728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, 4 May 2017

    Cara Kenali Seseorang Lelaki Suka Akan Seseorang Perempuan






    Semua lelaki karakternya berbeza. Malah lelaki juga ada cara berlainan memandang perempuan. Bak kata orang, cantik itu subjektif.

    Definisi ‘gadis idaman’ bagi seseorang lelaki juga berbeza. Begitulah juga dengan cara lelaki suka akan seseorang perempuan turut berbeza-beza. Tetapi lelaki boleh dikategorikan ke tiga kategori personaliti.

    Suka perempuan secara diam-diam

    Jenis yang susah dikenalpasti adakah dia suka kita (perempuan) ataupun tidak. Sebab lelaki jenis ni tidak menunjuk dan suka memendam perasaan. Lelaki jenis ini akan memperhatikan perempuan yang dia suka dari jauh sahaja atau berkawan seperti biasa. Berkemungkinan, kawan lelaki yang biasa kita berbual-bual setiap hari suka pada kita.

    Suka secara terang-terangan

    Ada lelaki yang terang-terangan menzahirkan rasa suka dia kepada perempuan yang dia suka. Lelaki jenis ni tak susah kita nak kenalpasti. Tapi hati-hati, lelaki jenis ini biasanya jenis ‘playboy’ dan tidak boleh dipercayai. Tapi tidak bermakna, semua lelaki yang berterus terang, tidak boleh dipercayai. Mungkin kita boleh ambil langkah berjaga-jaga dengan memeriksa latar belakang dia atau bertanyakan kepada kawan-kawan bagaimana kehidupan lelaki tersebut supaya tidak terjebak dengan lelaki playboy.

    Mengusik/cari gaduh dengan perempuan yang dia suka

    Lelaki jenis ini jenis yang tak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan dengan perempuan yang dia suka. Boleh jadi juga, dia sengaja cari gaduh/mengusik kerana hanya dengan cara itu sahaja boleh membuatkan perempuan yang dia suka tu memberi respon dan perhatian padanya. Orang dulu-dulu kata, ‘jangan gaduh-gaduh sangat, nanti jatuh sayang’ atau ‘jangan benci sangat, nanti jatuh suka, siapa nak tanggung’.

    Macam mana pula kalau kita nak tahu dia suka kita?

    Dari pandangan mata

    Cara lelaki memandang perempuan yang dia suka dengan perempuan yang dia anggap biasa-biasa sahaja adalah berbeza.

    Selesa berkongsi cerita

    Lelaki akan rasa selesa untuk berkongsi cerita dengan perempuan yang dia suka. Selesa berkongsi masalah dan juga khabar gembira. Tidak segan silu meminta pendapat jika berada di dalam situasi yang sukar.

    Mengambil berat

    Jika lelaki suka akan seseorang perempuan, dia pasti mengambil berat mengenai perempuan tersebut. Bertanyakan khabar dan tak semestinya pertanyaan-pertanyaan itu ditanya secara langsung kepada perempuan yang dia suka. Boleh jadi, dia bertanya kepada kawan-kawan rapat perempuan tersebut atau memeriksanya dari laman sosial perempuan tersebut.

    Cuba menjadi yang terbaik

    Lelaki rasa hebat dan gembira bila dianggap serba tahu dan serba boleh dalam semua perkara oleh perempuan yang dia suka. Dia cuba nak buat benda yang perempuan dia suka dengan baik dan sempurna. Apabila bersama dengan perempuan yang dia suka, dia cuba tidak melakukan apa-apa kesalahan walaupun sedikit.

    Mengingati latar belakang dan hal peribadi

    Jika lelaki berusaha keras untuk mengingati hal peribadi kita seperti nama penuh apa, tarikh lahir bila, duduk mana, adik beradik berapa, nama mak apa,nama ayah apa, kampung kat mana dan lain-lain, berkemungkinan besar lelaki itu suka kita.





    Sumber: Saya Dah Pisah

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Cara Kenali Seseorang Lelaki Suka Akan Seseorang Perempuan Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top