728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 12 April 2017

    Nak Pakai Kereta Honda Tapi Takut Berhutang? Ada Caranya....




    Memandu kenderaan berjenama import sememangnya menyeronokkan. Lebih menyeronokkan lagi sekiranya kau mampu untuk memiliki kenderaan idaman kau sewaktu kawan-kawan masih lagi memandu kenderaan berjenama tempatan seperti Perodua Myvi dan Proton Persona.

    Namun, ramai graduan yang silap membuat percaturan semasa mengatur kewangan mereka dengan membeli kenderaan yang bayaran installment bakal memakan bahagian gaji yang besar setiap bulan.

    Di antara model kenderaan yang menjadi idaman setiap insan yang bergelar graduan adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Honda City. Namun, ramai yang terjerat dengan bayaran bulanannya yang tinggi dari serendah RM800 sebulan dan bayaran ini perlu dilangsaikan dalam tempoh 108 bulan atau 9 tahun, itu pun kalau kau ambil spec yang paling rendah.

    Tetapi, tahukah anda bahawa anda boleh memilik Honda City dengan harga yang jauh lebih rendah dengan tempoh bayaran yang lebih singkat? Atau mahu langsi lagi sekiranya kau mampu membeli kereta idaman kau secara tunai tanpa menjebakkan diri kau ke lembah neraka kewangan.

    Tuan Harith Faisal baru-baru ini melalui laman Facebook beliau telah berkongsi trik dan cara mudah untuk membolehkan kita untuk memiliki Honda City secara tunai. Baca perkongsian beliau di bawah:

    Graduan pada tahun 2010, boleh jadi, mereka adalah abang atau kakak kita. Atau mungkin juga memang kita sendiri. Katakan gaji masa tu RM3,000. Rasa macam kaya raya sangatlah.

    Apa lagi. Kita pun angkatlah Honda City sebijik. Harga Honda City baru adalah sekitar RM75K-RM90K. Harga lebih kurang sekarang. Bayaran bulan sekitar RM800 lah senang cerita. Kita ambil purata.



    Dengan RM800 sebulan tu, patutnya kit boleh beli rumah harga RM160K. Antara tahun 2010-2016 ada beberapa tahun yang harga hartanah kat KL dan Selangor naik melampau gila ya amat.

    Ada yang naik setahun RM30K pun ada. Selepas 3 tahun naik RM100K pun ada. Fuh! Lap peluh beb. Siapa yang dapat rembat rumah masa tahun 2010 tu memang best. Polisi bank masih longgar.

    Masa tu pun lebih senang bank nak lulus beli rumah. Yang paling penting, PTPTN belum masuk CCRIS. Kos sara hidup masih sangat okay untuk yang bergaji RM3,000. Kira heavenlah juga.

    Graduan gaji RM3,000 kereta yang patut dibeli adalah RM3K x 12 = RM36K sahaja. Bolehlah beli kereta nasional. Tapi kalau yang laki bujang tu, naik motor pun dah okay. Apa de hal, kan.

    Iya, memang ada yang beli Honda City 2010 tapi dapat juga beli rumah selepas tu. Itu rezeki namanya. Tapi ada juga yang sengkek setiap bulan sampai sekarang tak beli-beli rumah pertama.

    Beli Honda City pada tahun 2010 harga RM75K-RM90K, pada tahun ni harganya jadi RM35K-40K. Kereta nature dia memang susut nilai. Elok je keluar show room, terus turun 20%-30%.

    Beli rumah RM160K tahun 2010, tahun ni 2017 harganya jadi RM300K. Untung RM140K satu rumah. Dua rumah, untung RM280K. Boleh beli 3 bijik Honda City baru, bayar cash. Design baru lagi merecik.

    Yang lagi best, sejak 2010, penyewa yang bayarkan ansuran bulanan. Memang seronoklah siapa yang beli rumah masa tu. Benda ni akan berulang. Harga rumah akan naik, harga kereta akan turun.

    Jadi, saya ada soalan. Berbaloi tak beli Honda City 2010 second hand ni? Saja tanya. Macam best je. Please advise me. Saya tak pandai bab kereta. Kalau berbaloi, saya nak start kumpul duit ni.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Nak Pakai Kereta Honda Tapi Takut Berhutang? Ada Caranya.... Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top