728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 28 March 2017

    Keluar Group WhatsApp Keluarga Sebelum Meninggal Dunia



    Tindakan seorang ibu tunggal dua anak keluar daripada grup WhatApp keluarga menjadi petanda dia akan meninggalkan ahli keluarga buat selamanya.

    Ibunya, Zainab Jusoh, 55, berkata seminggu lalu anaknya, Norazah Azizan, 29 telah keluar daripada grup WhatApp keluarga dan mereka tidak menyangka itu adalah petanda dia akan meninggalkan mereka.

    "Pada malam Khamis lalu, Norazah pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas untuk menghadiri majlis kenduri kahwin rakannya pada Sabtu lalu.

    "Dia pergi ke Kuala Lumpur seorang diri dan meminta saya untuk menjaga anak bongsunya yang berusia lima tahun," katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gajah Mati, Pendang di sini hari ini.

    Norazah meninggal di dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekpress dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Butterworth apabila bas berkenaan terbabas selepas dikatakan mengelak seekor binatang di kilometer 151.9 di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Bukit Tambun pagi tadi.

    Menurut Zainab, anak ketiganya daripada enam beradik itu, sepatutnya pulang pada sabtu malam lalu dan sudahpun membeli tiket, namun membatalkan hasrat untuk pulang kerana menghadiri majlis sambutan hari jadi anak rakan.

    "Norazah yang bercerai sejak sembilan tahun lalu tinggal bersama saya dan anak bongsu manakala anak sulongnya yang berusia 10 tahun tinggal bersama bekas suami," katanya.

    Rakan karibnya, Nor Syahida Mohd Syukor, 24, berkata Norazah ada memuat naik status di media sosial We Chat supaya ALLAH menguatkan dirinya untuk menghadapi dugaan hidup.

    "Meskipun rapat, arwah tidak pernah berkongsi masalah peribadinya dengan kami, jadi saya sendiri tidak mengetahui apa masalah yang dihadapinya.

    "Saya berkawan dengannya sejak kecil dan kami bersama lapan rakan yang lain mempunyai grup WhatsApp sendiri," katanya.

    Nor Syahida berkata, minggu lalu arwah ada mengambil tindakan keluar grup WhatApp tersebut namun saya masukkan dia semula ke dalam grup berkenaan.

    "Sikapnya yang berubah menjadi pendiam rupanya menjadi tanda dia akan pergi meninggalkan kami.

    "Saya pada mulanya tidak perasan dan ada juga terfikir kenapa arwah berubah sedemikian namun tidak menyangka perkara sebegini bakal terjadi," katanya.

    Peniaga gerai buger, Noor Shahida Ibrahim, 32 berkata, sehari sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, Norazah ada datang ke kedainya.

    "Ketika itu sekitar jam 11 malam, saya dah nak tutup kedai tetapi dia merayu pada saya untuk buatkan dia buger.

    "Dia ada kata ini kali terakhir dia merayu untuk makan di gerai saya. Tanpa berfikir saya terus sediakan buger untuk dia sambil berbual kosong.

    "Pemergiaannya pasti dirasai kerana dia sememangnya seorang yang baik dan ramah dengan semua orang," katanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Keluar Group WhatsApp Keluarga Sebelum Meninggal Dunia Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top