“Mak, kenapa isteri saya tak pernah siapkan kerja dia di rumah? Setiap malam mengeluh penat, saya yang keja hari-hari pun tak penat macam dia. Yang lagi pelik, nak berdandan cantik untuk mata saya pun susah, teringin jugak nak tengok dia cantik macam perempuan lain”.
Tidak kurang ramai rumah tangga yang kandas di tengah jalan kerana kurang memahami antara satu sama lain. Kita boleh belajar dari kisah yang dipetik dari mutiara kisah di bawah ini.
Suami : Ibu saya mahu tanya, sesibuk itukah jadi ibu rumah tangga?
Ibu : Kenapa nak? Kamu ada masalah dangan isteri kamu?
Suami : Ya, saya bingung. Rumah tak pernah tak rasa stres, setiap malam mengeluh penat sedangkan saya yang kerja setiap biasa saja, yang aneh lagi ibu kenapa isteri saya tidak pernah berdandan. Padahal itukan wajib, isteri harus cantik di depan suami. Saya lihat ibu tak pernah sesibuk isteri saya.
Ibu : Nak, dengar ibu baik-baik. Pekerjaan ibu rumah tangga memang tidak hanya membersihkan rumah, memasak dan mengurus anak. Ketahuilah, pekerjaan itu mengerah tenaga dan fikiran. Cuba lihat isteri kamu mengerjakan suatu pekerjaan sampai selesai? Isteri kamu pasti mengerjakan beberapa pekerjaan dalam satu waktu, jika tidak seperti itu, tidak akan selesai-selesai.
Suami : Tetapi ibu, kenapa rumah jarang kemas?
Ibu : Isteri kamu lebih mementingkan anak kamu dari segalanya. Sedangkan pekerjaan mengurus anak memang sangat menyenangkan tetapi memerlukan kesabaran agar anak kammu tidak jatuh, tidak menangis dan mendapatkan perhatian yang cukup dari ibunya. Sebab itu isteri kamu mengeluh penat. Tetapi itu hanya di bibir dia saja kerana sebetulnya dia hanya memancing sedikit perhatian kamu di waktu lapang ketika buah hati kamu berdua sudah tidur nyenyak.
Suami : Tetapi ibu, tidak sempatkah dia menghias dirinya sebentar?
Ibu : Anakku, sejatinya seorang wanita itu sangat suka dimanja. Tiada wanita yang menolak untuk facial, mengemas rambut, apalagi SPA. Tapi, ketika isteri membuka perlengkapan tempurnya iaitu kosmetik, tiba-tiba anak menangis dan akhirnya tidak jadi menghias diri. Bagi seorang ibu, rumah tangga yang ada anak kecil sudah memadai yang dia rasakan.
Jadi jangan sekali-kali bandingkan isteri dengan teman sekerja atau wanita lain yang begitu cantik. Dia sudah berkorban merelakan waktu yang paling dia senangi untuk mengurus anak dan kamu sebagai suaminya. Kamu melihat ibu biasa saja kerana anak ibu sudah besar. Begitu juga dengan isteri kamu nanti ketika anak sudah besar, isteri akan lebih memperhatikan dirinya dan berpakaian kemas.
Sayangi isteri, luangkan sedikit waktu untuk mengusir kepenatannya dengan memanjakannya. Wajar isteri mengeluh kerana ingin mendapatkan perhatian, pengertian dan kasih sayang. Suami perlu faham maksud yang disampaikan ibunya. Jadi, jangan bandingkan isteri dengan wanita cantik dan selalu menghias diri.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci