baru sekarang video itu disebarkan sedangkan acara itu berlangsung tahun lalu. Memang saya silap kerana cuai, malah mama dan ayah juga memarahi saya kerana berpakaian begitu.
Sejak itu saya semakin berhati hati dalam memilih pakaian yang digayakan. Siapa pun kita, pasti ingin berubah. Insya-Allah, saya sedang melakukannya perlahan-lahan. Saya juga lebih kenal diri, malah semakin matang dalam setiap tindak tanduk.
Izara juga menganggap setiap apa yang berlaku sebenarnya adalah teguran daripada Allah SWT agar beliau tidak terlalu leka dan ghairah untuk mengikut arus fesyen. – bn
Kerajaan Sedia Taja 25 Pengiat Seni Tunai Umrah
Seramai 25 penggiat seni dan karyawan yang terpilih bakal menunaikan ibadat umrah yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan selepas musim haji berakhir pada tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penajaan ibadat umrah itu akan mengutamakan penggiat seni dan karyawan yang tidak berkemampuan dan tidak pernah melakukan ziarah ke tanah suci Mekah itu.
“Ia sebagai tanda prihatin serta bukti kerajaan mengambil berat dan nasib golongan seni khussusnya sempena dengan kemuliaan Ramadan ini.
“Insya Allah kita akan menghantar mereka menunaikan umrah selepas selesai musim haji pada tahun ini,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Penggiat Seni dan Karyawan di Seri Perdana di sini petang tadi.
Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; moderator Dialog Penggiat Seni TN50, Datuk Rosyam Nor dan pengarah serta penerbit filem, Datuk Yusof Haslam.
Seramai 2,000 pengiat seni dan karyawan hadir pada majlis berbuka puasa itu serta tetamu khas daripada rumah-rumah kebajikan dan anak yatim sekitar Lembah Klang.
Mengulas lanjut, Najib juga akan meminta pengurusan projek Perumahan Rakyat 1Malasyia (PR1MA) memperuntukan unit-unit rumah mampu milik kepada penggiat seni dan karyawan yang masih tidak mempunyai kediaman sendiri.
“Saya juga bersedia untuk meminta PR1MA iaitu rumah mampu milik untuk diperuntukan kepada penggiat-penggiat seni, budayawan, sasterwan kita.
“Ini juga boleh dipertimbangkan dari semasa ke semasa,” jelasnya.
Pada minggu lalu, Najib turut mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan beberapa unit rumah kepada penggiat seni dan karyawan terutamanya golongan veteran dan tidak memiliki kediaman sendiri.
Ia merupakan keputusan hasil daripada Dialog Pengiat Seni TN50 pada Mei lalu yang melibatkan penggiat seni, karyawan, seniman dan budayawan.
Saturday, 17 June 2017
Kenali Siapakah Sebenarnya Mejar Yazmi Mohamed Yusof
Amat memilukan hati, tragedi yang berlaku pada pesawat pejuang Hawk 108 yang melibatkan 2 juruterbang maut di kawasan berpaya di Chukai, Kemaman. Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31. Kejadian ini amat memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli keluarga.
Tidak lama selepas kejadian tersebut, seorang pengguna Facebook bernama Mohd Farid Abu Bakar telah memuat naik satu status yang menggambarkan kepribadian arwah Mejar Yazmi Mohamed Yusof.
Aku takkan boleh lupa jasa arwah Mejar Yazmi Yusuf kat aku masa kami di STAR dulu bila dia kasi pinjam kasut turf dia waktu aku nak pegi selection hoki untuk wakil daerah Kinta U15. Budak kampung macam aku tak mampu nk beli kasut turf hoki waktu tu. Main pun pakai boot bola je. Tapi sebab nak terpilih wakil daerah, pakai kasut turf katanya akan lebih tinggi peluang, dia kasi aku pinjam kasut dia. Dan dengan kasut tu lah aku dapat wakil Kinta dan bukan setakat waktu selection je, sampai habis tournament aku pinjam kasut tu. Nampak mcm simple, tapi aku rasa besar sangat jasa dia tu utk aku.
Dia senior aku. Mana nak cari senior yang boleh kasi junior pinjam kasut wei. Arwah very humble, sangat baik hati dan seorang senior yang paling rapat dengan junior dalam team hoki. Seorang pengawas, dan pembahas di STAR. Orang baik macam ni pasti kita akan kenang.
Rasa kehilangan yang sangat besar. Takziah untuk keluarga arwah. Semoga beliau tenang di sana. Amin!!
Dalam Ghairah Sambut Raya, Jangan Ambil Mudah Soal Aurat Keluarga Masing-Masing
Tahun lalu, ada confessor yang kongsi pandangan mengenai balik beraya di kampung tetapi tinggal di hotel dan tindakan itu dianggap tidak wajar. Namun bagi Abdul Ghani Haron, adalah penting bagi suami atau bapa menjaga aurat isteri dan anak perempuan mereka. Jangan ambil mudah, semoga bermanfaat.
“CERITA BALIK BERAYA, BANYAK MANA MENGGENDONG DOSA”
Subuh selepas hari raya, saya menyapa seorang jiran yang bersolat jemaah subuh bersama saya.
“Anak cucu ramai balik, penuh rumah agaknya, Mak Lang,”
“Mak Lang dah dah siap awal. Mak Lang dah tempah homestay. Mak Lang suruh yang lelaki tidur di homestay. Tinggal anak dan isteri sahaja di rumah Mak Lang. Bimbang balik beraya buat dosa, dosa melihat aurat ipar lamai, sepupu, biras,” katanya.
Cerita balik raya di kampung memang seronok, tetapi hakikatnya mudah terpalit dosa jika tidak dirancang. Apa tidaknya, bila beberapa keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur bergelimpangan sehingga ke ruang tamu kerana bilik tidak mencukupi. Maka akan berlakulah penampakan aurat ipar, sepupu, biras dan sebagainya.
Masa tidur, keluar dari bilik mandi, semasa menyusu badan, apatah lagi kalau dah tidur, tetaplah terbuka aurat. Paling resah adalah wanita yang terpaksa ‘berbungkus’ selama 24 jam kerana sentiasa ada orang yang bukan mahram di sekelilingnya menyebabkan mereka berasa rimas dan panas. Ditambah pula beratur di bilik mandi.
JANGAN AMBIL MUDAH TENTANG AURAT
Inilah cerita yang tidak seronok bila balik beraya di kampung, yang tidak terzahirkan kerana mahu menjaga hati banyak pihak. Tetapi wanita yang solehah tetap berkorban demi menjaga hati suami, mentua serta ipar.
Namun, suami yang prihatin dan mentua yang mengambil berat sepatutnya mengambil kira persediaan menyambut kepulangan anak cucu dan menantu agar berhimpun untuk beraya tidak terpalit dosa. Suami yang prihatin sepatutnya mengambil kira untuk tetap menyembunyikan aurat isteri, meringankan pengorbanan mereka yang kena ‘berbungkus’ selama 24 jam.
Tindakan Mak Lang itu adalah sesuatu yang betul. Zaman dulu di mana masalah aurat tidak diberi penekanan dan hal ini diremehkan. Tetapi pada kita yang sentiasa menjaga aurat, jangan ambil mudah bila beraya bersama ipar lamai, sepupu, biras kerana hukum aurat tidak berubah dalam apa situasi pun.
Nak menjaga hati emak dan mentua, bukan bermakna boleh main cincai dalam masalah aurat, boleh lebih kurang, biar tidur bersesak, terselak sana sini, asal boleh tidur. Pemisahan lelaki dan wanita yang bukan mahram tetap perlu dibuat dan diutamakan dari soal kekeluargaan. Maka penyedia ruang pemisahan ini wajib atau mengasingkan dengan menyewa homestay atau hotel walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi. Tetapi itu lebih baik dari sekali terpandang aurat ipar atau sepupu atau yang lain yang bukan mahram.
SUAMI TETAP TERSERET JIKA AURAT ISTERINYA TERDEDAH
Bukan sahaja bila bila balik beraya, bahkan bila berkampung kerana kenduri kendara. Jangan ambil mudah soal aurat, kasihanilah isteri dan anak dara anda. Kerana suami juga tetap terseret jika aurat isterinya terdedah, jika dia tidak bersedia mengelaknya.
Kisah Tsalabah bin Abd Rahman yang terlihat betis wanita bukan mahramnya, merasa amat berdosa lalu mengasingkan diri ke gua sehingga nabi menemuinya, adalah contoh betapa beratnya dosa melihat aurat wanita bukan muhrim (hadis ini dikatakan daif tetapi boleh jadikan teladan).
Jangan balik beraya menggendong dosa. Jangan peduli sindiran orang yang menyebut,
“Balik kampung tapi tidur homestay, hotel”
kerana mereka mungkin tidak faham yang kita mahu mengelak dari terbuat dosa. Selain itu faktor keperluan untuk mandi manda dan membuang air besar juga penting kerana itu keperluan hidup yang boleh menjejaskan kesihatan.
Kesimpulannya, apa juga yang kita buat, jangan sekadar merancang untuk melaksanakannya tetapi rancanglah supaya apa yang dibuat menjadi kebajikan, apa yang dibuat terelak dari dosa.
Bantulah isteri anda dalam memerlihara auratnya. Bahkan memelihara aurat isteri itu satu kecemburuan yang mandatori, yang wajib dilaksanakan. Wallahu a’lam.
Sumber: Abd Ghani Haron
Gadis Sanggup bayar RM4,600 Buat Lelaki Yang Sanggup Hamilkan Dirinya
Seorang remaja perempuan, Rosemarie Catidral atau dikenali juga dengan nama Shane Marie Gamboa, menulis kenyataan di facebook yang kemudian menjadi tular setelah menyatakan bahawa, ‘Sesiapa yang dapat menghamilkan dirinya akan dibayar sebanyak 20,000 peso.’
Berikut terjemahan kenyataannya di facebook (google translate):
“Selamat pagi kepada semua orang .. saya akan pulang ke rumah pada tahun ini dan saya berharap untuk mempunyai anak sudah .. Walaupun tanpa suami .. selama aku mempunyai anak, saya akan menjaga dia / dia .. ada sesiapa di sini yang sanggup mendapatkan saya hamil? Orang yang tidak steril dan mampu menghamilkan saya .. saya tidak akan menuntut apa-apa tanggungjawab dan anda tidak akan mempunyai untuk berfikir bahawa anda mempunyai anak dengan saya kerana saya akan membayar anda .. Saya lebih suka seorang budak lelaki yang adalah tinggi , tampan sekurang-kurangnya, dan berkulit putih .. Sebaik sahaja saya hamil, saya akan membayar P20, 000 seperti tawaran .. itu adalah kontrak .. Terima kasih .. saya akan menghantar sini lagi sebaik sahaja saya kembali ke Filipina .. ”
Rosemarie menjadi perhatian ramai kerana ingin tahu sama ada kenyataannya adalah benar atau hanya gurauan semata-mata.
Setelah disiasat, dia mempunyai dua nama di laman sosial facebook dan didapati mencipta dua ‘laman peminat’ di akaun peribadinya. Ada juga yang mengatakan bahawa Rosemarie bekerja di Arab Saudi.
Sumber: Pilipinosakuwait
Cara Nak Kesan Kedai Makan Yang Guna Pelaris
Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud. Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh. Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan.
Antara yang paling popular adalah penggunaan pelaris kedai makan. Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanya popular di Indonesia sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke Malaysia. Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan.
Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar-benar mengamalkan pelaris atau tidak. Berikutan cara mudah mengenal pasti kedai makan yang menggunakan pelaris dalam perniagaan.
“Ini berdasrakan pengalaman saya dan suami, sebab mertua saya sendiri pun guna pelaris. Saya dan suami lebih takut Allah SWT dari duit tak ada, jadi kami tak ikut cara dia. Cuma bila tengok orang masuk makan kedai yang guna pelaris saya jadi kesian.
“Pengguna pelaris kedai makan ini bukan benda baru. Kedai yang nampak macam Islamik pun jangan pelik kalau guna. Apa motif guna pelaris? Banyak sebenarnya penyediaan makanan itu sebenarnya kotor. Tapi nak tutup dan maksimum untung, kekalkan permintaan peniaga kedai makan ini guna pelaris.
“ Ada satu kedai nasi lemak yang popular di KL ini pun, pernah ada ustaz cerita Allah SWT buka hijab dia nampak mahkluk halis itu kencing pada makanan. Kedai ayam penyet atas bukit di KL yang popular itu pun tambat khadam mereka pada hiasan kepah dan tanduk kerbau dalam kedai.
“Kenapa saya cerita ini? Sebab saya kesian banyak orang masuk kedai-kedai ini tak sedar, makanan yang mereka makan kotor. Halal tapi kotor, berapa banyak bakteria masuk perut pun tak tahu. Saya bercerita berdasarkan pengalaman saya berniaga kedai makan. Mungkin yang saya cerita ini terhad pada pengetahuan saya saja.
“Pertama, kedai yang guna pelaris biasanya, tuan kedai itu memang tak solat atau solat celup-celup. Tak boleh nak solat konsisten, sebab ‘khadam’ panas. Kalau sempat berkenalan dengan tuan kedai, perhatilah solatnya. Kalau masa solat Jumaat hilang, lepas itu orang habis solat dia muncul dari mana-mana mungkin dia ada khadam.
“Kedua, pelaris ini adalah 1 bentuk sihir. Mereka mungkin guna wafa’. Wafa’ ini macam jampi atau mentera yang ditulis dalam kertas, kulit binatnag. Kadang-kadang nampak macam tulisan khat. Ada wafa’ yanf dibenarkan, maknanya jampi guna ayat Quran. Tapi wafa’ pelaris ini kita tak boleh baca tulis apa. Malah, mungkin juga di tulis dalam bahasa Thailand atau Jawa. Wafa’ ini diletakkan di bawah tray makanan atau gantung di kedai macam ayat Al-Quran.
“Ketiga, kedai yang pakai pelaris khadam ini tak akan pasang ayat Al-Quran. Kalau orang baca Al-Quran jangan terperanjat pemilik kedai tiba-tiba tanya baca apa. Dengar azan tak apa tapi ayat Al-Quran khadam itu marah dan panas. Nak pula baca surah Al-Jin atau Al-Mulk.
“Keempat, kedai pakai pelaris ini kadang tengok orang serbu makan. Macam selera saja semua tapi bila bawa balik makanan tiba-tiba bau busuk. Ada 1 kedai western tengah KL ini, masa makan semua orang berselera. Tapi bila bungkus bawa balik daging ayam itu busuk. Maknanya khadam itu buat makanan itu macam menyelerakan dan tutupapa-apa kesilapan penyedian tukang masak.
“Kelima, banyak perhiasan yang anda tak pasti kerana ia ada di situ. COntoh tanduk kerbau yang digantung bersama gambar wali songo khat ‘Assalamuaikum’ Contoh kulit kepah, bangkai belangkas dan parang-parang yang digantung dalam kedai. Kadang-kadang nampak tiang seri kedai dihias dengan hiasan tertentu termasuk kertas atau plat besi yang diwarna.
“Semua barang-barang ini adalah di mana untuk beri makan atau tempat tinggal khadam yang berkhidmat untuk kedai. Nak mengelak terkena sihir macam mana supaya tak mengidam nakmakan kedai sama hari-hari? biasakan berzikir.
“Ini sahaja dan saya harap semua yang baca ini akan bijak memilih kedai nak menjamu selera. Takutlah dengan Allah SWT dari takut kedai tiada pelanggan,” tulisnya. – MissA
Makanan Harian Kita Penyebab Kita Jatuh Sakit
Sedih. Malam ini aku terkenang pemergian insan2 di dalam bulan ramadhan kali ini.. Rata2 kes kematian banyak disebabkan kanser. Hal ini membuat aku terfikir mengapakah terlalu banyak kes penyakit barah ini berlaku.. Maaf, aku bukan lah seorang pelajar perubatan yang arif tentang punca2 penyakit tersebut, tetapi aku merasakan ada yang tidak kena dengan persekitaran kita, termasuklah makanan yang kita ambil setiap hari.
Ya aku tak nafikan sesetengah kes adalah disebabkan oleh keturunan tetapi jika diteliti makanan kita makin kurang kualitinya. Lihat sahaja berapa banyak jumlah pengawet, sodium, gula serta beberapa lagi bahan penggalak penyakit yang terkandung didalam makanan berproses dan makanan segera. Belum lagi mengambil kira hormon dan ubat ubatan yang diberikan pada haiwan ternakan seperti ayam dan ikan yang dibela, juga hasil tanaman yang di dominasi oleh GMO. Faktor ini membimbangkan aku kerana sebagai seorang pelajar, apalah sangat pilihan yang ada di kafe kampus atau gerai2 makanan. Harga makanan2 organik yang tinggi menyebabkan tidak ramai mampu mengalas perut dengan bahan2 makanan yg sihat.
Sebagai seorang pelajar, aku merasa terpanggil untuk menyuarakan kebimbangan aku tentang kondisi alam sekitar kita. Perkara yang paling dibimbangi ialah tentang meningkatnya suhu global disebabkan oleh perubahan iklim (climate changes). Tidak perlu aku jelaskan disini apa yg berlaku tetapi kesannya pada manusia jika dikaji amatlah besar dan salah satunya ialah meningkatnya radiasi. Kita sedia maklum akan bahayanya kesan radiasi ultraviolet pada kulit dan tubuh manusia dan ini membimbangkan aku. Perkara lain nya berkaitan sikap manusia ialah pencemaran. Sampah yg seringkali dibuang secara tidak berhemah mencemarkan alam sekaligus memberi kesan kepada kesihatan manusia. Smpah plastik, botol serta bahan kimia yang berbahaya kemudiannya di makan oleh ikan2 dilautan seterusnya ditangkap oleh nelayan untuk dijual kepada kita. Sedar atau tidak, sebenarnya kita sedang memasukkan sisa2 berbahaya berpunca dari sikap lalai manusia yang tegar mencemarkan alam.
Seterusnya, alatan telekomunikasi yang saban hari makin maju tanpa batasan. Ketagihan kita pada alat2 ini tanpa disedari menberi kesan pada kesihatan kita secara tidak langsung. Cuba lihat berapa lama kita berenggang dengan telefon bimbit? mungkin ya atau mungkin tidak, alat telekomunikasi itu sendiri boleh menjdi punca kepada penyakit kanser dan sebagainya disebabkan oleh radiasi yg dipancarkan.
Akhir kata, kes2 yg disebutkan diatas hanyalah diambil secara general dan tidak bermaksud untuk dituju kepada sesiapa. – atl
Isteri Adalah Hadiah Istimewa Buat Seorang Suami
Apabila kita berkahwin segala hal dan tanggungjawab perlu digalas sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kalau dulu kita ‘single’ hidup bersama keluarga, pakai makan dijaga rapi oleh ibu bapa.
Tapi selepas bernikah kita harus meninggalkan keluarga yang disayangi dan segala tanggungjawab di serahkan pula kepada suami. Oleh itu, wajarkah suami kalau tidak berlaku baik terhadap isterinya?
Pengorbanan Isteri
Begitu juga apabila seorang isteri yang perutnya akan ‘mengah’ selama 9 bulan sewaktu mengandung malah sakitnya ketika melahirkan. Oleh itu, para suami dan lelaki yang baik. Janganlah berlaku tidak baik dan mengkhianati isteri yang begitu mengagungkanmu.
