Sunday, 30 April 2017

PBB Iktiraf Malaysia Sebagai Negara Ke-42 Paling Gembira Di Dunia




Malaysia kini berada di kedudukan ke-42 negara paling gembira di dunia tahun ini daripada 155 buah negara menurut Laporan Kegembiraan Dunia 2017 Gallup World Poll, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, laporan yang disiarkan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini menyaksikan Malaysia berjaya naik lima anak tangga daripada kedudukan ke-47 tahun lalu.

Katanya, pengiktirafan itu sangat menarik kerana Malaysia mendahului negara-negara maju seperti Jepun, Russia, Itali, Korea Selatan dan China.

“Laporan ini adalah daripada hasil kajian di 155 buah negara di seluruh dunia. Kedudukan kita ini dinilai berdasarkan faktor kebebasan, taraf pendapatan, kesihatan dan tahap kebajikan.

“Hal ini menunjukkan bahawa tahap kegembiraan tidak selalunya seiring dengan kemajuan. Tiada gunanya kita berpendapatan tinggi tetapi tidak gembira,” katanya menerusi laman blognya, NajibRazak.com, malam tadi.

Najib berkata, kegembiraan adalah perkara subjektif dan pastinya berbeza mengikut setiap individu tetapi ia akan menyuntik semangat untuk meneruskan kehidupan seharian kita dengan jaya.

Secara tidak langsung katanya, kegembiraan adalah matlamat asas bagi setiap orang dalam hidup tanpa mengira bangsa, agama, jantina, umur, status ataupun pekerjaan.

“Ada yang gembira kerana dapat pergi bercuti merata tempat, ada yang gembira kerana bahagia bersama keluarga, ada yang gembira kerana perniagaan maju dan sebagainya.

“Memang penting untuk meningkatkan produktiviti dengan bekerja keras tetapi jangan sampai mengakibatkan tekanan emosi yang melampau.

“Tenangkan fikiran dengan beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga supaya kita dapat mengimbangi antara keceriaan dan kemajuan diri sendiri,” katanya. – BHarian

Pemain Badminton Perlu Pentingkan Aspek Kecergasan



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menekankan aspek kecergasan seseorang pemain sebelum dibenarkan mewakili negara dalam mana-mana kejohanan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata kementeriannya telah mencapai persetujuan dengan BAM di mana sistem pemilihan pemain dibuat berdasarkan kepada keputusan ujian kecergasan.

“Faktor usia tidak menjadi penghalang, sebab kalau tengok (Datuk Lee) Chong Wei, dia masih lagi mempunyai antara tahap kecergasan yang paling tinggi.

“Jadi bagi saya, kalau mereka masih nak main, mereka mesti beri fokus pada kecergasan,” katanya kepada media selepas merasmikan Dewan Persatuan Badminton Melayu Negeri Sembilan (PBMNS) dan Kejohanan Tertutup PBMNS, di Senawang, dekat sini, hari ini.

Katanya, jika pemain tidak melepasi tahap kecergasan yang ditetapkan, mereka tidak akan dipilih mewakili negara bagi kejohanan-kejohanan tertentu.

Khairy mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, yang juga presiden baharu BAM, yang menyebut dua pemain perseorangan lelaki dan dua beregu wanita berdepan penggantungan tiga kejohanan berikutan gagal ujian kecergasan fizikal kendalian BAM.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PBMNS, Zainal Nasir berkata seramai 227 pemain bertanding dalam kejohanan tertutup itu melibatkan kategori beregu lelaki dan wanita, beregu veteran, perseorangan lelaki bawah 12 dan 15 tahun.

Katanya, pertandingan tersebut adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam kalangan anak Melayu di negeri itu. – BERNAMA

Banyak Sekolah Terpaksa Ditutup Di Singapura Kerana Kurang 'Aktiviti Seks'




Ketika negara jirannya sibuk membina banyak sekolah baharu ekoran pertambahan pesat penduduk, lain pula hal berlaku di Singapura apabila terpaksa menutup sejumlah sekolah.

Langkah tersebut yang diumumkan baru-baru ini mencatatkan rekod jumlah paling banyak dalam sejarah republik tersebut, namun ia dirujuk pula oleh pihak Kementerian Pendidikan (MOE) dengan istilah sebagai penggabungan

Menterinya sendiri, Ng Chee Meng dilaporkan oleh stesen penyiaran milik pemerintah Channel NewsAsia turut menyifatkan tindakan dramatik di luar jangkaan berkenaan sebagai “keputusan yang agak sukar tetapi perlu.”

Beliau juga menganggap insiatif penggabungan sekolah kali ini adalah disebabkan kadar kelahiran yang semakin berkurangan di seluruh Singapura sekali gus menyebabkan kemerosotan jumlah kemasukan pelajar baharu.

Agensi berita tempatan MediaCorp melaporkan, kadar kelahiran rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) antara tahun 1993 dengan 2002 merosot signifikan daripada sekitar 49,000 kepada 39,000, turun kira-kira 20 peratus.

Warga Singapura sendiri sejak dua dekad lalu dikatakan kurang berminat lagi kepada institusi perkahwinan kerana berasa bimbang tidak dapat melaksanakan komitmen terhadap pasangan dan keluarga mereka jika berumahtangga.

Bukan itu sahaja, mereka yang berkahwin pula lebih selesa merancang kelahiran dengan memiliki jumlah anak yang kecil kerana takut tidak mampu dari sudut ekonomi selain tekanan kos sara hidup kini amat tinggi di Singapura.

Ini menyebabkan pemerintah republik itu menawarkan insentif kepada generasi muda yang masih bujang untuk segera berkahwin di samping memberi bonus dan cuti tambahan kepada pasangan atas setiap bayi dilahirkan.

Namun anehnya, penjualan kondom di republik itu naik mendadak sekali gus memberi gambaran ramai gemar main seks bebas termasuk curang dengan pasangan sendiri tetapi enggan hamil akibat takut dipertanggungjawabkan.

Desakan ekonomi turut memainkan peranan apabila ramai pekerja sanggup bertugas lebih masa sehingga lewat malam untuk mendapat lebihan upah dan akhirnya malas melakukan hubungan seks ekoran letih tubuh badan.



Dalam pada itu, MOE menerusi kenyataan media melaporkan usaha penggabungan itu akan menjejaskan 14 buah sekolah rendah, enam sekolah menengah dan julung kalinya lapan maktab rendah turut ditutup pada 2019 kelak.

Unjuran kemasukan pelajar baharu ke maktab rendah menjelang 2019 juga didapati bakal merosot sebanyak 20 peratus, daripada sekitar 16,000 kepada 12,800 orang, iaitu angka terendah sejak tahun 2014, menurut MOE.

Menerusi laman Facebook milik Chee Meng, beliau berkata pihak MOE tidak memandang ringan perkara itu. Ia meneruskan penggabungan hanya “setelah yakin ia adalah untuk kebaikan para pelajar pada masa akan datang”.

Beliau sendiri memikirkan tentang keputusan dengan meninjau pelbagai kemungkinan lain tetapi, jika tidak diambil, beberapa institusi cuma menampung kurang separuh jumlah pelajar daripada angka ideal sepatutnya.

“Ada juga sesetengah maktab rendah mendapati agak sukar untuk mendapatkan walau setakat minimum 200 pelajar baharu memandangkan jumlah kohort pun menjunam pada tahun-tahun akan datang,” kata Chee Meng.

Beliau juga berkata reaksi yang mendalam tentang penggabungan tersebut boleh difahami dan menambah usaha-usaha akan diambil bagi memastikan warisan dan budaya cemerlang institusi yang terjejas itu akan dipelihara.

“Keputusan sukar itu menjejaskan kita secara peribadi, sebagai pelajar, alumni, ibu bapa dan guru. Meskipun kita faham, kita tetap berasa kehilangan imej unik tertentu apabila sesebuah sekolah digabungkan,” jelas Chee Meng.

Tiada kakitangan yang akan diberhentikan kerja disebabkan oleh langkah tersebut, menurut MOE. Penggabungan sekolah bukanlah sesuatu yang baharu kerana enam buah sekolah rendah pernah digabungkan pada 2015 lalu.

Manakala lapan buah sekolah menengah terpaksa digabungkan pada tahun lalu dan 22 buah sekolah menengah lagi digabungkan pada tahun ini dan juga menjelang tahun depan, tambah MOE. – Agensi

Senarai Kepimpinan Baharu BAM Bagi Penggal 2017/2021





Berikut adalah senarai kepimpinan baharu BAM bagi penggal 2017/2021:


Presiden: Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria


Timbalan Presiden: Tan Sri Abdul Aziz Hussain dan Datuk Lim Teong Kiat


Setiausaha Kehormat: Datuk Ng Chin Chai


Penolong Setiausaha Kehormat: Mohd Taupik Hussain


Bendahari: Datuk V. Subramaniam.

FAS Minta Pulangkan Hak Mereka




PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) mahu Kerajaan Selangor mengembalikan semula tanah bangunan Akademi bola Sepak di Puncak Alam yang sepatutnya menjadi milik badan induk bola sepak negeri itu.

Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal mendakwa, akademi yang ditubuhkan di atas tanah seluas lima ekar itu sepatutnya diserahkan kepada FAS selepas ia siap dibina tahun lalu.

“Kegagalan menyerahkan akademi itu kepada FAS menyebabkan pasukan Selangor tidak mempunyai padang latihan yang khusus selain perlu terus menumpang di padang Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

“Selama 81 tahun pasukan Selangor ditubuhkan, masih belum ada akademi dan padang rasmi dan jika ada pun telah di ambil daripada kami. Selangor juga sudah tentu mahu jadi sehebat Johor Darul Ta’zim tetapi dihalang dengan perkara sebegini,” katanya.

Mengulas lanjut, Subahan turut menyifatkan pertikaian atau masalah yang timbul antara kerajaan negeri dan FAS sejak akhir tahun lalu menjadikan penyerahan akademi itu semakin sukar.

“Ikut sejarahnya, kami ada padang di belakang pejabat FAS di Kelana Jaya dan padang tersebut diletakkan di bawah Yayasan FAS ketika pemerintahan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

“Namun, ketika pemerintahan negeri berubah dan padang kami di belakang pejabat FAS itu di gunakan untuk pembangunan bangunan dan rumah kedai.

