728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 14 April 2017

    Al Quran Bukan Sekadar Untuk Di Baca.....




    Pembelajaran al-Quran bukan sekadar tahu membaca, malah perlu difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

    Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor berkata, al-Quran diturunkan ALLAH untuk dijadikan panduan hidup.

    “Walaupun kita hargai kebolehan umat Islam di tempat kita dalam bidang taranum, namunapa yang lebih penting adalah untuk diamalkan. Sekiranya kita tiada ilmu, kita tak boleh faham kandungan al-Quran itu,” katanya.

    Menurutnya, al-Quran ini jika kita lihat ia mengubah nasib orang Arab dan ia menunjukkan penghayatan mereka terhadap al-Quran adalah penghayatan yang betul.

    “Kalau kita tidak menghayati al-Quran, maka ia tidak mengubah keadaan kita,” katanya.

    Mengulas mengenai Pusat Pengajian Al Aziz di Bakar Kapor, Wan Salim berkata, memang menjadi hasrat beliau dan umat Islam di negeri ini untuk melihat perkembangan keilmuan Islam dan ditingkatkan dari masa ke masa.

    “Apa yang menjadi harapan supaya pusat seperti ini diwujudkan lagi di tempat lain di seluruh negeri, sekali gus memberi lebih peluang kepada generasi muda untuk mendalami bidang agama.

    “Secara langsung usaha ini dapat melahirkan umat Islam yang beramal dan melaksanakan segala ajaran Islam berdasarkan ilmu,” katanya./sh

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Al Quran Bukan Sekadar Untuk Di Baca..... Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top