Isu Sensitif
Lelaki dan wanita sama- sama boleh jadi ‘sensitif’, namun punyai arah yang berbeza. Lelaki sangat sensitif dalam melihat suatu hal atau masalah. Apabila ada hal yang tidak selesai, lelaki akan mudah jadi marah. Manakala wanita sangat sensitif pada perkataan, apabila dia mendengar kata-kata yang tidak sedap didengar, secara automatik masuk ke dalam hati dan terus mengundang perasaan sedih. Jadi, sebagai seorang lelaki, kurangkan kekasaranmu, selalulah berkata manis kepada isterimu, manjakan dia, dan buat si dia senang.
Jangan Membanding
Jangan pernah membandingkan isterimu dengan wanita lain. Fizikal setiap wanita memang berbeza- beza, mungkin di luar sana banyak wanita yang lebih cantik dan menarik, namun yang boleh setia belum tentu ada.Hargailah isterimu yang setia mendampingi dan mengabdikan dirinya kepadamu.
Fahami Antara Satu Sama Lain
Wanita zaman sekarang ramai yang berkarier sama seperti lelaki, mereka juga penat bekerja seharian di luar sana. Lebih-lebih lagi setiap bulan wanita akan mengalami siksanya ‘datang bulan’ selama beberapa hari dan ketika itu fahamilah, jadi wanita itu lebih memenatkan. Sepulangnya dari kerja, wanita juga masih perlu mengurus rumah tangga, anak dan melayani suaminya. Jadilah suami yang sentiasa membantu isteri. Terapkan sifat ringan tulang dalam berbagai aspek kehidupan, samada sewaktu bekerja, berada di rumah mahupun ketika menjaga anak. Sayangilah isteri, apabila anda bertemu pasangan hidup yang lebih mencintaimu daripada dirinya sendiri, sudah tentu hidupmu akan lebih bahagia. Peluk dan kucuplah dia setiap pagi, berterima kasihlah kepadanya ketika dia membantumu menguruskan segala urusan rumah tangga dan anak, hiburkan tatkala dia dalam kesedihan dan lindunginya dari perkara yang tidak baik.
Sumber: Pesona Pengantin, Baitul Jannah
Larang Anak Mengunakan Telefon Pintar Sejak Kecil, Ini 13 Kesan Negatif Yang Terjadi
Ibu bapa zaman sekarang mungkin kerana rasa sayang pada anaknya tetap saja meminjamkan atau malah memberikan telefon pintar mahupun tablet khusus pada mereka.
Alasannya paling umum adalah agar anak-anak duduk tenang dan tidak mengganggu kegiatan ibu bapa. Alasan lain, demi membahagiakan anak dengan memberikan dia hadiah gajet pada hari lahirnya, juga mengisi gajet tersebut dengan pelbagai jenis permainan, video, aplikasi pembelajaran.
Berikut antara pengaruh buruk gajet pada anak-anak kecil, silakan disemak sebaik-baiknya jika anda memang sayang pada anak.
1. Sukar tidur
Telefon pintar menbuatkan si kecil sukar tidur, kerana hampir semua layar mengeluarkan blue light yang menyerupai cahaya siang hari. Cahaya tersebut dapat mengirimkan isyarat pada otak anak dan membingungkan tubuh manusia. Pada waktu malam, anak menjadi sukar untuk tidur, disarankan agar anak-anak tidak bermain gajet di rumah 1-3 jam sebelum tidur dan menggantikan dengan aktiviti membaca buku bersama-sama, atau menceritakan kisah dongeng-dongeng yang bermanfaat.
2. Kurang bergerak
Sudah menjadi kebiasaan seorang anak untuk terus bergerak, berlari, melompat, menari dan bermain untuk membantu pertumbuhan fizik yang sihat dan juga kuat. Namun anak-anak sekarang terlalu selesa bermain gajet yang sudah pasti hanya duduk diam, dan ini tentu memiliki kesan buruk buat anak. Jika berterusan, anak boleh menjadi obesiti. Oleh itu disarankan agar ibu bapa moden lebih kerap membawa anak-anak melakukan aktiviti fizik seperti bermain bola, berenang, basikal, atau kegiatan lain yang membuat mereka banyak bergerak.