“Tetapi, menteri besar ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berjuang untuk kami dan telah berjanji memberikan sebuah akademi sebagai ‘return’. Tetapi, Tan Sri Khalid kata akademi itu dijaga oleh Kerajaan Negeri kerana melihatkan FAS perlu berbelanja untuk menguruskan gaji pemain. Bagi saya itu adil,” katanya.  

Bagaimanapun, dakwanya segalanya berubah apabila Menteri besar ketika ini yang juga bekas Presiden FAS, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil alih pucuk kepimpinan.

Dakwanya, akademi tersebut yang sebelum ini mempunyai lambang FAS di pintu masuk utama bangunan juga sudah dicabut dan menyifatkan ia sebagai satu rampasan hak oleh Azmin.

“Kami sudah menggunakan saluran betul iaitu hantar surat kepada Kerajaan Negeri minta kembalikan semula akademi itu kepada kami, tetapi mereka membalas dan menolak permohonan itu.

“Saya rasa, itu satu tindakan kejam. Sudahlah tak bagi pembiayaan untuk pasukan musim ini, aset kami juga di rampas,” katanya.

Justeru, pihaknya akan memulakan tindakan undang-undang kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Tips Untuk Mendapatkan Zuriat Yang Soleh




Anak adalah rezeki daripada Allah S.W.T yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan.

Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.

Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu;

Pertama, hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang solehah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung” – Hadis riwayat al-Bukhari.

Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.

Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.

Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.

Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.

Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.

Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.

Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup.

Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.

Harga Rumah Di Malaysia Berada Di Tempat Ke 27 Tertinggi Di Dunia




HARGA rumah di seluruh dunia meningkat secara purata enam peratus tahun lalu, berbanding kenaikan 4.1 peratus pada 2015, demikian menurut kaji selidik Indeks Harga Rumah Global.

Indeks itu yang diperoleh hasil kaji selidik perunding hartanah global bebas, Knight Frank, memantau dan membandingkan prestasi pasaran kediaman di 55 negara seluruh dunia, 11 daripadanya adalah negara Asia Pasifik, termasuk Malaysia.

Kenaikan yang dicatatkan tahun lalu itu juga adalah kadar peningkatan tahunan tertinggi sejak suku pertama 2014.

Pengarah Eksekutif Penyelidikan dan Perundingan Knight Frank Malaysia, Judy Ong Mei Chen, berkata di Malaysia, harga rumah meningkat 5.3 peratus pada suku keempat 2016, berbanding setahun sebelumnya.

Katanya, ini meletakkan Malaysia di tempat ke-27 mencatatkan kenaikan harga rumah tertinggi dalam kalangan 55 negara yang dikaji dalam indeks berkenaan.

Beliau berkata, indeks harga rumah di Malaysia terus berkembang, namun kadar pertumbuhannya menjadi perlahan disebabkan pelbagai langkah meredakan pasaran hartanah yang diperkenalkan kerajaan bagi membendung spekulasi.

“Malaysia masih kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik di rantau ini berikutan pasaran hartanah yang stabil dan harga rumah pembeli pertama lebih rendah, yang terus menawarkan pulangan munasabah,” katanya.

Ketua Penyelidik Asia Pasifik Knight Frank Asia Pasifik, Nicholas Holt, berkata New Zealand yang juga pasaran paling mencatatkan kenaikan tertinggi di rantau ini pula menyaksikan pertumbuhan harga sederhana selepas beberapa suku tahunan mencatatkan momentum peningkatan.

Bagaimanapun, katanya, dengan pasaran masih berhadapan kekurangan bekalan, pihaknya percaya pertumbuhan keseluruhan di rantau Asia Pasifik akan kekal positif sepanjang tahun.

“Di Asia, pasaran paling menyerlah adalah Singapura, yang mana sedikit pelonggaran mengejutkan ke atas beberapa langkah meredakan pasaran hartanah dijangka membangkitkan minat terhadap pasaran.

“Walaupun berada hampir di tempat terakhir carta, ramai pembeli di Singapura masih lagi dibebankan oleh duti setem tambahan pembeli dan beberapa sekatan pinjaman lain,” katanya.

Iceland menduduki tempat teratas ranking buat kali pertama sejak indeks berkenaan dibuat pada tahun 2006.

Harga rumah di negara itu meningkat sebanyak 14.7 peratus secara purata tahun lalu.

Antara faktornya ialah pengukuhan ekonomi, dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu berkembang 4.9 peratus pada 2016, penurunan kadar faedah dua kali tahun lalu dan peningkatan minat pembeli asing membolehkan harga rumah meningkat mendadak berbanding hanya sembilan peratus pada 2015.

China pula melonjak daripada kedudukan ke-43 dalam kepada ketujuh pada 2016, dengan purata harga rumah meningkat 10.8 peratus, demikian menurut Biro Perangkaan Negara China.

Walaupun inflasi harga yang kukuh tahun lalu, arah alirannya jauh daripada seragam dan banyak bandar rayanya yang mengalami kenaikan kini menyaksikan pengenalan sekatan pinjaman baharu.

Indeks Harga Rumah Global diperkenalkan pada 2006 bagi membolehkan pelabur dan pemaju memantau serta membandingkan harga hartanah kediaman seluruh dunia.

Indeks itu dikumpulkan setiap suku tahun menggunakan statistik rasmi kerajaan atau data bank pusat, jika ada.

Prestasi keseluruhan indeks diukur dengan KDNK menggunakan asas nisbah kuasa beli (PPP) dan data suku semasa bergantung kepada angka awalan sesebuah negara.

Walaupun 10 negara teratas berubah secara radikal tahun lalu, tempat terbawah ranking masih kelihatan sama.

Ukraine, Taiwan, Singapura dan Cyprus terus mencatatkan pertumbuhan harga rumah yang lemah sama ada disebabkan krisis geopolitik, kelemahan ekonomi atau langkah meredakan pasaran yang menjejaskan pertumbuhan./bh

Shaa Pernah Terima Wang RM3 Ketika Buat Persembahan




Sebagai penyanyi sebuah kumpulan, anda mahu ke jika diberi wang RM3 untuk buat persembahan? Pasti ramai berkata tidak! Apa boleh buat dengan wang RM3. Ditambah pula dalam satu kumpulan itu ada enam orang, maknanya setiap orang akan dapat 50 sen.


Nak beli air mineral buat lepas dahaga menyanyi pun tak lepas. Hakikat itulah dilalui oleh pendatang baharu Shaa yang kini menjadi tular di laman sosial kerana kehebatannya ‘menarik’ lagu nada tinggi  Ziana Zain.


Kata Shaa, semasa bersama pemuzik jalanan Darulaman Buskers, dia dan lima ahli kumpulan itu pernah menerima wang RM3 ketika membuat persembahan. Tapi dek kerana minat menyanyi, itu semua tak menjadi masalah.


“Seronok punyai pasai, dapat RM3 pun takpa. Nak buat macam mana… terima sajalah,” kata wanita ini dengan pekat loghat Utaranya.


Shaa juga pandai memasak kalau nak tahu. Shaa atau nama sebenarnya Juzratul Nisha Johari, 22, berasal dari Kuala Kedah dan sudah beberapa tahun menganggotai kumpulan Darul Aman Buskers.Mereka kerap menyanyi di Taman Jubli Emas, Alor Setar, Kedah.


Paling tinggi kata Shaa, mereka pernah mendapat RM30 setiap kali mengadakan persembahan jalanan namun berapa banyak wang yang diperoleh sekalipun, ia dianggap rahmat besar buat individu yang minat menyanyi sepertinya.


Menariknya kata Shaa, selepas lagu Putus Terpaksa nyanyiannya menjadi tular, dia telah dilamar oleh komposer Eddie Hamid dan kini berjaya mengikat kontrak bersama syarikat rakaman Nova Muzik.


Rezeki dek kerana bersyukur dengan wang RM3 itu sebenarnya telah membuka peluang lebih cerah buah Shaa. Selain menyanyi, anak jati dari Kuala Kedah ini juga suka berniaga membantu ibunya di bandar itu dengan menjual ayam percik, laksa dan juga cucur udang.


“Saya suka berniaga… kami buka gerai depan Mydin Kuala Kedah. Pada bulan puasa saya jual ayam percik. Laksa pun ada. Kalau nak try… boleh mai,” katanya. 


Bercerita mengenai lagu Pertama Kali rekaannya yang hampir satu juta tontonan di YouTube, Shaa berkata, lagu itu diciptanya semasa berumur 15 tahun. Dia tidak menyangka, rakaman lagu itu yang dinyanyikan sekadar suka-suka sudah dimuat naik oleh rakan sekolahnya ke YouTube sehingga ia mendapat perhatian ramai.


“Selepas lagu tu popular, saya diberi peluang merakamkan secara profesional hasil usaha Nova Muzik dan Alhamdulillah, ia telah pun siap,” katanya.


Ujar anak bongsu daripada enam beradik ini lagi, dia amat meminati Ziana Zain dan tiada masalah jika diberi peluang menyanyikan lagi-lagu ‘jerit’.Bagi yang ingin mengetahui mengenai Shaa, boleh ikuti Instagram miliknya menerusi akaun @shaa_db.








Pelajar Lapor Polis Sebab Kena Denda Pakai Kain Sarung




KALAU dahulu, kena denda dirotan, ketuk ketampi atau jentik telinga oleh guru merupakan perkara biasa yang dialami pelajar sekolah. Pendek kata, tipulah kalau tak pernah kena kan?
Namun, nampaknya peredaran zaman turut merobah sikap pelajar-pelajar sekolah yang kini langsung tidak boleh dicuit waima melakukan kesalahan berat.

Sebagai contoh, seorang pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Bukit Sentosa, Hulu Selangor ini yang buat laporan polis, gara-gara tidak berpuas hati apabila didenda memakai kain sarung oleh guru disiplin.

Kedengaran kelakar bukan?

Dalam kejadian Selasa lalu, pelajar berkenaan mendakwa telah dipanggil guru disiplin selepas habis perhimpunan sebelum mengarahkannya memotong seluar sekolah dipakainya dipercayai tidak ikut kod etika pakaian sekolah.

