UNITED AIRLINES menjadi tumpuan kekecohan media sosial apabila satu rakamanan video memaparkan seorang penumpangnya yang diheret keluar di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare, Chicago mencetuskan kemarahan netizen.
Kejadian yang dirakam oleh salah seorang penumpang menunjukkan lelaki berusia 69 tahun itu diseret keluar secara paksa oleh tiga pegawai keselamatan dari tempat duduknya gara-gara tempahan yang berlebihan.
Difahamkan, tempahan tiket yang berlebihan menyebabkan pihak United Airlines meminta segelintir penumpang untuk menangguhkan penerbangan mereka secara sukarela.
Oleh kerana tidak ada sesiapa yang tampil, syarikat penerbangan itu terpaksa memilih nama penumpang secara rawak.
Bagaimanapun, salah seorang penumpang yang terpilih itu enggan mematuhi permintaan mereka. Dia kemudian ditarik keluar oleh pegawai keselamatan penerbangan itu.
Menerusi rakaman, lelaki berketurunan Cina itu dilihat seakan tidak sedarkan diri ketika diheret keluar dari pesawat.
Kedengaran penumpang lain berkata, “Oh Tuhan, apa yang kamu buat?” “Cara ini salah,” “Tengok, apa yang kamu dah buat kepadanya” dan “Kamu pecahkan bibirnya”.
@united @FoxNews @CNN not a good way to treat a Doctor trying to get to work because they overbooked pic.twitter.com/sj9oHk94Ik— Tyler Bridges (@Tyler_Bridges) April 9, 2017
Sementara itu, rakaman kedua memaparkan penumpang itu kemudian lari masuk ke pesawat berkenaan sambil berkata, “I have to go home (Saya perlu balik ke rumah)” beberapa kali.
@united @CNN @FoxNews @WHAS11 Man forcibly removed from plane somehow gets back on still bloody from being removed pic.twitter.com/njS3nC0pDl— Tyler Bridges (@Tyler_Bridges) April 10, 2017
Dalam satu kenyataan, United Airlines mengesahkan lelaki berkenaan dibawa keluar dari pesawat itu.
“Penerbangan 3411 dari Chicago FSS ke Louisville terlebih tempah. Kami telah meminta beberapa kali secara baik kepada penumpang itu untuk melepaskan kerusinya sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan,” kata jurucakap United, Charlie Hobart.
“Kami mempunyai pelanggan lain di dalam pesawat itu untuk sampai ke destinasi mereka dengan selamat. Jadi, kami perlu mempertimbangkan keadaan seperti itu.
“Kami memohon maaf atas tempahan berlebihan,” tambah Hobart.
Sementara itu dalam kenyataan Sun-Times, Jabatan Penerbangan Chicago mengatakan kejadian itu tidak selari dengan prosedur operasi United Airlines dan tindakan anggota keselamatan berkenaan tidak mencerminkan imej jabatan itu.
Beberapa pegawai terbabit telah diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai dijalankan.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci