728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 26 August 2014

    Lima Polis Suspek Kes Jual Kereta Curi, Dihantar Ke Negeri Sembilan

    KUALA LUMPUR: Lima anggota polis yang dipercayai cuba menjual kereta hasil samun daripada seorang warga Indonesia akan dihantar ke Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut.

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, berdasarkan semakan maklumat yang diperoleh, pihaknya mendapati kecurian kenderaan itu dilaporkan di negeri itu.

    "Siasatan awal akan dijalankan di Kuala Lumpur...kita akan hantar kesemua suspek ke Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Zinin di sini, Selasa.

    Media melaporkan lima anggota polis ditahan selepas dipercayai cuba menjual sebuah kereta mewah yang disamun daripada seorang lelaki warga Indonesia, yang disyaki terbabit dalam jenayah pecah rumah dan curi kenderaan.

    Anggota polis itu yang berusia lingkungan 20-an dan bertugas di Cawangan Khas serta Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ditangkap di tempat berasingan kelmarin dan semalam.

    Sementara itu, Tajuddin berkata, kompleks baharu IPD Cheras berkeluasan 22,043 meter persegi itu dibina awal Disember 2010 dan siap sepenuhnya 31 Mac tahun lepas.
    Tambahnya, bangunan setinggi tiga tingkat itu beroperasi sepenuhnya awal Januari lepas.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Lima Polis Suspek Kes Jual Kereta Curi, Dihantar Ke Negeri Sembilan Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top