Jelasnya, guru disiplin berkenaan kemudian mendendanya dengan menyuruhnya memakai kain sarung serta menyatakan akan memulangkan semula seluar sekolah itu selepas hampir tamat waktu sekolah.

Namun, setelah habis waktu sekolah kira-kira 6.30 petang, dia bagaimanapun dimaklumkan oleh guru lain bahawa guru disiplin tersebut telah pun pulang ke rumah.

Sementara itu, guru berkenaan kemudian menyuruhnya agar balik ke rumah dengan memakai kain sarung tersebut memandangkan kunci bilik disiplin pula tiada.

Ekoran kejadian itu, pelajar lelaki berkenaan membuat laporan polis agar perkara ini dapat dirujuk kepada pihak sekolah dan pejabat pendidikan daerah.

Laporan polis pelajar berkenaan turut menjadi tular menerusi laman sosial dan menjadi bahan ketawa ramai netizen.

Rata-rata netizen menyelar pelajar berkenaan sebagai manja sehingga perkara remeh seperti ini dibawa kepada pihak polis.

Saturday, 29 April 2017

‘Ya, Saya Janda Gila Glamor’




Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein tidak kisah kritikan negatif yang dilemparkan kepadanya oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.


Malah Elly turut mengiyakan sahaja tanggapan itu kerana enggan mengulas lanjut mengenai kritikan tersebut.


“Bila ada pihak yang memberikan kejian serta kritikan yang tidak membina, saya jadi malas. Ada yang mengatakan saya suka menjaja cerita sama sahaja, saya hanya mengiyakan sahaja.


“Bila ada pihak yang mengatakan saya sebagai janda gila glamor, saya pun mengiyakan sahaja. Bagi saya, mengiyakan apa yang mereka kata lebih mudah. Saya tak mahu komen dengan lebih lanjut.


“Apa yang penting, saya kini mahu menumpukan sepenuh fokus dalam karier dan mencari rezeki untuk anak dan bapa saya. Alhamdulillah, perkembangan karier saya semakin bagus selepas saya menyertai Gegar Vaganza,” katanya, lapor Astro Gempak.


Memberikan fokus kepada dunia nyanyian, Elly juga tidak melupakan terus bidang lakonan.


“Syukur kerana jadual persembahan nyanyian saya kini padat. Bukannya saya enggan berlakon dalam drama bersiri, tetapi jadual penggamaran selalu bercanggah.


“Selepas munculnya single terbaru saya bersama KRU Music yang berjudul Jeritan Hati, saya mahu memberikan fokus kepada bidang nyanyian kerana ini merupakan cinta pertama saya.


“Namun begitu, jika ada tawaran telefilem atau drama bersiri yang bersesuaian dengan jadual, apa salahnya jika saya terima,” katanya lagi.

Chaewon Sanggup Lompat Tali 8000 Kali Sehari Mahu Cepat Kurus




Anggota kumpulan April, Chaewon sanggup melakukan senaman lompat tali sebanyak 8000 kali sehari untuk menurunkan berat badannya secara mendadak.


Menurut AllKPop, perkara itu didedahkan oleh Chaewon menerusi program Mnet, A-IF-RiL baru-baru ini, lapor AstroGempak.


Menurut Chaewon, senaman itu berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak dua kilogram dalam tempoh dua hari.


“Tidak lama lagi musim panas akan tiba. Ini bermakna saya ada banyak perkara yang perlu dilakukan dan sudah semestinya diet,” ujarnya.


Bagaimanapun, Chaewon tidak menggalakkan cara itu menjadi ikutan para peminatnya.


“Senaman dan diet dengan cara yang ekstrem tidak digalakkan kerana tidak bagus untuk tubuh dan boleh menjejaskan kesihatan,” ujarnya.














Wanita Malaysia Mudah Terpedaya Jerat Cinta Militan IS




Atas nama jihad, segelintir wanita tempatan sanggup bergadai harta dan wang tunai sebelum ditinggalkan terumbang-ambing di luar negara gara-gara terperangkap dengan cinta anggota kumpulan militan Daesh (militan IS) tempatan.

Impian untuk berjuang dan mencari cinta di Syria sebaliknya hanya janji kosong apabila harta mereka mencecah jutaan ringgit itu diperah anggota kumpulan militan berkenaan sebelum dilesapkan entah ke mana.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lebih daripada 20 wanita tempatan telah diperdaya anggota militan Daesh dengan dijanjikan cerita dan masa depan yang indah di Syria sebaik sahaja mendirikan rumah tangga di sana.

Jelas beliau, semua maklumat tersebut diperoleh daripada pendedahan beberapa wanita yang ditahan di negara ini dan Turki ke­rana merancang untuk menyertai kumpulan pengganas itu di Syria.

“Sebab cinta juga mereka sanggup menggunakan wang pe­ngajian, menjual kereta serta kediaman sehinggakan membuat pinjaman bank sebelum diarahkan untuk meninggalkan Malaysia menerusi penerbangan transit sebelum tiba di Istanbul, Turki selepas dana yang dikumpul mencukupi.

“Mereka kemudiannya dika­wal oleh penjaga-penjaga di rumah sementara bersama beberapa warga asing termasuklah dari Indonesia dengan menyerahkan pasport dan telefon bimbit bagi mengelakkan diri daripada dikesan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kata Ayob Khan, derita wanita-wanita itu mula dirasai apabila penjaga meminta wang bagi tujuan menanggung kos penginapan, makan dan minum sepanjang berada di rumah sementara tersebut.

Malah katanya, ada kalangan wanita itu telah tinggal lebih kurang lima bulan sehingga kehabisan wang simpanan selepas diberi kepada penjaga rumah menyebabkan impian untuk ke Syria terkubur.

Memburukkan lagi keadaan penjaga itu turut mengambil ke­sempatan menipu wanita-wa­nita terbabit dengan menyerahkan kad bank untuk mengeluarkan wang saku yang kononnya dikirim oleh Mohamad Wanndy.

“Tetapi apa yang berlaku, penjaga ini bersubahat dengan Mohammad Wanndy mengeluarkan wang yang ada untuk dibahagi-bahagikan antara mereka berdua. Habis sahaja wang ‘dikerjakan’ penjaga akan mencari cara untuk menghalau wanita-wanita ini daripada rumah sementara.

“Cara paling mudah dengan membawa wanita-wanita ini ke sempadan Turki-Syria seperti di Hatay dan Gaziantep memandangkan kawasan ini dikawal oleh pihak berkuasa bagi menyekat individu-individu ke Syria,” tambahnya.

Tambahnya, kebanyakan me­reka menaiki bas dan van ditahan dan dipenjarakan oleh pihak berkuasa Turki kerana tinggal lebih masa.

“Manakala penjaga pula akan menghilangkan diri dan mencari wanita-wanita lain untuk diperdayakan sementara mangsa pula dihantar pulang ke negara asal dengan wang simpanan kehabisan.” ujarnya. – UTUSAN

[VIDEO] Robot Wanita Gagal Jawab Soalan Manusia, Dihantar 'Bersekolah' Semula




Satu robot dihantar balik ke ‘sekolah’ selepas ia terlupa di mana Tembok Besar China terletak.

Robot yang dicipta untuk boleh bercakap, Jia Jia, tergagap ketika diwawancara dalam bahasa Inggeris menerusi televisyen secara langsung.

Jia Jia ‘terlupa’ perkataan dan frasa asas dalam wawancara dengan wartawan Amerika Syarikat, Kevin Kelly.

Kelly, pengasas bersama majalah teknologi ‘Wired’ melakukan wawancara itu menerusi Sykpe dari Universiti Sains dan Teknologi China di Hefei.

Bagaimanapun, Jia Jia yang dipakaikan rambut palsu dan pakaian tradisional gagal bertindak balas terhadap soalan mengenai jumlah huruf dalam abjad Inggeris.

Dan apabila di tanya di mana terletaknya Tembok Besar China, ia tergagap sebelum berkata ‘China.’

Kelly, pakar robotik dan kecerdikan buatan juga bertanya robot itu mengenai sama ada ia boleh memberitahu sesuatu mengenainya.

Jawapannya merepek-repek.

Penyelidik di Universiti Hefei menghabiskan masa kira-kira tiga tahun untuk menghasilkan Jia Jia dalam usaha untuk membolehkan dia berinteraksi dengan manusia dan juga memahami bahasa.

Ketua penyelidik Chen Xiaoping berkata, soalan yang ditanya kepada Jia Jia amat mencabar.

Bagaimanapun, pemerhati yang menyaksikan wawancara itu menyuarakan kekecewaan. – Agensi




Aktivis Wanita Anggap Cabut Kondom Diam-Diam Suatu 'Jenayah Berat'




Kes-kes mencabut kondom diam-diam ketika bersetubuh, tanpa persetujuan pasangan, sedang meningkat dan harus dianggap "jenayah berat".

Lelaki yang melakukan tindakan ini, digelar "stealthing", berbangga di internet walau ia boleh menyebarkan penyakit atau menyebabkan kehamilan tanpa dirancang.

Dalam laporan jurnal Columbia Journal of Gender and Law, pengarang makalah isu ini menggesa tindakan itu dianggap sejenis serangan seks, lapor USA Today.

Alexandra Brodsky berkata tiada undang-undang khusus menangani gejala berbahaya ini tetapi beliau melihat ia melanggar undang-undang jenayah dan sivil.

Kajian itu menunjukkan forum-forum maya menjadi tempat lelaki mengajar cara-cara melakukannya, menganggap tindakan itu "hak untuk menyebarkan benih."

Portal itu juga melaporkan peguam Hunter Chamberlain berkata tiada peruntukan khusus untuk mensabitkan kesalahan mencabut kondom.

Menyifatkan tindakan ini tidak boleh diterima, namun beliau mengakui sukar membuktikan ia "serangan seks" kerana pasangan asalnya setuju bersetubuh.

Mengulas gejala ini, lapor The Independent, seorang aktivis wanita Ireland menggesa tindakan "keji" ini dikategorikan sebagai "jenayah berat".

"Ia sewajarnya ditakrif sebagai sejenis serangan [seks] bawah undang-undang Ireland," kata Clíona Saidléar dari Jaringan Krisis Rogol Ireland (RCNI).

Beliau berkata tindakan itu boleh dianggap salah di sisi undang-undang kerana ia memerlukan persetujuan bersama pasangan untuk menanggalkan kondom.

Menjadi hak seorang wanita untuk menentukan "apa yang terjadi pada tubuhnya", kata Saidléar lagi.

Friday, 28 April 2017

Ruminah Sidek : Hampir 50 Tahun Dalam Bidang Seni





PELAKON versatil, Ruminah Sidek, 70, atau lebih dikenali sebagai Mak Mah mengakui tidak menyangka sudah hampir 50 tahun bergelar anak seni dan masih lagi aktif sehingga ke hari ini.

Menceritakan kembali awal penglibatannya dalam bidang seni, kata Mak Mah, segalanya bermula apabila dia sering didedahkan oleh bapanya untuk lebih mengenali seni kebudayaan Melayu.

“Kalau diikutkan, Mak Mah waktu kecil-kecil dulu memang tak minat langsung bidang seni, tapi terpaksa sertai pelbagai acara kebudayaan kerana desakan ayah.

“Bila sudah selalu terlibat aktiviti seni, lama-lama jadi biasa, apatah lagi sering dapat undangan persembahan di pelbagai majlis keraian sehingga turut dapat perhatian banyak pihak termasuk RTM.

Tambahnya lagi, dia setuju hadir ke sesi uji bakat kerana menghargai usaha wakil RTM yang sanggup datang ke rumahnya di Meru, Klang semata-mata untuk menawarkan peluang itu kepadanya.

“Alhamdulillah Mak Mah lulus uji bakat tu, berbaloilah perjalanan dari Klang ke Kuala Lumpur yang mengambil masa selama hampir dua jam untuk sampai dengan tambang bas RM1.50 pada 1967 tu.

“Keluarga Tompel merupakan program radio pertama melibatkan Mak Mah dan dari situlah Mak Mah mula masuk bekerja dalam bidang seni secara serius dan profesional,” katanya yang ketika itu baru sahaja menginjak usia 21 tahun.

Setahun kemudian, rezeki sekali lagi menyebelahinya apabila dapat tawaran berlakon filem dan lebih menarik tawaran itu datang daripada seniman tersohor, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

“Anak Bapak filem pertama lakonan Mak Mah dan kemudian filem Gerimis di mana kedua-duanya arahan P Ramlee sendiri pada 1968.

“Alhamdulillah, Anak Bapak dapat sambutan hangat ketika ditayangkan di pawagam dan nama Mak Mah juga mula dikenali ramai menerusi filem komedi itu,” ujarnya.

Bagaimanapun, selepas kematian suaminya, Allahyarham AR Tompel, pelakon yang cukup dikenali kerana komitmen dan disiplin yang tinggi mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia seni.

Malah ketika berumah tangga kembali dengan suami barunya, Mak Mah mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.




“Suami baru bukan orang seni, jadi Mak Mah takut dia tidak faham, namun sebaliknya berlaku apabila suami mahu Mak Mah teruskan kerjaya seni.

“Jadi Mak Mah kembali aktif bidang seni sehinggalah ke hari ini di mana orang masih lagi sudi beri peluang Mak Mah berlakon di kaca TV dan layar perak,” katanya.

Berkongsi kenangan tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar anak seni, kata Mak Mah semestinya saat diberi pengiktirafan.

“Anugerah bukanlah sesuatu yang kita kejar, namun penghargaan itu sangat besar ertinya buat anak seni.

“Paling manis ketika dinobat Pelakon Wanita Terbaik pada anugerah yang mengiktiraf kerja anak-anak seni,” jelasnya.

Selain itu, kata Mak Mah kenangan ketika bersama peminat juga menjadi antara detik manis yang akan dikenang sampai bila-bila.

“Ingatkan tidak ada peminat, tetapi ketika orang RTM datang jumpa pujuk Mak Mah, mereka bawa banyak surat peminat mahu Mak Mah kembali berlakon.

“Masa zaman tengah popular dulu, setiap kali pergi makan dan nak bayar mesti tuan kedai beritahu ada peminat dah bayarkan tanpa pengetahuan kami,” ceritanya.

Kabul, India Didakwa Biaya Keganasan




Agensi perisikan Afghanistan dan India didakwa memberi dana dan bantuan lain kepada kumpulan militan Taliban Pakistan (TTP) untuk menyerang Islamabad.


Dakwaan itu dibuat bekas jurucakap TTP yang menyerah diri minggu lalu, dalam satu rakaman video disiarkan tentera Pakistan, semalam.


Dalam penampilan pertama Liaquat Ali atau lebih dikenali sebagai Ehsanullah Ehsan selepas serah diri, dia mendakwa agensi perisikan India, Sayap Penyelidikan dan Analisis (RAW) dan Direktorat Keselamatan Kebangsaan (NDS) Afghanistan menyediakan bantuan luas kepada kumpulan tersebut.


"Mereka menyokong TTP, memberi bantuan kewangan dan sasaran. Bagi setiap serangan akan dikenakan harga," katanya.


Menurut Ehsan, hubungan antara NDS dan RAW meningkat selepas tentera Pakistan melancarkan kempen ketenteraan terhadap TTP di kubu kuat mereka di Waziristan Utara pada 2014 dan memaksa militan melarikan diri ke sempadan Kabul.


Pegawai kanan keselamatan Afghanistan menolak kenyataan Ehsan selain menuduh Pakistan menyediakan kawasan perlindungan selamat kepada Taliban Afghanistan yang ingin menjatuhkan kerajaan Kabul. - India Today

Terdapat 145 Jawatan Kepada Setiap 100 Pekerja Di Jepun




Jumlah pekerjaan sedia ada pada Mac di Jepun meningkat kepada tahap terbaik dalam tempoh 26 tahun, menurut pihak kerajaan dalam satu laporan pada Jumaat, agensi berita China Xinhua.

Nisbah tawaran kerja dengan pencari pekerjaan ialah 1:45 tertinggi sejak November 1990, bermakna terdapat sebanyak 145 jawatan kepada setiap 100 pekerja, kata Kementerian Kesihatan, Pekerjaan dan Kebajikan Jepun.

Menurut kementerian, nisbah pada Febuari ialah 1:43.

Kadar pengangguran pada Mac pula tidak berubah sebanyak 2.8 peratus, manakala perbelanjaan isi rumah, petunjuk utama penggunaan swasta, menurun 1.3 peratus daripada tahun lepas kepada 297.942 yen (AS$2,677).

Pada masa sama menurut data Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi, kadar pengangguran lelaki menurun 0.2 mata kepada 2.8 peratus manakala bagi wanita tidak berubah iaitu 2.7 peratus.

Pekerjaan yang menguntungkan penduduk Jepun meningkat 0.2 peratus pada tempoh laporan bersamaan dengan 64.96 juta pekerja. - Bernama

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown Terima Surat Saman Dari PAS




Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown menyerahkan kepada peguamnya untuk mengendalikan saman fitnah yang difailkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


“Ia di tangan peguam saya. Ia tidak sesuai untuk membuat kenyataan pada peringkat awal ini,” katanya kepada FMT menerusi e-mel.


Clare yang juga pengasas portal berita itu berkata, beliau menerima writ dan pernyataan tuntutan itu Jumaat lalu.


Beliau berkata demikian susulan pengumuman Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan semalam yang Hadi sudah memfailkan saman fitnah itu di Mahkamah Tinggi London, pada 21 April lalu.


Ia susulan laporan Sarawak Report pada Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.


Takiyuddin dilaporkan berkata, PAS menuntut ganti rugi “besar”, tetapi enggan mendedahkan jumlahnya. Parti itu turut memohon injunksi terhadap artikel bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections – COMMENT”.


Katanya, peguam PAS di London, Carter-Ruck sudah menghantar surat tuntutan kepada Clare Disember tahun lalu bagi menuntut permohonan maaf dan menarik balik artikel berkenaan.


“Tetapi, beliau gagal memberi maklum balas, sebaliknya mengeluarkan beberapa kenyataan umum yang merumitkan lagi isu itu,” kata Takiyuddin pada sidang media di luar Muktamar Dewan Pemuda PAS di Alor Setar, semalam.


Parti Islam itu turut dilapor menubuhkan sebuah tabung khas untuk mengutip derma daripada perwakilan Muktamar PAS yang sedang berlangsung di Alor Setar, Kedah, bagi membayar kos guaman berjumlah RM200,000 untuk saman fitnah itu.


Sebelum ini, PAS berkata, kelewatan memulakan tindakan undang-undang itu berpunca daripada usaha mengumpulkan saksi di Malaysia untuk turut sama membantu memberi keterangan di mahkamah berhubung kes itu.

Standard Chartered Umum Cuti Bersalin 20 Minggu Bergaji Penuh




Standard Chartered Bank Malaysia (Stanchart) hari ini mengumumkan pelaksanaan cuti bersalin 20 minggu bergaji penuh yang merupakan penambahbaikan kepada manfaat pekerja, sejajar sambutan Hari Pekerja.


Ia berkata, manfaat lebih baik itu dan pertama dalam industri perbankan, merupakan sebahagian daripada tumpuan bank untuk menyesuaikan diri dan menyokong perubahan dari segi keperluan tenaga kerja.


Dalam satu kenyataan hari ini, Stanchart berkata, bagi merealisasikan budaya mesra keluarga bank itu, pekerja lelaki akan menikmati cuti 2 minggu jika isteri bersalin, manakala ibu bapa angkat baharu juga berhak mendapat cuti 2 minggu bergaji penuh untuk pengambilan anak angkat yang kini dipanjangkan kepada semua pekerja di bank berkenaan, tanpa mengira tempoh perkhidmatan.


Bersandarkan kepercayaan fleksibiliti membabitkan usaha mengubah cara bekerja dan bukan bekerja lebih atau kurang, bank itu juga akan melaksanakan amalan kerja fleksibel.


Katanya, kakitangan ditawarkan pilihan untuk bekerja separuh masa, memilih waktu kerja anjal atau bekerja dari rumah pada hari terpilih, tertakluk kepada tugasan mereka selepas memperoleh kelulusan daripada pengurus.


