728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 14 April 2017

    Produk Muslim Diiktiraf Dunia, Neelofa Tersenyum Puas



    Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa terharu menjadi antara 300 individu yang tersenarai dalam majalah Forbes 30 Under 30 Asia 2017.


    Lebih mengujakan, selebriti berusia 28 tahun itu turut terpilih bersama sembilan individu dalam senarai berkenaan untuk melakukan sesi fotografi dan temubual eksklusif.


    "Pihak Forbes menghubungi saya menerusi emel pada Februari lalu diikuti panggilan telefon sebagai pengesahan.


    "Kemudian, saya ditemubual pengarang dari ibu pejabat Forbes di Hong Kong melalui telefon dan mereka turut menghantar beberapa soalan," katanya selepas pelancaran program realiti web #FollowLofa, di sini, hari ini.


    Hampir tiga tahun mengusahakan pakaian muslimah, pelakon drama bersiri popular Suri Hati Mr Pilot itu masih menganggap dirinya baru dalam bidang perniagaan.


    "Saya pernah menang beberapa anugerah membabitkan keusahawanan, tetapi tidak sangka pencapaian saya turut diiktiraf majalah berprestij itu.


    "Peluang ini memang mengujakan dan rakan sekolah yang sudah lama tidak berhubung serta guru turut mengucapkan tahniah," katanya.


    Mengenai #FollowLofa, program realiti enam episod itu boleh disaksikan di laman web www.hurr.tv setiap Rabu mulai 26 April ini, jam 6 petang.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Produk Muslim Diiktiraf Dunia, Neelofa Tersenyum Puas Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top