Netizen di Malaysia memang sangat caring kerana mereka sentiasa bersikap mengambil tahu dan memperbetulkan kesilapan orang lain terutamanya di laman-laman media sosial.
Semalam telah berlangsung sidang media Anugerah Meletop 2017 yang bakal menampilkan Johan bersama-sama dengan pengacara program Meletop, Neelofa dan Nabil.
Namun, ramai yang kurang senang dengan penampilan Neelofa semasa sidang media tersebut. Neelofa yang hadir ke program tersebut mengenakan sepasang jeans berwarna cair dikritik kerana potongan jeans tersebut yang dilihat ketat dan kurang sopan untuk dipadankan dengan imej wanita berhijab beliau, lebih-lebih lagi setelah beliau kini bergelar seorang hajjah.
Beberapa keping foto Neelofa yang dikongsi di laman rasmi Instagram ERA fm itu dikecam hebat oleh netizen. Ketat sangat ke? Berikut antara komen peminat yang prihatin.
Sedih tengok hajjah macam ni
Dituduh guna gelaran hajjah untuk jual tudung
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci