728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, 13 April 2017

    “Berniaga Biarlah Beradab, Jangan Jadi Macam Samseng Neraka” – Lelaki Berang Kereta Didajal Peniaga Di Uptown Danau Kota



    Aku benci Uptown Danau Kota. Benci tahap langit ke tujuh. Aku memang dari awal tidak berkenan dengan Uptown, tetapi bila sudah jadi macam ini, aku sudah tidak boleh sabar lagi. Ini sudah melampau.

    Kalau korang tidak tahu, kawasan Uptwon ini merupakan kawasan lot kedai dan lot pejabat lama. Senang cakap, banyak orang lama yang tinggal di sini. 10 hingga 30 tahun punya cerita.

    Bila Uptown muncul, awal-awal masih okay lagi. Tapi lama-lama, KO. Bagi angin satu badan saja. Tapak lot sudah diberikan, korang buka gerai korang di situ saja tidak boleh kah? Ini tidak, pasang sampai ke tempat letak kereta, lepas itu korang angin orang parkir kat situ. Korang pecahkan, calarkan, patahkan kereta milik orang lain. Apa kes?








    Kononnya, Uptown ditubuhkan  bagi membantu orang Melayu berniaga mencari duit lebih. Ini macam tolong ajar jadi samseng saja. Kalaulah kereta itu kacau tempat kau berniaga, setakat letak notis beritahu, tidak boleh kah?

    Ini baraikan kereta orang apahal? Bukannya kita orang letak kereta berbulan-bulan pun. Mahu ribu riban duit kena keluar mahu baikpulih. Mahu minta korang duit? Memang haramlah. Korang pasti tiada duit, tu berniaga macam samseng neraka.






    Semoga korang mereput dengan bisnes korang. Ini bukan kereta pertama yang korang buat. Banyak lagi kes yang terjadi sebelum-sebelum ini. Betul, korang pasti akan cakap, buakn semua peniaga samseng atau blablabla. tetapi berniaga biarlah beradab


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: “Berniaga Biarlah Beradab, Jangan Jadi Macam Samseng Neraka” – Lelaki Berang Kereta Didajal Peniaga Di Uptown Danau Kota Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top