728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 14 April 2017

    100,000 Tak Bayar Bil Telefon Dalam Senarai CTOS

    gambar hiasan



    Persatuan Pemilik-Pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) menyasarkan lebih 30,000 pengguna di Malaysia akan dikeluarkan daripada senarai hitam Data Systems Sdn Bhd (CTOS) dalam tempoh tiga tahun.

    Sasaran berkenaan dibuat menerusi ‘Kempen Mengeluarkan Pengguna daripada Senarai Hitam Oleh Syarikat Telekomunikasi (telco) yang akan berterusan bermula hari ini.

    Presidennya  Mohd Ali Ibrahim, berkata kempen berkenaan bertujuan mengurangkan beban pengguna yang mempunyai masalah membabitkan bil telefon.

    Katanya, pengguna yang disenarai hitam kerana tidak menjelaskan bil telefon bimbit mereka boleh berurusan dengan persatuan itu untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

    “Hingga kini, seramai 100,000 pengguna disenarai hitam oleh syarikat telco disebabkan hutang bil yang tidak dijelaskan, sekali gus ia menyukarkan mereka untuk buat pinjaman dan sebagainya.

    “Kebanyakan daripada mereka enggan membayar berikutan terdapat caj yang tidak munasabah dikenakan sehingga mencecah ribuan ringgit,” katanya pada pelancaran kempen di Kuala Lumpur, Khamis.

    Yang turut hadir, Pengerusi persatuan itu Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani.

    Sementara itu, Mohd Ali berkata, pihaknya akan membuka gerai pameran di pusat beli-belah dan pengguna berpeluang mengadu masalah mereka untuk dibawa berbincang dengan pihak telco berkaitan.

    “Pengguna juga boleh menghubungi pihak PERBIT melalui talian 012-2462043, 016-6878490 dan 016-3329664 dengan menghantar nama, nombor telefon, telco dan model telefon menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya lagi.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 100,000 Tak Bayar Bil Telefon Dalam Senarai CTOS Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top