ByMushlyma Dyman
Pada usia 22 tahun, saya buktikan gaji rendah bukan penghalang untuk membeli rumah. Korang rasa gaji RM1,400 kerja dekat cafe Coffee Bean, layak ke tidak beli rumah?
Dulu aku rasa memang tak layak, kena hina ada la. Siap cakap mampu ker dengan gaji rendah tu nak berangan beli rumah. Mula-mula tuh, aku rasa cam mustahil. Korang pun rasa mustahil kan. Mission Impossible.
Tapi aku nak kongsi dengan korang, macam mana gaji aku RM1,400 dapat beli rumah ‘low cost’ RM110k.
Aku kenal seorang mamat ni selalu lepak dekat tempat aku kerja. Dalam sehari lima enam kali order air. Dalam seminggu, aku perasan mamat ni akan jumpa orang berlainan setiap masa. Memang tak henti-henti.
Pelik. Kalau regular customer , paling kerap nampak pun dua tiga hari kemudian. Tapi mamat ni, setiap hari datang sampailah aku beranikan diri tegur. Bila tanya macam-macam dekat dia, aku respect betul. Dia sangat sabar dengan pertanyaan aku.
Aku segan jugak cakap dengan dia, gaji RM1,400 jer. Tak macam orang lain. Berangan nak rumah sendiri tapi tak ukur gaji sendiri mampu ke tidak beli.
Aku memang nekad nak beli rumah, dan mamat ni guide aku dari awal sampai akhir. Time hantar permohonan, tiga kali kena reject bank, korang rasa? Masa ni aku down giler weh.
Dari customer, mamat ni jadi guru hartanah aku. Respect giler, segala menda pasal hartanah, dalam tangan dia. Dia juga tolong aku dari A sampai Z, sampai aku pegang kunci rumah sendiri pada tahun 2016.
Ikut apa yang sifu ajar sampai ejen rumah terpaku, dia ingat aku ni dah beli banyak hartanah.
Tapi korang tahu tak, gaji korang yang RM1,400 waima RM3,000 mampu beli rumah macam aku.
Ada yang tak percaya, umur 22 tahun dapat beli rumah, dah la gaji ciput. Kena cop penipu pun ada.
Aku yang gaji rendah ni beringat, korang tak rasa rugi ka. Aku dengan suami memang nekad, sebab pikir sampai bila nak menyewa.
Korang pikir mak bapak aku support ka semua ni. Simpanan wajib RM500 buat ASB Financing, bukan buat joli.
Makan bawa bekal, pergi kerja naik motor bersama suami. Kami memang ikat perut nak beli rumah.
Bukan senang nak dapat apa yang kita mahu. Tapi korang kena ada ilmu sebelum beli rumah, jangan main beli jer.
Yang ni korang kena beringat, nanti tak pasal kena tipu.
- Asingkan simpanan dengan perbelanjaan
- Jangan ada komitmen bulanan seperti Internet, loan peribadi (selain ASB Financing)
- Bawa bekal, kebersihan terjamin.
- Main kutu (tabung kecemasan)
- Naik motor, lebih romantis.
- Beli kereta second hand, cash. Jangan kumpul hutang.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci