728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 24 March 2017

    Pengodam Dedah Cara Godam Telefon Trump



    PRESIDEN baharu Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mungkin merupakan individu paling berkuasa di dunia, tetapi status itu tidak bermakna beliau terlepas daripada ancaman dan ugutan pihak yang membencinya, termasuk kumpulan penggodam terkemuka, Anonymous.

    Terbaharu, kumpulan penggodam itu meminta masyarakat dunia untuk bertindak menggulingkan rejim Trump dengan memboikot dan menyekat ekonomi AS.

    Selain itu, Anonymous menggesa kumpulan pekerja Amerika agar melancarkan mogok supaya Trump tunduk kepada kehendak rakyat.

    Malah kumpulan penggodam itu berkongsi cara untuk menggodam telefon pintar Android milik Trump serta mengancam mahu menyebarkan maklumat dalam gajet tersebut.

    “Samsung Galaxy S3 tidak mempunyai ketetapan keselamatan bagi golongan remaja dan digunakan oleh pemimpin berkuasa dunia.

    “Sistem operasi telefon itu (4.4) sudah ketinggalan dan mudah digodam.

    “Kami hanya menunggu Trump ‘termakan’ umpan menerusi pautan yang kami sebarkan,” jelas Anonymous menerusi laman Twitter.

    Dalam satu lagi akaun Twitter yang mempunyai kaitan dengan kumpulan penggodam itu, mereka mendedahkan hubungan Trump dengan Rusia.

    “Anda (Trump) mempunyai talian kewangan dan hubungan dengan kumpulan penjenayah Rusia, sindiket penyeludupan kanak-kanak dan lintah darat,” jelas kenyataan tersebut.-MS

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Pengodam Dedah Cara Godam Telefon Trump Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top