Ketua Sumber Manusianya, Florence Foo berkata, dalam usaha menginsankan bank, Standard Chartered memperingati Hari Pekerja dengan mengutamakan kepentingan pekerjanya.


“Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik kebajikan kakitangan kami, selain mengekalkan dan melatih pekerja.


“Kajian dalaman dijalankan menunjukkan motivasi pekerja sudah meningkat dan pekerja menjadi lebih bermotivasi di tempat kerja, setelah mereka memperoleh sokongan lebih baik dalam integrasi kehidupan profesional dan peribadi mereka,” katanya.

Dosa Berbuat Fitnah





Oleh Amiruddin

PERJALANAN hidup manusia tidak terlepas dari nafsu jahat yang selalu merasuk dalam diri mereka melalui berbagai celah disebabkan minimnya pengetahuan agama atau krisisnya nilai keimanan yang tertanam dalam jiwa mereka. Bahkan di era serba modern ini sulit rasanya mengatakan bahwa banyak dari manusia yang tidak paham nilai-nilai agama, justru sedikit banyak ada di antara mereka yang  mengetahui halal-haram, baik dan buruknya suatu tindakan, dan tidak dapat dipungkira bahwa semua umat Islam mengetahui fitnah adalah perbuatan keji yang sangat dibenci Allah.

Namun sayang, menjelang Pemilihan Presiden (Pilpres) 9 Juli 2014 usaha fitnah-memfitnah kian marak mencuat ke permukaan, hampir setiap hari media massa dihiasi dengan berita kubu-kubu tertentu yang giat berusaha memperburuk citra orang lain, merusak reputasi, karier dan karakter orang lain yang sedang menanjak ke arah lebih baik. Sadisnya, pelakunya adalah para tokoh terhormat yang mengusung diri untuk melaju ke pesta demokrasi guna merebut kursi presiden.

Sejatinya, sebagai calon capres-cawapres yang baik dan layak menjadi pemimpin tidak melakukan tindakan keji seperti itu, apalagi harus memfitnah lawan politik hanya untuk memuluskan diri mendapatkan kursi RI 1. Cukup masyarakat saja yang menilai tindak tanduk para capres-cawapres, jika masyarakat senang dengan salah satu calon, tentu inilah pilihan tepat bagi mereka. Kewenangan capres-cawapres hanya menjalankan kampanye (dimasa kampanye), itupun bukan model kampanye hitam seperti marak terjadi pada pemilu legislatif 9 April lalu.

 Balasan memfitnah
Para pelaku politik harus sadar, fitnah adalah perbuatan keji yang sangat dibenci oleh Allah. Dalam konteks Islam, fitnah adalah terjemahan dari an-Namimah. Fitnah merupakan usaha menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran, dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang, menanamkan kebencian, menumbuhkan permusuhan serta memupuk kedengkian. Tujuan fitnah tersebut agar mudah untuk mencapai segala cita-cita para pelaku fitnah.

Perbuatan yang tercela seperti itu dilarang oleh Allah Swt dan orang yang membuat fitnah itu akan ditimpa azab yang amat pedih. Allah berfirman; “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih.” (QS. al-Buruj: 10).

Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia tak bersalah), Allah berfirman: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh.” (Q.S. Al-Baqarah: 217). Fitnah adalah perkara yang sangat fatal, sebab dan akibat dari fitnah akan mengakibatkan jatuhnya korban yang sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi fitnah mengakibatkan lenyapnya suatu bangsa, dengan fitnah manusia akan saling mencaci, memaki dan bunuh membunuh walau sesama Islam atau sesama capres-cawapres.

Sejarah Islam telah mencatat bukti otentik akibat fitnah yang terjadi tempo dulu, dimana tiga orang Khalifah Islam menjadi korban fitnah, seperti terbunuhnya Khalifah Umar ibnu Khattab, terbunuhnya Khalifah Usman bin Affan, terbunuhnya Khalifah Ali bin Abi Thalib dan juga zuriat (keturunan) Nabi Muhammad sendiri, yang dibunuh dengan sadis dan kejam oleh manusia-manusia yang gila akan kuasa, rakus akan jabatan.

Karenanya, sangatlah pantas para penebar gosip/pemfitnah mendapat berbagai kecaman dari sisi agama. Setidaknya, mereka yang suka menebar fitnah akan diancam: Pertama, sebagai manusia terburuk. Karena sering memburuk-burukan orang lain, maka penyebar fitnah diberi gelar oleh Rasulullah dengan seburuk-buruk manusia. Beliau bersabda: “Inginkah kalian aku beritahukan manusia terburuk diantara kalian?” Para sahabat menjawab, Ya. Beliau bersebda, yaitu orang-orang yang ke sana ke mari menyebar fitnah, yang memecah belah di antara orang yang saling mencintai dan meniupkan aib kepada orang-orang yang tidak berdosa/bersalah.” (HR. Ahmad).

Kedua, disiksa di alam kubur. Suatu ketika Rasulullah melewati dua kuburan, lalu beliau bersabda: “Sesungguhnya keduanya saat ini sedang disiksa, dan keduanya tidak disiksa karena melakukan dosa besar. Adapun salah seorang dari keduanya, dulunya berjalan (kesana kemari) menebarkan fitnah. Sedangkan yang satunya tidak bersih selesai kencing.” (HR Bukhori dan muslim). Bagi kebanyakan orang, kedua perbuatan tersebut dianggap sepele, tetapi dapat membuat pelakunya sengsara dialam kubur.

Ketiga, tidak akan masuk surga. Sungguh merana dan sengsara sekali orang yang suka menyebar fitnah, gosip dan isu. Sebab, ia diharamkan menikmati berbagai macam kenikmatan abadi di surga kelak. Nabi saw bersabda: “Tidak akan masuk surga Nammaam (orang yang suka menyebar fitnah).” (HR. Bukhari dan Muslim).

 Tinggalkan fitnah
Allah Swt berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12).

Tidak dapat dipungkiri lagi, dunia politik memang sarat dengan aktivitas fitnah terhadap lawan politik. Politik sehat tentunya lahir dari mereka yang memiliki badan sehat, otak sehat dan terlebih penting sehat hatinya (suci dari penyakit hati) serta cara yang sehat pula untuk mendapatkan jabatan, semua itu berlandaskan agama yang sehat (kuat).

Untuk mendapatkan kursi jabatan yang benar-benar bersih dan atas pilihan rakyat yang senang kepada calon pemimpin demikian, maka sepatutnya mereka meninggalkan segala unek-unek yang berusaha menjatuhkan lawan dengan mengumbar aib atau sengaja mencari jalan berlobang yang dapat membuat mereka terperosok dalam kehancuran karier lawan politik.

Fitnah itu tak ubahnya lalat atau nyamuk yang selalu menyebarkan bakteri penyakit kemana-mana. Maka para capres-cawapres jangan lagi mengadopsi sifat lalat atau nyamuk yang jelas -jelas dapat merusak keutuhan tubuh (demam). Gaya-gaya politik demikian tidak perlu dipertahankan lagi zaman demokrasi seperti yang dianut Indonesia saat ini. Sudah saatnya menciptakan suasana politik bersih, aman dan bebas dari penyakit fitnah, sehingga kursi RI 1/RI 2 yang akan diperebutkan pada Pilpres 9 Juli 2014 dapat diduduki oleh orang yang suci niatnya, suci caranya dan suci pula visi-misi dan program-programnya. Semoga!




* Amiruddin, SHI., Alumnus Fakultas Syariah dan Ekonomi Islam UIN Ar-Raniry, Darussalam, Banda Aceh. Email: abu.teuming01@gmail.com

Wednesday, 26 April 2017

Kelebihan Memiliki Mata Sepet Bersaiz Kecil





Ramai yang beranggapan bahawa memiliki mata yang bersaiz lebih besar adalah cantik dan seksi berbanding memiliki mata yang bersaiz kecil.

Tetapi, tahukah anda bahawa memiliki sepasang mata yang bersaiz kecil juga ada kelebihannya tersendiri? Mari kita lihat.

Orang tidak tahu apa yang anda pandang

Selalunya mereka yang mempunyai mata yang kecil agak susah untuk orang sekeliling menjangkakan apa yang anda sedang lihat. Kelebihannya anda tidak mudah kantoi.

Boleh tidur dimana sahaja tanda disedari orang sekeliling

Dengan mata bersaiz kecil orang sekeliling tidak dapat meneka yang anda sedang tidur atau tidak. Dengan kelebihan ini anda boleh tidur dimana sahaja tanpa disedari orang sekeliling.

Wajah seperti tiada emosi

Mata memainkan peranan besar untuk menunjukkan emosi. Memiliki mata bersaiz kecil tidak mudah untuk orang sekeliling meneka apa emosi anda ketika itu.

Dianggap sebagai seorang yang ‘cool’

Anda tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan reaksi terkejut. Anda lebih bersikap cool dan tenang

Sesuai dengan apa sahaja jenis cermin mata

Memiliki saiz mata yang kecil memudahkan anda dalam memilih apa sahaja bentuk cermin mata. Tidak seperti mempunyai mata yang lebih besar, sedikit sukar mencari yang sesuai.

Tiada ‘eye-bag’

Memiliki saiz mata yang lebih kecil tidak mudah mendapat eye-bag berbanding mereka yang memiliki saiz mata yang lebih besar. Mata tidak mudah nampak letih bahkan nampak ceria setiap hari

Memiliki senyuman yang sangat comel

Ketika anda sedang tersenyum, mata anda juga turut tersenyum. Comel kan?

Mudah untuk melukis wajah anda

Antara bahagian yang susah untuk melukis potret wajah adalah bahagian mata. Tetapi untuk melukis potret wajah anda, tidak sukar dan tidak memerlukan waktu yang panjang untuk melukis wajah anda

Memiliki pandangan mata yang tajam

Sangat mudah untuk orang memahami mood anda ketika ini, sekiranya anda tiada mood, mata mainkan peranan menunjukkan emosi.

Menjadi trend terkini

Lihat saja rekasi ini, dengan mata yang bersaiz kecil dan mempunyai senyuman yang cantik mudah menarik perhatian remaja-remaja wanita dan menjadi trend terkini.

Kesimpulannya, memiliki saiz mata yang besar atau kecil memiliki kelebihan tersendiri. Jangan malu dan tampil lah dengan lebih yakin dengan gaya tersendiri.

Apa Makna Huruf 'M' Pada Tapak Tangan Anda?






Betul atau tidak, terpulanglah kepada anda untuk menilainya. Baca ini hanya untuk sekadar suka-suka dan sekadar bacaaan ringan sahaja.

Lihat pada tapak tnagan anda, ada tanda ‘M’ tak di telapak tangan?

Jika ada, anda merupakan individu yang bertuah kerana anda seorang sangat berbakat, mempunyai firasat dan mempunyai daya usaha yang tinggi.

Anda juga percaya kejujuran itu adalah prinsip terbaik dalam kehidupan malah tidak suka ditipu.

Dikatakan lagi, individu yang bertanda ‘M’ pada telapak tangan mempunyai deria keenam yang kuat dan sentiasa tahu apa yang mereka inginkan.

Maksud yang lain, seorang yang sangat berani dan tidak menjauhkan diri daripada cabaran dan suka merebut peluang.

Betul ke? Kongsikan kepada sahabat dan keluarga yang turut mempunyai telapak tangan huruf ‘M’ ini ya!

Sumber: Sinar.FM

Perkara Yang Menakutkan Lelaki Pada Wanita






Wanita dalam banyak perkara, adalah satu misteri buat kebanyakan lelaki. Tetapi lelaki, sebahagian besar adalah senang untuk difahami.

Jadi wanita sekalian, berikut adalah beberapa perkara mengenai anda yang menakutkan lelaki.

Lelaki dapat luahkan perasaan tanpa wanita sedari

Lelaki lebih mudah untuk berkongsi perasaan dan tidak dengan kawan-kawan perempuan mereka dan akhirnya sedikit luahkan secara terperinci. Lelaki takut wanita boleh menggunakan itu buat menyakiti hatinya.

Perasaan



Wanita lebih berperasaan dan dapat mengawalnya adalah sangat penting. Masalahnya, perasaan wanita tidak menentu dan tidak dapat diramalkan. Dan ini yang menakutkan lelaki. Sekurang-kurangnya sebahagian besar mereka.

Naluri pantas anda untuk merpertahankan kritikan

Anda mungkin ‘mata ke atas, tangan di dada’ mendengar ayat “wanita mempunyai lebih berperasaan ..”. Ya, ini menakutkan lelaki juga. Bukan kerana satu keganasan untuk membuktikan anda salah tetapi kerana terlalu berusaha untuk menang.

Merubah Minda Lelaki

Ya, wanita, anda mempunyai kuasa untuk mengubah fikiran seorang lelaki serta-merta.

“Saya akan mati berseorangan”

Satu lagi perkara yang menakutkan lelaki adalah bahawa tiada wanita yang akan jatuh cinta dengan dia.

Rakan Anda

Kerana mereka adalah juga wanita dan mereka mempunyai kuasa untuk mengubah fikiran anda.

Kawan Baik Anda Yang Membenci Teman Lelaki Anda

Lelaki yang membenci kawan baik anda dan kawan baik anda membenci teman lelaki anda, ini sangat bermasalah.

Kehilangan Anda

Bunyi macam terdesak tetapi ini adalah benar. Lelaki tidak mahu menakutkan anda atau kehilangan anda.

“Sata nampak gemuk tak?”

Nak jawap ya pun susah, nak jawap tidak pun susah.

“Apa yang awak fikirkan?”

Adakah saya terlalu tua untuk menonton Dragon Ball? Mungkin tidak.

Double Standard

Tiada yang akan mengatakan sesuatu di muka anda.

Perkara Yang Anda Lakukan

Apabila Anda melabelkan seseorang seperti menyeramkan

Perkara yang boleh anda lakukan di mahkamah perceraian

Dan kengerian yang akan mengikuti selepas itu.

Ada wanita sebenarnya menyukai dia

Satu kesedaran yang cukup menakutkan bagi sesetengah lelaki.

Faktor Lelaki Buncit Setelah Berkahwin






Kebanyakkan lelaki diluar sana mengambil berat berkenaan berat badan, ada yang dahulunya kurus melidi tetapi setelah mendirikan rumah tangga, bentuk badan mulai berubah dan mungkin sedikit berisi ataupun ‘gemuk’.

Apakah punca menyebabkan perubahan itu? Jom kita semak.

Isteri pandai memasak

Antara puncanya mungkin mendapat seorang isteri yang pandai memasak dan gemar memasak. Jikalau dahulunya hidup berseorangan makan seharian tidak dijaga, tetapi setelah mendirikan rumah tangga hidup lebih teratur dan jadual makan juga teratur.

Terlalu rasa selesa dan menjadi malas

Kalau dahulu nya sentiasa mengambil berat mengenai penampilan diri, setelah mempunya isteri terasa hidup sudah lengkap dan hidup terlalu selesa. Ini antara faktor kenapa lelaki sudah tidak ambil peduli berkaitan dengan penampilan diri.

Tidak lagi aktif dan malas bersenam

Masa terluang yang ada sewaktu bujang yang dahulunya di isi dengan aktiviti bersenam kini sudah tiada lagi apabila masa terluang itu telah di isi dengan aktiviti di dalam rumah bersama isteri dan anak, menonton televisyen bersama isteri, menjaga anak. Sudah jarang-jarang bersenam malah lebih suka hanya duduk dan bermain bersama anak. Ini juga antara faktor berat badan tidak turun malah makin bertambah apabila setiap hujung minggu isteri menyediakan makanan-makanan yang enak.

Bertukar jadual seharian

Sewaktu bujang dan berseorangan, selalunya segala kerja rumah dilakukan seorang diri, malah ianya adalah aktiviti senaman harian yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan peluh. Tetapi kini segalanya diurus oleh si isteri, kalau dulunya aktif bekerja sekarang hanya duduk dan menonton televisyen dan membaca surat khabar. Peluh tidak keluar dan kurang pergerakkan antara faktor kenaikkan berat badan.

Hidup rumah tangga, suami haruslah peka terhadap kesihatan diri dan juga keluarga, jangan hanya mengharapkan si isteri menguruskan semua kerja di dalam rumah. Menolong isteri dirumah adalah salah satu aktiviti senaman ringan yang boleh mengeluarkan peluh dan sekaligus dapan menurunkan berat badan dan boleh mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri.

Macam Tu Jer Lafas Cerai?






“Apa susah-susah? Kalau dah tak suka saya, kita cerai saja!!!”

Ungkapan ini nampaknya seperti sudah terbiasa diucapkan dalam perkahwinan zaman serba moden ini. Sepertinya perbuatan tersebut langsung tidak salah dan tidak memberi sebarang kesan kepada pasangan yang terlibat.

Jangan hanya kerana kesalahan kecil boleh membawa kepada penceraian. Malah perbaiki kesalah diri dan begitu juga pasangan, sama-sama dalam mencari penyelesaian masalah, bukan mencari jalan singkat dengan penceraian.

Apaka faktor-faktor yang mendorong kepada penceraian? Mari kita bincangkan.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keputusan dibuat, antaranya kepuasan dalam perkahwinan daya tarikan.

Besarnya faktor penghalang penceraian, ini termasuklah nilai-nilai agama dan anak. Kegagalan membaiki perkahwinan biasanya kerap terjadi kepada pasangan tanpa anak. Sememangnya tidak disangkal lagi anak adalah pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Berikut ini antara yang wajib dilakukan sebelum bercerai.



Kaunseling

Apabila perkahwinan dirasakan semakin goyah, maka sudah tiba rasanya pasangan suami isteri mencari pihak profesional atau berpengalaman dalam bidang kaunseling rumah tangga, dengan itu masalah lebih cepat diatasi.



Berpisah sementara

Ini adalah pilihan terbaik untuk pasangan yang mengalami konflik rumah tangga. Perpisahan sementara ini di lihat sebagai jambatan yang boleh membaiki hubungan suami isteri dan bukannya untuk menghindari masalah dan persoalan

Didalam isu rumahtangga, peranan suami dalam mendidik isteri dan anak-anak adalah sangat penting. Jika di didik dengan betul, kemungkinan besar kes penceraian boleh berkurangan. Sayangilah hubungan kekeluargaan, peliharalah hubungan yang sudah direstui Illahi.

Jangan mudah melatah dengan masalah kecil bahkan sama-sama mencari jalan penyelesaian bukan mencari jalan singkat yang akan memberi kesan dikemudian hari. Kongsikan artikel ini pada sahabat handai dan juga keluarga.

Lahirkan Keluarga Bahagia Melalui Urus Kewangan Dengan Baik






Banyak faktor yang menyumbang kebahagiaan hidup berkeluarga. Antaranya ialah kemampuan pengurusan kewangan yang teguh.

Sebuah keluarga perlu memiliki sumber kewangan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan mereka.




Belanja dengan berhemah

Sikap bersederhana dalam perbelanjaan menjadi tuntutan islam. Sikap berbelanja berlebih-lebihan adalah ditegah sama sekali dalam islam. Banyak keburukkan berlaku akibat sikap tersebut. Setiap rezeki yang diperolehi haruslah dibelanjakan kepada tujuan kebaikan. Pengurusan kewangan haruslah teratur, berhemah dan bijak.




Rezeki yang halal

Usaha mencari rezeki hendaklah dengan cara yang halal bagi memastikan keberkatan dalam hidup.




Rancang Perbelanjaan

Untuk mengelakkan berlakunya krisis kewangan, amalkan kaedah merancang perbelanjaan keluarga. Berbelanjalah hanya untuk keperluan sahaja. Pada masa yang sama, berusahalah menigkatkan perolehan rezeki yang halal.




Berusaha mencari rezeki

Sudah menjadi tanggungjawab kita mencari rezeki yang halal untuk isteri dan anak-anak. Jangan malas mencari rezeki kerana rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha.




Tingkatkan pendapatan

Berusahalah dengan lebih gigih, tingkatkan prestasi dan kemahiran adalah antara cara untuk mendapatkan rezeki lebih banyak bagi memenuhi keperluan keluarga. Usaha haruslah seiring dengan tuntutan syariat.




Tidak menunjuk-nunjuk

Tidak perlu menunjuk-nunjuk untuk mengelirukan orang lain tentang kemampuan sebenar. Ianya akan mendatangkan keburukan kepada diri sendiri dan keluarga.




Elak budaya hutang

Berhutang memang tidak ditegah dalam islam. Islam menegah mengambil hutang untuk tujuan bermewah-mewah. Sikap ini boleh memakan diri sendiri.




Menabung untuk keperluan akan datang

Wang lebih yang dimiliki sepatutnya disimpan untuk kegunaan pada masa terdesak.sentiasalah sematkan dihati bahawa ‘langit tidak selalunya cerah’ ada masa akan tiba saat mendungnya. Begitulah dengan kehidupan kita. Sebaiknya kita sentiasa dalam keadaan bersedia.

Suami Mimpi Isteri Kahwin Lain, Selepas Terjaga Dari Tidur





Saya seorang suami kepada 2 orang cahaya mata. Baru-baru ini saya bermimpi Isteri saya bernikah lagi satu dengan seorang lelaki dengan erti kata lain, saya telah dimadukan oleh Isteri saya sendiri. Di dalam mimpi itu Isteri saya memakai pakaian pengantin dan sedang bersiap hendak bernikah.

Dia mengarahkan saya untuk menjaga anak kami yang masih kecil. Kemudian setelah Isteri saya dan lelaki itu selesai dan selamat bernikah mereka pulang ke rumah yang saya tinggal sekarang dengan pakaian pengantin. Isteri sekali lagi mengarahkan saya untuk menjaga anak kami sementara Isteri hendak bersama dengan suami barunya.

Isteri berpesan supaya jangan ganggu ketika mereka tengah bersama dan mereka terus masuk ke bilik dan menguncinya. Ketika saya sedang menonton TV dekat ruang tamu saya terdengar gelak ketawa mereka di dalam bilik dan kadang-kadang bunyi suara merengek. Hati saya ketika itu sudah panas. Hanya Allah yang mengetahui betapa sakitnya hati ini. Saya dengan penuh rasa geram dan terus menolak pintu bilik dengan sekuat hati Bertambah geram dan marah apabila melihat mereka sedang bercumbuan di atas katil. Mengigil tubuh badan saya menahan marah. Tersedar dari Tidur dan mimpi itu saya mengucap panjang.

Tersedar dari tidur saya bangun dan lihat Isteri di sebelah saya terus cubit-cubit, tampar Isteri sambil menjerit. Walaupun saya tahu saya hanya bermimpi tapi saya tidak dapat menahan sakit hati. Saya tampar isteri sebab nak balas dendam sebab saya sakit hati. Isteri saya yang tengah sedap tidur terkejut dengan tindakan saya.

Walaupun kejadian ini sudah pun seminggu berlalu namun masih terasa sakit hati itu sehingga ketika menulis perkongsian ini pun hati masih lagi sakit. Allah, lamanya nak hilangkan sakit hati ini. Sekarang barulah saya sedar kenapa ramai wanita marah bila suami hendak berkahwin lain. Saya sudah merasainya walaupun hanya dalam mimpi. Kalaulah ditakdirkan wanita boleh berkahwin lebih dari satu rasanya saya tak sanggup. Ya Allah, betul-betul tak sanggup, mungkin ramai lelaki akan meroyan apabila perempuan boleh berkahwin lebih dari satu.

Jadi sedarlah suami-suami diluar sana, hati perempuan mana sanggup melihat suaminya bersama insan lain. Kalaulah ditakdirkan Isteri boleh bernikah lebih dari satu, anda pun tak sanggup rasanya melihat isteri bersama lelaki lain.

Sekadar luahan hati seorang suami. Jangan kecam saya, sekadar kongsi mimpi yang saya alami.



Sumber: facebook/Kisah Rumah Tangga

Tuesday, 25 April 2017

7 Penyakit Jika Anda Tak Cukup Tidur







Tidur adalah satu proses penting, tidur boleh mempengaruhi segala fungsi sistem di dalam tubuh badan kita.

Semak tujuh kesan kekurangan tidur yang perlu diketahui berikut ini.


Keletihan fizikal dan tekanan secara mental

Kekurangan tidur akan memberi kesan fizikal pada tubuh. Sama seperti pemakanan, tidur juga penting untuk merehatkan badan. Ketika tidur, tubuh akan memproses pembaharuan sel dan memperbaiki otot. Ini adalah masa bagi otak menyimpan semua maklumat yang telah diterima sepanjang hari. Kurang tidur menyebabkan keletihan serta tekanan.

Berat badan naik

Kurang tidur juga akan melambatkan sistem metabolisma, kerana proses mencerna gula yang akan terganggu. Kurang tidur menyebabkan meningkatnya rasa lapar pada jam-jam yang tidak teratur, dan badan mula menuntut lebih banyak makanan daripada apa yang diperlukan, sehingga akan menyebabkan kenaikan berat badan.

Pelupa

Tidak cukup tidur menghalang fungsi kognitif dan membuat otak tidak berfungsi dengan maksimum. Kerap terlupa dan bingung, dan apa yang anda perlu lakukan adalah semak semula jam tidur pada malam sebelumnya.

Kulit kusam

Orang yang kurang tidur lingkaran mata menjadi hitam dan tumbuh jerawat. Kekurangan tidur akan menyebabkan tubuh lebih banyak melepaskan hormon kortison. Hormon ini akan memecahkan kolagen di kulit, yang bertanggungjawab membuat kulit halus dan bersinar.

Kemurungan dan gangguan psikologi

Banyak kajian yang menunjukkan kurang tidur menyebabkan gangguan psikologi, termasuk kemurungan. Orang yang mengalami insomnia akan lebih terdedah terkena gangguan tersebut, berbanding dengan orang yang mendapat cukup tidur.

Penyakit kardiovaskular

Kurang tidur akan menyebabkan peningkatan hormon stres dalam tubuh. Ini menjejaskan kesihatan secara keseluruhan, termasuk pada jantung. Hormon stres boleh merosakkan pembuluh darah, yang akan menyebabkan tekanan darah tinggi.

Diabetes

Seperti disebut sebelum ini bahawa kurang tidur akan menyebabkan metabolisme tubuh berkurangan dan menurun, di mana akan mengurangkan kemampuan tubuh untuk mencerna glukosa. Dan, ini disebut akan menyebabkan diabetes serta obesiti.

Betulkah Tanda Badan Kita Masuk Angin Apabila Badan Kita Diurut Terus Sendawa?




By Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Angin adalah istilah bahasa melayu yang terlalu luas definisinya. Antara penggunaan istilah ini adalah untuk memerihal masalah berikut: sengal otot, lenguh sendi, kembung perut, dan sebagainya. Tak pasti menagapa semuanya dinamakan angin.

Jika angin yang dimaksudkan merujuk kepada masalah ketegangan otot selepas melakukan kerja berat, penukaran posisi mendadak atau silap bantal/tidur itu sebenarnya adalah myofascial knot.

Myofascial knot adalah kontraksi serat-serat otot berikutan radang yang lazimnya berlaku selepas otot tercedera akibat trauma seperti terlebih regang, atau koyak. Ia juga boleh berlaku akibat keletihan otot. Apabila ia berlaku, biasanya kita rasa seperti otot itu ketat, tegang dan sengal semasa melakukan pergerakan.

Berurut boleh melegakan myofascial knot jika tukang urut tahu di mana perlu diurut. Dalam perubatan moden, urutan dibuat oleh jurupulih fisioterapi terlatih menggunakan teknik urutan myofascial release. Teknik menggunakan anggota badan seperti jari dan siku atau penggolek untuk mengaplikasikan tekanan pada myofascial knot tersebut.

Myofascial knot juga boleh dilegakan dengan rawatan dry needling — penggunaan jarum halus yang dicucuk untuk memberi ransangan pada fascia yang terlibat. Teknik ini hampir serupa dengan teknik akupuntur tetapi tidak melibatkan konsep aliran chi dalam badan. Dry needling juga dikenali sebagai akupuntur barat.

Selain itu, modaliti fizikal juga boleh membantu. Contoh modaliti fizikal adalah seperti stimulasi elektrik dan penggunaan therapeutic ultrasound.

Berbalik kepada soalan. Apabila kita berasa sakit-sakit badan, sengal-sengal otot, kita pun pergi berurut. Semasa berurut, kita sendawa dan susulan itu kesakitan itu menjadi semakin lega. Oleh kerana itu, masyarakat kita panggil simptom sakit badan itu sebagai angin.

Apa yang menarikya, fenomena sendawa semasa berurut ini adalah fenomena yang hanya mahsyur di dalam batasan geografi dan kebudayaan Asia Tenggara. Jika anda ke negara Eropah misalnya, chiropractor (tukang urut bertauliah) di sana akan mengatakan ia fenomena langka buat mereka. Oleh itu, ia mungkin lebih kepada budaya dan amalan setempat.

Pelbagai teori telah diketengahkan untuk menjelaskan fenomena ini.

Teori respon “rehat dan hadam” membawa hipotesis bahawa urutan meransang sistem saraf parasimpatetik. Parasimpatetik bertanggungjawab atas pengaktifan penghasilan air liur dan air mata, penghadaman, serta perkumuhan kencing dan najis. Pengaktifan sistem penghadaman dan perkumuhan secara tidak langsung boleh menyebabkan sendawa itu berlaku.

Teori aerophagia pula mengetengahkan konsep penelanan udara. Semasa tekanan diberi oleh pengurut ke atas anggota tubuh pesakit, ia mendatangkan rasa sakit. Respon normal bagi menahan sakit adalah menarik nafas panjang kemudian menahan nafas itu. Semasa proses ini berlaku, ada kebarangkalian pesakit menelan udara nafas yang ditahan itu tanpa disedari. Apabila sudah cukup banyak udara yang ditelan ke dalam perut, ia akan ditolak keluar oleh otot perut dan terhasillah sendawa.

Namun begitu, semua teori-teori ini adalah penjelasan teoritikal dan masih memerlukan kajian yang lebih menyeluruh untuk membuktikan kebenarannya. Apa yang pasti, sendawa ketika berurut itu bukanlah akibat tubuh dipenuhi angin.