3. Gangguan pada mata
Terlalu kerap menatap layar skrin menyebabkan mata jadi suram, kering dan kerap sakit kepala. Walaupun belum ada laporan rasmi layar skrin menyebabkan kerosakan mata. Disarankan mengajarkan anak untuk menjaga jarak pandangan antara mata dan juga layar, selain aturan terang dan gelapnya, jangan terlalu terang, dan suruh anak untuk beristirehat setiap 10-20 minit sekali.
4. Letih/Sakit
Terlalu lama bermain telefon pintar menyebabkan sakit pada beberapa bahagian tubuh, seperti pada bahu, leher, punggung, tangan dan jari. Ajar anak untuk beristirehat dan ajarkan juga mereka posisi duduk yang baik dan posisi gajet jangan sampai lebih tinggi dari mata. Ini mengurangi kesan pada leher kerana terlalu lama mendongak.
5. Konsentrasi jadi pendek
Terlalu lama menggunakan gajet dapat membuat seseorang sukar fokus dalam jangka waktu lama pada sesuatu. Oleh itu, disarankan berlatih tanpa terus-menerus memanfaatkan gajet. Ini demi kesihatan dan juga masa depan anak tercinta.
6. Kemampuan bersosial berkurang
Pengguna gajet tetap mampu untuk bersosial dengan melakukan hubungan melalui pelbagai aplikasi yang ada. Namun anak-anak juga perlu untuk memiliki kemampuan membaca emosi orang lain, caranya dengan melakukan interaksi langsung dengan bersua muka. Itu sebabnya, batasan waktu dalam penggunaan gajet adalah jalan keluar terbaik untuknya.
7. Rasa cemas yang berlebihan
Apabila anak sudah cukup besar, waspada kegiatan mereka di sosial media. Ada banyak sekali perkara yang mereka lihat, termasuk perkara yang buruk. Salah satunya adalah, berkemungkinan mereka cenderung membandingkan dirinya dengan kawan-kawan yang mereka lihat di sosial media, atau mereka sangat sibuk berusaha untuk membuat orang lain memberikan like atau komen. Sayang sekali jika usaha mereka hanya dihabiskan untuk hal tersebut. Oleh sebab itu, peranan sebagai ibu bapa untuk mengawasi anak di sosial media jadi sangat penting, lakukan diskusi dengan anak tentang cara-cara bersosial media, seperti bagaimana menanggapi apa yang dilihatnya, jangan sampai terlalu berlebihan memberi respon, jangan juga sampai mengejek orang lain, atau menghakimi kawan-kawannya yang akhirnya menimbulkan masalah dalam hubungan berkawan.
Ada baiknya membahaskan tentang beberapa hal yang harus diperhatikan sebelum menulis di sosial media dengan mereka.
8. Gangguan mental
Rasanya tidak mungkin anak-anak yang masih berusia sangat muda mampu mengalami gangguan jiwa. Tetapi, kajian menyimpulkan penggunaan teknologi yang berlebihan berpotensi menjadi penyebab depresi pada anak, kurang konsentrasi, cemas, autism, bipolar, serta perilaku bermasalah yang lain.
9. Perilaku agresif
Media komunikasi yang sekarang makin tidak terkontrol terkadang menyuguhkan aksi kekerasan yang dapat menyebabkan anak menjadi lebih agresif. Ditambah kini banyak media maupun video game yang menampilkan perilaku-perilaku tindak kekerasan fisik dan seksual. Amerika Serikat sendiri bahkan memasukkan bentuk kekerasan dalam media sebagai sebuah risiko kesehatan masyarakat karena pengaruh negatifnya terhadap anak-anak.
10. Jadi pelupa
Pelbagai bentuk teknologi media memproses informasi dengan sangat cepat. Akibatnya, anak terlalu cepat dalam memproses informasi, mereka malah cenderung jadi kurang fokus serta daya ingatnya menurun. Apabila anak-anak tidak dapat fokus, kesan samping pada mereka ketika belajar.
