728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 10 April 2017

    10 Ciptaan Nenek Moyang Kita Yang Hebat Hingga Mengubah Dunia




    Kita sudah terlalu biasa terdedah dengan teknologi moden sehingga kita kurang mengambil berat berkenaan teknologi-teknologi asas yang menyumbang kepada apa yang kita perolehi sekarang. Berikut adalah senarai yang 10 teknologi paling penting kepada dunia moden:




    1. Mentol

    Ciptaan mentol oleh Thomas Edison telah banyak membantu kita sehingga kini. Ini membolehkan perubahan pada jadual hidup ramai orang kerana kini orang ramai dapat berjaga lebih lama berbanding sebelumnya.









    2. Kereta

    Henry Ford merupakan seorang pencipta dan usahawan berjaya di zamannya. Beliau juga merupakan manusia pertama yang berjaya hasilkan kenderaan yang bergerak secara mekanikal. Sehingga kini kereta Ford masih gah di pasaran dan beliau merubah dunia perindustrian kereta dan kilang pemasangannya bermula pada tahun 1908.







    3. Transistor

    Dalam kebanyakan rekaan, kita tidak dapat melupakan ciptaan transistor. Dunia elektronik dan komputer mungkin tidak akan semaju sekarang sekiranya transistor tidak dihasilkan. Transistor dicipta oleh 3 saintis iaitu William Shockley, Walter Brattain dan John Bardeen dan melayakkan mereka menerima Anugerah Nobel Fizik pada tahun 1956 atas kejayaan mereka.













    4. Satelit Komunikasi

    Satelit komunikasi pertama dunia dicipta oleh unit ketenteraan Amerika dan dilancarkan ke angkasa lepas pada tahun 1958 untuk tujuan peperangan. Kini, penggunaan satelit digunakan lebih meluas lagi untuk komunikasi yang lebih efisyen.










    5. Imbasan Magnetic Resonan (MRI)
    Jutaan nyawa manusia dapat diselamatkan dengan terciptanya alat pengimbas berasaskan Magnetik Resonan yang dapat mengimbas pesakit keseluruhan badannya tanpa sedikit rasa sakit. Ciptaan menakjubkan ini direka oleh saintis Amerika iaitu Raymond Damadian berdasarkan kajiannya tentang Prinsip Magnetik Resonan Nuklear. Alat pengimbas MRI pertama digunakan secara komersial pada tahun 1977.














    6. Internet
    Sebenarnya terlalu ramai penyelidik yang membangunkan teknologi Internet ini. Namun, kebanyakan orang merujuk kepada seorang saintis bernama Lawrence Roberts sebagai Bapa Kepada Internet. Pada sekitar tahun 1960-an, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat melalui sebuah bahagian yang dinamakan ARPA atau Advanced Research Projects Agency mencipta sejenis sistem komunikasi data menerusi pengkalan komputer yang menghubungkan kesemua komputer dalam agensi tersebut.





    7. Teknologi Laser
    Laser tergolong dalam antara salah satu ciptaan paling praktikal dan berjaya dalam abad ke-20 di Amerika dengan aplikasinya yang pelbagai dan potensi bisnes teknologi yang diperolehi daripadanya. Albert Einstein mula menerangkan sifat-sifat laser seawal tahun 1917 sehinggalah pada tahun 1960 sekumpulan saintis di Hughes Research Laboratories di California melaporkan kajian mereka tentang keupayaan dan fenomena LASER. Hari ini penggunaan laser digunakan meluas untuk mendengar CD atau menonton DVD, melakukan pembedahan mata (LASIK), mengimbas barcode, sistem pencahayaan di konsert-konsert muzik dan sudah tentu lampu-lampu laser yang terang.





    8. Telefon
    Apabila bercerita berkenaan telefon, kita akan bercerita mengenai Alexander Graham Bell tetapi tahukah anda, Bell bukanlah satu-satunya orang yang mencipta bagaimana maklumat boleh disalurkan melalui wayar? Bell adalah orang pertama yang membuat permohonan paten untuk teknologi itu pada tahun 1876. Hasil ciptaan beliau yang telah dipatenkan itu merevolusikan bagaimana manusia berhubung dan kini perhubungan jarak jauh tanpa watar menjadi kenyataan.





    9. Mesin Pencetak
    Johanned Guternberg memperkenalkan mesin cetak yang berfungsi secara mekanikal pada tahun 1440 walaupun ada percubaan untuk melakukan perkara yang sama di Korea dan China. Guternberg berjaya mencipta mesin pertama yang memindahkan dakwat dari blok pencetak ke kertas secara mekanikal dan selaras dengan pengenalan teknologi itu, proses percetakan menjadi semakin mudah dan buku semakin banyak mampu dihasilkan.





    10. Kapal Terbang
    Dua Bersaudara Oliver dan Wilbur Wright dari Ohio merupakan orang yang pertama menerbangkan pesawat pada tahun 1903. Kejayaan mereka telah mendorong penerokaan dunia pesawat terbang yang telah memendekkan masa perjalanan manusia dari satu benua ke benua lain. Terbang selama 12 saat di kawasan lapang berangin di North Carolina, era sains dan teknologi selepas itu tidak lagi menoleh ke belakang.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 10 Ciptaan Nenek Moyang Kita Yang Hebat Hingga Mengubah Dunia Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top