Seorang pekerja kilang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol ibu kandungnya.
Lelaki berusia 21 tahun itu mengaku tidak bersalah di atas tuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Dia dituduh merogol ibunya yang berusia 49 tahun di rumah mereka kira-kira jam 7 malam 8 Mac lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang, agama dan hukum adat dan kebiasaan untuk tertuduh berkahwin dengannya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Safiyatun Ahmadun di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail manakala tertuduh diwakili peguam, Kathan Maruthamuthu dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Hakim kemudian mengenakan ikat jamin sebanyak RM8,000 sehingga kes disebut semula pada 21 April depan. Tertuduh gagal membayar wang jaminan berkenaan.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci