728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 12 April 2017

    Pengikut Misteri Huru Harakan Rumah Tanggan Rebecca Nur Al Islam



    Akibat sering diganggu pengikut misteri sejak kebelakangan ini, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam, 32, akhirnya membuat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM), beberapa hari lalu.

    Pelakon itu mendakwa individu berkenaan kerap menggunakan akaun palsu berbeza di laman sosial Instagram bertujuan memburuk-burukkannya kepada rakan-rakan selain cuba menghuru-harakan rumah tangganya, lapor Metro.

    “Saya mula menyedari niat buruknya itu apabila beberapa rakan menghubungi saya mengenai perkara yang berunsur fitnah terhadap diri saya.

    “Saya dimaklumkan individu terbabit menghantar mesej peribadi menerusi Instagram memburuk-burukkan saya kepada rakan-rakan rapat saya.

    “Dia bukan saja memburukkan diri saya, tetapi turut menyentuh mengenai hal rumah tangga dengan niat mahu menghancurkan kebahagiaan saya,” katanya.

    Rebecca berkata, dia kini bahagia dengan suami, Datuk Noor Azam Sulaiman.

    “Saya tidak ganggu hidup orang lain dan saya sangat bahagia sekarang. Saya pun tidak tahu apa tujuan individu itu cuba buruk-burukkan saya.

    “Nasib baik rakan-rakan saya tidak terus percaya dan bertanyakan sendiri kesahihan mesej itu kepada saya,” katanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Pengikut Misteri Huru Harakan Rumah Tanggan Rebecca Nur Al Islam Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top