728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 14 April 2017

    Sanggup Fitnah Isteri Sendiri Berzina Kerana Cemburu




    Tuduhan seorang suami bahawa isterinya berzina atau menuduh anak yang bakal dilahirkan itu adalah bukan darah dagingnya satu tuduhan yang serius dan amat berat dalam Islam.

    Walaupun suami mempunyai sikap cemburu sekalipun, janganlah menjadikan alasan cemburu itu untuk menfitnah isteri sendiri berzina. Sudah menfitnah isteri berzina, suami secara umum telah memalukan isteri dengan menceritakan pada rakan-rakan dan orang lain bahawa isteri telah berzina dengan orang lain.

    Suami sepatutnya menjaga aib isteri bukan mendedahkan aib isteri yang tidak pernah dilakukan oleh isteri. Seorang isteri dalam keadaan tertekan apabila suaminya cukup cemburu dan sering menfitnahnya telah berzina dengan lelaki lain.

    “Saya dalam dilema tak tahu apa yang harus saya buat. Bulan Jun tahun ini genab usia perkahwinan 4 tahun. Masih belum ada zuriat, mungkin ada hikmahnya. Saya tak pasti adakah suami saya terlalu sayang saya sehingga sanggup melukakan hati saya. Melukakan dengan fitnah dan kata-kata keji.

    “Baru-baru ini kami pergi bercuti bersama rakan-rakan di pulau. Suami pandai menyelam jadi dia cuma pesan kat saya hati-hati masa mandi pantai. Masa itu ombak kuat salah seorang rakan kami selamatkan saya dari terus kena pukul dengan ombak. Mungkin masa itu suami saya nampak rakan kami selamatkan saya rakan kami itu lelaki..

    “Masa nak balik ke chalet suami buat muka dan membebel. Rupanya dia membebel cakap saya berzina dengan rakan yang selamatkan saya. Balik dari pulau kami bergaduh besar, rakan yang selamatkan saya datang rumah untuk ambil helmet. Tapi masa itu suami tiada di rumah bila suami pulang saya bagi tahu yang rakan datang ambik helmet. Suami terus maki hamun saya cakap saya berzina.

    “Sumpah demi Allah saya tak pernah berzina tapi suami tetap dengan pndirian dia mengatakan dia nampak kami main dalam air ketika saya diselamatkan. Saya masih waras lagi takkan saya nak buat benda terkutuk macam itu. Lagi pun ramai orang saya masih tahu haram dan halal. Saya malu sangat sebab suami pekik kat luar rumah sambil cakap “woi bini aku berzina”

    “Kawan suami datang rumah pun dia bercerita saya brzina. Saya cuma mampu menangis dalam bilik saja tak tahu nak buat apa. Ini bukan kali pertama dia tuduh saya macam itu. Sebelum ini dia tuduh saya berzina dengan anak saudara saya yang membesar sama-sama dengan saya. Saya buntu sangat dia pernah mintak maaf sebab dia cemburu. Tapi cemburu sampai fitnah saya macam-macam.

    “Saya sayang dia, cinta dia, tapi kenapa dia buat saya macam ini. Sebelum ini kami ada gaduh sampai dia kata kalau saya mengandung mungkin itu bukan anak dia. Sampai dia sepak perut saya cakap biar saya tak boleh mengandung sampai bila-bila. Tapi saya faham mungkin dia tengah marah dan tak boleh berfikir dengan waras. Doakan saya supaya saya kuat menjalani ujian dalam rumah tangga saya,” tulisnya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Sanggup Fitnah Isteri Sendiri Berzina Kerana Cemburu Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top