728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 8 April 2017

    Kanak-Kanak Perempuan Dibesarkan Oleh Sekumpulan Monyet



    SEORANG kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam hutan di India Januari lalu, dipercayai telah dibesarkan oleh sekumpulan monyet.

    Kanak-kanak yang dianggarkan berusia sekitar 10 hingga 12 tahun itu bagaimanapun tidak boleh bercakap, tidak berpakaian, berjalan dan berlari menggunakan tangan dan kaki, serta mengambil makanan menggunakan mulut.

    Dia ditemui Januari lalu di sebuah kawasan hutan di utara India oleh sekumpulan pemotong kayu, sebelum dihantar ke sebuah hospital di bandar Uttar Pradesh.
    “Ketika mereka (kumpulan pemotong kayu) mahu menyelamatkan kanak-kanak itu, mereka diganggu dan cuba dihalau sekumpulan monyet.

    “Polis yang cuba membawa keluar kanak-kanak itu dari hutan juga diserang monyet,” kata D.K. Singh, Ketua Supritenden Perubatan hospital tersebut.

    Satu kenyataan tentang penemuan kanak-kanak itu dibuat pada Khamis oleh pihak polis, dan mereka kini sedang berusaha mengesan identiti dan ibu bapa kanak-kanak terbabit.

    Setakat ini, kanak-kanak itu dilaporkan sihat dan sudah boleh berjalan dan makan seperti manusia.

    Buat masa ini, dia ditempatkan di pusat penjagaan kanak-kanak sehinggalah ada pihak yang menuntutnya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kanak-Kanak Perempuan Dibesarkan Oleh Sekumpulan Monyet Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top