728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 14 August 2017

    Elizabeth Tan : Minat Untuk Menyanyi Sudah Kurang





    Sedang popular dengan drama My Darling Inspektor Daniel, penyanyi dan kini pelakon Elizabeth Tan mengakui yang beliau kini sudah hilang minat untuk menyanyi kerana niat asal dahulu hanya mahu mencuba.


    ELizabeth Tan juga mengakui yang beliau tidak menyangka akan bergelar seorang penyanyi terlebih dahulu kerana cita cita asal beliau adalah untuk bergelar seorang pelakon.



    “Pada awal dahulu saya memang teruja kerana banyak dapat tawaran dan bayaran lumayan tetapi lama kelamaan saya sedar ia bukan minat sebenar saya”



    “Setiap kali naik ke pentas saya merasakan tiada jiwa dan saya memang tiada karisma seperti penyanyi lain apabila mengadakan persembahan,” ujarnya kepada mStar Online hari ini.



    Beliau juga berharap penglibatan beliau dalam drama bersiri My Darling Inspektor Daniel akan membuka lebih banyak peluang untuk dirinya lebih aktif sebagai seorang pelakon.


    Namun, Elizabeth Tan berkata ini tidak bermakna beliau akan terus tinggalkan bidang nyanyian tetapi akan lebih terlibat dengan aktiviti penulisan dan penciptaan lagu. (rtky/m)

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Elizabeth Tan : Minat Untuk Menyanyi Sudah Kurang Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top