Melainkan angin yang dimaksudkan itu merujuk kepada kembung perut akibat masalah penghadaman.

8 Tips Nak Tengok Perangai Sebenar Seseorang Itu...

gambar hiasan



By Dr. Yazid Zul




1. Tengok dia cerita benda baik atau buruk

Kalau dia selalu puji dan cerita baik pasal orang lain, bermaksud dia seorang yang okay. Tetapi sekiranya dia sentiasa kutuk ibu bapa dia, guru dia atau kawan-kawan dia, maka ketahuilah bahawa dia juga kutuk anda belakang anda.




2. Tengok perangai dia sewaktu marah

Kalau nak tengok akhlak seseorang calon tu, tengoklah perangai dia waktu dia marah. Cara dia layan orang yang dia benci.

Jangan tengok cara dia layan best friend, famili atau orang yang dia sayang. Hitler pun layan elok orang yang dia sayang.

Nabi SAW berpesan bahawa orang yang kuat bukanlah orang yang paling pandai bertumbuk tapi orang yang paling penyabar.

Kalau dia nampak alim pun, kalau bahasanya kesat dan hina bila dia marah, hati-hatilah.

Sebabnya dia akan guna bahasa jenis tu ke atas anda bila dia marah kat anda.




3. Tanya orang yang musafir dengannya

Zaman Saidina Umar dulu, seorang laki ni nak jadi penjamin. Saidina Umar tanya bakal penjamin tu samada dia kenal betul orang yang nak dijamin. Rupanya, tak kenal sangat.

Saidina Umar tanya samada pernah travel bersama pasal ini membolehkan kita kenal dia. Pun tak pernah.

Rupanya, bakal penjamin tu sanggup jadi penjamin pasal orang yang nak dijaminnya tu nampak alim dan kaki masjid.

Saidina Umar suruh orang tu balik dan jangan jadi penjamin pasal sebenarnya orang tu tak kenal pun orang yang nak dijaminnya.




4. Pastikan orang tu takde ciri munafik

Orang munafik ni bila dia janji kat orang, dia khianat.

Bila bercakap, dia menipu.

Bila bergaduh, dia berlebih-lebihan.




5. Tengok cara dia handle power

Tengok perangai dan kelaku dia bila dia diberi kuasa. Kalau dia sibuk jatuhkan orang, buat duit atau aniaya orang, itulah wajah sebenar dia.




6. Tengok circle kawan-kawan dia

Tengok siapa members dia. Dia luang masa dengan siapa. Kalau kawan dia jenis yang positif dan konstruktif, dia pun gitu. Kalau kawan kawan dia jenis perasan maksum dan mengamuk bila ditegur, dia pun gitu.




7. Bahasa

Tengok jenis bahasa dan ayat yang dipilih. Kalau dia jenis yang lembut, positif dan friendly, kita akan nampak daripada bahasa dia.

Kita rasa seronok berbual dengan dia. Kalau dia jenis bahasa teruk, orang sanggup tukar jalan dari bertembung dengan dia.




8. Satu tips last…

Jangan sesekali judge seseorang based on kecantikan fizikal dia semata-mata.

The truth is, everyone is beautiful. It just takes the right person to see it.

Wassalam

Silap Saya Kahwin Suami Kawan Baik Sendiri...





Saya sedang berduka lara angkara sikap madu saya yang enggan membenarkan suami pulang ke rumah saya. Saya tahu silap saya mengahwini suami kawan baik saya sendiri.

Tetapi siapa saya untuk menolak takdir?

Saya janda anak tiga sebelum berkahwin dengan suami sekarang.

Suami merupakan suami kawan baik saya. Sebelum ini saya selalu datang ke rumah dia dan banyak mengandu tentang masalah saya kepada dia.

Sehinggalah suatu hari, suami dia SMS saya untuk berborak. Dari SMS, kami semakin rapat dan selalu berjumpa. Saya sudah cuba untuk melawan tetapi nak buat macam mana? Jodoh kami.

Kami ambil keputusan untuk berkahwin di sempadan untuk mengelakkan diketahui kawan saya.

Selepas perkahwinan kami, kawan baik saya mendapat tahu lalu dia mengamuk seperti orang gila. Dia paksa suami ceraikan dia, tetapi suami tidak sanggup kerana anak-anak.

Hari berganti hari, dia tetap membeci saya sehingga tidak membenarkan suami datang menjenguk saya. Apa yang menyedihkan saya, suami pun tidak lagi berani untuk datang berjumpa saya. Malah, setiap panggilan telefon saya tidak dijawabnya.

Saya naik angin lalu datang bersemuka dengan madu yang juga bekas kawan baik saya.

Saya dihina, dicerca macam-macam. Suami pula tidak mempertahankan saya. Sebaliknya memberikan kata dua untuk melepaskan saya. Hati siapa yang tidak hancur?

Saya sedih sangat, pengorbanan saya tinggalkan anak-anak semasa ikut dia, tidak dihargai. Saya dibuang seperti kain buruk.

Tolonglah, jangan cerca saya. Bagilah kata-kata semangat kepada saya.

Suami Teruja Dah Jadi Ayah, Sampai Terlupa Pula..




Cerita ni last month. Masa tu saya nak lahirkan anak, yang paling berdebar.. berpeluh & sejuk tangan tu suami saya padahal yang nak meneran ni saya.

Doctor pun tergelak masa tu sebab suami saya yang minum air zam zam sambil sambil suruh saya push push. haha. Bila lahir ja anak, suami saya cepat cepat ambil gambar doctor potong tali pusat, gambar keluarkan uri, gambar anak menangis & gambar semua nurse dalam tu & selfie kami berdua.

Dekat 10 keping jugaklah untuk 1 moment tu….

Masa saya tengok suami time tu demi ALLAH saya nampak muka suami saya bahagia sangat. Air mata dia keluar. Dia tak putus putus intai anak kami yang tengah dibersihkan tu. Sayu ja hati saya tengok betapa happynya suami bila dah jadi ayah ni.

Tapi tulah!

Dia terlupa apa yang patut buat sesudah lahirkan anak. Azan kemana… cium saya kemana… huhu. Semuanya tak tercontrol.. huhhu.

Walaupun penat lahirkan anak, tapi keadaan dalam labour room tu macam pesta disebabkan suami saya yang excited ni.. huhu.

Tips APA YANG SUAMI & ISTERI KENA BUAT SELEPAS SESAAT MELAHIRKAN ANAK =) :

Suami…. tolong buat : =)

1. Kucup dahi isteri… ucapkan thank you sebab dah lahirkan zuriat buat anda… kalau nak peluk tu berpada pada… Jangan sampai panjat katil… Takut free free kena sound dgn nurse kat situ =P

2. Dakap anak Azan & Iqamat – Bertujuan untuk mengelakkan syaitan yang dah standby tunggu nak sesatkan anak (Ummu Sibyan).

3. Suapkan kurma & air zam zam buat isteri – Selepas banyak habis tenaga meneran ni… isteri anda akan sangat best kalau suaminya suapkan makanan sunnah ni. Masa suap suap tu… usik usiklah wife “pandainyeee ayang meneran tadi”… walaupun hanya anda & doktor ja tau keadaan wife meneran.. hehe

4. Make sure segala kelengkapan tersedia – Kalau isteri anda melahirkan anak di private hospital.. anda maybe boleh tinggal & bermalam bersama…

5. Click click! – Incik suami boleh click click moment yang best ni… nanti boleh tunjuk pada anak… mesti dia happy tengok mak ayahnya happy dengan kehadirannya. Tapi janganlah sampai ambik gambar & lupa nak azan & iqamatkan anak… hehe

6. Katakan di government hospital… suami maybe dapat melawat isteri & anak tyme tertentu saja. Apapun… pastikan kelengkapan seperti air masak…. biskut… makanan ringan.. susu & ubatnya diletakkan di tempat yang isteri anda tahu =) .

7. Surprise – Ni ramai yang tak pernah buat.. lepas lahirkan maka bermulalah proses memulihkan kesihatan ibu & anak pulak.. sometimes ramai yang lupa… tyme nilah suami kena romantik dengan isteri. Cuba hadiahkan bunga atau apa saja buat wife sebagai tanda anda hargai dia. Ingat ni incik incik suami… kalau incik incik suami tak ‘tangkap & pegang’ wife tu kuat kuat… nanti dia dok layan anak & lupa kat suami =P

Isteri tolong buat : =)

1. Dakap anak kedada mommy.. berikan dia susu. Make sure dia dapat semua colostrum dari mommy. Ia penting untuk melawan penyakit pada bayi.

2. Percaya ada susu – Mommy make sure mommy pegang niat untuk terus menyusu anak sehingga 2 tahun. Kalau tiba tiba ada nurse datang nak bagi tunjuk ajar sambil sentuh sentuh cik B tu mommy jangan kekok pulak… dia nak tunjuk cara yang betul menyusukan anak =)

3. Kawal rasa sakit – Maybe mommy menerima pethidine.. entonox atau epidural. ketahui kesan ubat ubat ni… so mommy akan lebih bersedia. (rujuk page 109 & 110 buku 9bulan10hari mengenai kemungkinan kemungkinan yang mommy akan lalui dalam labour room nanti)

4. Letakkan surah disebelah mommy dan bayi – Since mommy dalam keadaan tak suci… ini amalan yang saya selalu pesan kepada semua. Mainkan bacaan yaasin dari phone…. But make sure letak jauh dari bayi mommy. naikkan volume sedikit kuat… agar dia dan mommy dapat dengar alunan Al Quran ini.
Ketahuilah… syaitan.. iblis & sekutunya sukaaaa sangat sangat mommy yang baik yang pegang niat yang baik baik untuk zuriat mommy. so pastikan zikir & alunan Al Quran ini sentiasa menjadi pendinding buat mommy & anak.

5. Mommy Ultraman – Sebaik melahirkan anak… mommy kena percaya that anak mommy hanya ada mommy & ayahnya. Mommy kena fikir yang baik baik untuk anak mommy. Mommy kena tahu.. bila anak menangis… dia nak sangat sangat ibunya ada dengannya. Selamat menjadi Ultraman terhebat buat anak anak =)

Kredit : 9bulan10hari