11. Jadi ketagih
Ibu bapa yang terbiasa hidup dengan gajet, membuat anak rasa tidak diperhatikan dan asyik sendiri dengan telefon pintar atau tablet. Hal tersebut menjadi kebiasaan dan mampu menimbulkan ketagihan terhadap gajet. Kajian Gentile menyatakan, 1 dari 11 anak-anak yang berusia antara 8-18 tahun mengalami ketagihan teknologi gajet.
12. Radiasi
Telepon selular mengeluarkan radiasi yang berbahaya untuk kesihatan. Anak-anak yang kerap bermain dengan gajet berisiko terdedah radiasi tersebut. Padahal, sistem kekebalan tubuh dan otak mereka sedang dalam masa pertumbuhan. Sayang seribu kali sayang…
13. Tidak masa depan
Anak-anak adalah masa depan kita, tapi tiada masa depan bagi anak-anak yang terlalu kerap menggunakan teknologi canggih, demikian diungkapkan pengkaji Cris Rowan. Menurutnya, pembelajaran menerusi gajet tidak akan bertahan lama dalam ingatan anak-anak. Oleh sebab itu, pendekatan pendidikan melalui gajet bagi anak-anak perlu untuk dibatasi.
Jadi mulai saat ini diharapkan ibubapa sebaiknya jangan terlalu menganggap remeh-temeh gajet pintar yang digunakan anak yang tercinta. Selain fungsi dan kegunaannya sangat banyak tak dinafikan, penggunaan tanpa pengawasan dan tanpa panduan ibu bapa juga merugikan anak itu sendiri.
Sumber: Jurnalweb.com, Ezchannel.net
Kenapa Selepas Nikah Kecantikkan Isteri Kalah Dibanding Wanita Lain? Ini Penjelasan Nabi
Seorang suami mengadukan apa yang dia rasakan kepada seorang Sheikh. Dia berkata:
“Ketika aku mengagumi calon isteri saya seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.
Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.
Ketika aku sudah menikahinya saya lihat banyak perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.
Ketika sudah berlalu beberapa tahun perkahwinan kami, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari pada isteriku. ”
Sheikh berkata: أفأخبرك بما هو أدهى من ذلك وأمر !?
“Adakah engkau tahu, ada yang jauh lebih parah daripada yang engkau alami ketika ini!?”
Lelaki yang bertanya: “Ya, mahu.”
Sheikh: “Sekalipun engkau mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing-anjing yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik dalam pandanganmu daripada wanita manapun.”
Lelaki yang bertanya itu tersenyum masam, lalu dia berkata: “Kenapa tuan Sheikh berkata demikian?”
Sheikh itu meneruskan: ليس الأمر في عرسك, وإنما هو في قلبك الطامع وبصرك الزائغ, ولا يملأ عين ابن آدم الا التراب
“Masalah sesungguhnya bukan terletak pada isterimu, tapi terletak pada hati rakusmu dan mata keranjangmu. Mata manusia tidak akan pernah puas, kecuali jika sudah tertutup tanah kubur. ”
Rasulullah bersabda:
لو أن لابن آدم واديا من ذهب أحب أن يكون له ثانيا, ولن يملأ فاه إلا التراب, ويتوب الله على من تاب <
“Andaikan anak Adam itu mempunyai lembah penuh berisi emas pasti dia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang dapat memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat “.
Lalu Sheikh itu bertanya, “Adakah engkau ingin isterimu kembali seperti dulu, menjadi wanita terindah di dunia ini?”
“Ya Sheikh,” jawab lelaki itu dengan perasaan tak menentu.
Syeikh: فاغضض بصرك, فإن من ارتضى بحلاله رزق الكمال فيه <
“Pejamkanlah matamu dari hal-hal yang haram … Ketahuilah, orang yang rasa cukup dengan suatu yang halal, maka dia akan diberi kenikmatan yang sempurna di dalam barangan halal tersebut.
Semoga bermanfaat.
Sumber: fiqhmenjawab.net