728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 15 March 2017

    Syabu Seberat 6.1 Kg Dalam Tong Hitam




    Lelaki warga Sri Lanka ditahan bersama teman wanitanya selepas polis menemui 6.1 kilogram syabu bernilai anggaran RM730,000 di rumah mereka, di Pandan Jaya.

    Dadah berkenaan ditemui disimpan di dalam tong hitam bersama 13 paket serbuk kristal dalam serbuan pada 12.40 tengah malam semalam.

    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata pemeriksaan lanjut polis turut menemui 51 pil disyaki dadah jenis Eramin5 di dalam rumah suspek.

    Katanya, siasatan awal, suspek masuk ke negara ini menggunakan kad UNHCR, sejak 10 tahun lalu.

    Menurutnya, wanita tempatan berusia 30-an yang ditahan itu pula didapati bekerja di pusat hiburan.

    "Kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka direman sehingga Isnin depan untuk disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media di IPD Ampang Jaya, hari ini.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Syabu Seberat 6.1 Kg Dalam Tong Hitam Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top