728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 12 April 2017

    Sultan Muhammad V Minat Singa

    GAMBAR HIASAN



    Sesuai dengan perwatakan baginda yang tenang dan berhemah, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mempunyai sifat menyayangi haiwan dan antara yang amat diminati Seri Paduka ialah singa.

    Baginda pernah memelihara tiga ekor singa – dua betina dan seekor jantan, namun dua ekor singa betina itu mati akibat dipatuk ular.

    Menceritakan kejadian berkenaan, Pengurus Royal Kelantan Endurance, Tuan Ngah Tuan Muda berkata, dia cukup reda melihat Tuanku Sultan tidak murka semasa dimaklumkan berkenaan kematian singa itu.

    “Sebaliknya baginda mendengar dengan teliti setiap laporan termasuk laporan pakar perubatan haiwan yang dipersembahkan kepada baginda,” kata Tuan Ngah yang telah 18 tahun berkhidmat di Royal Kelantan Endurance, tempat haiwan kesayangan baginda dipelihara.

    “Baginda mula memelihara tiga ekor singa itu sekitar bulan September tahun lepas yang dibeli dari Afrika dan ditempatkan di sebuah kandang khas berkeluasan 4 hektar,” kata Tuan Ngah ketika ditemui Bernama di sini.

    Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.

    Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April ini. – Bernama

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Sultan Muhammad V Minat Singa Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top