728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 22 March 2017

    Masalah Hidung Sensitif





    Pernahkah anda atau ahli keluarga terdekat mengalami masalah hidung sensitif? Rasa hidung tersumbat atau berair apabila terdedah kepada habuk? Kerap bersin pada waktu pagi, malah gatal-gatal serta rasa tidak selesa apabila terhidu sesuatu yang ‘tajam’? Jika semua jawapannya ya, anda mungkin mengalami masalah hidung sensitif atau rinitis alergi.


    Hidung berair atau kerap bersin sering dianggap sebagai masalah ringan. Namun mereka yang mengalaminya kerap menderita dalam diam. Kehidupan pesakit terjejas kerana mereka sukar bernafas dengan selesa, menghidu bau, tidur dan belajar dengan tenang. “Deria bau manusia mampu mengesan lebih kurang satu trilion bau yang berlainan. 

    Namun demikian, lebih kurang 30% populasi dunia daripada pelbagai peringkat umur dan etnik terpaksa berhadapan dengan masalah rinitis alergi yang mengganggu deria bau,” ujar ahli farmasi, Datin Swanee Teh sambil menyimpulkan hampir 1 daripada setiap 3 rakyat Malaysia mengalami masalah itu.



    GEJALA KLASIK
    Simptom-simptom rinitis alergi adalah:
    - Bersin
    - Hidung berair (rinorea)
    - Hidung tersumbat
    - Nafas berbunyi
    - Mata merah dan berair
    - Sakit tekak
    - Sakit kepala
    - Batuk kering yang kronik




    Tambah Pakar Perunding Otorinolaringologi – Pakar Bedah Kepala dan Leher, Dr. Azida Zainal Anuar pula, “Hampir separuh daripada pesakit rinitis alergi juga menghidap asma, kerana kedua-dua penyakit ini mengganggu fungsi saluran pernafasan yang sama. Hidung berperanan membersihkan udara yang kita sedut sebelum ia sampai ke paru-paru. Jika hidung sentiasa mengalami keradangan, ia tidak berupaya melaksanakan fungsi penting ini dan paru-paru akan menanggung akibatnya. Melainkan rinitis alergi dapat dikawal dengan baik, satu daripada setiap tiga pesakit yang mengalami keadaan ini lambat-laun akan menghidap asma.


    Walaupun ramai orang percaya bahawa rinitis alergi dan sinusitis berlaku disebabkan alergen yang terdapat di persekitaran seperti debu hama, bulu haiwan peliharaan, kulapuk dan debunga tumbuhan, punca sebenarnya melibatkan perubahan sistem imun individu yang menjadi hipersensitif dan keadaan ini amat dipengaruhi oleh faktor genetik.


    “Berbanding orang-orang yang perlu mengharungi kehidupan harian dengan penyakit atau sakit kronik, pesakit yang mengalami hidung sensitif atau sinusitis sering ketinggalan dalam aktiviti harian seperti bersosial dengan rakan-rakan di sekolah atau di tempat kerja disebabkan masalah hidung mereka. Oleh sebab itu, tidak hairanlah pesakit yang mengalami masalah hidung sensitif sering mengasingkan diri,” ulas Pakar Psikologi Klinikal, Dr. Priyadarshini Srinivasan Maharkonda


    ALTERNATIF


    Pesakit hidung sensitif sebenarnya mempunyai peluang untuk menikmati kehidupan dengan fungsi hidung yang normal. Matlamat rawatan adalah untuk mengurangkan simptom alahan serta meningkatkan kualiti kehidupan tanpa kesan sampingan jangka panjang. Untuk mencapai matlamat ini dengan berkesan, terapi semula jadi seperti Lectranal® dapat membantu. Kajian mengenai Lectranal® diterbitkan dalam jurnal Phytotherapy Research pada 2010, dan rawatan Lectranal® telah terbukti berjaya mengurangkan sehingga 70% masalah hidung sensitif selepas rawatan selama dua bulan.


    Sekumpulan saintis di Ruder Boskovic Centre, Zagreb, Croatia, telah berjaya merumus bahan aktif Lectranal® daripada ekstrak akar astragalus semula jadi. Lectranal® bertindak secara berbeza daripada ubat-ubat seperti antihistamina yang hanya mengeringkan hidung berair tetapi membiarkan sistem imun terus berada dalam keadaan hipersensitif. Ekstrak herba berpaten ini juga terbukti dapat membantu sistem imun mengingati jenis alergen supaya ia dapat bertindak balas terhadap alergen tertentu pada masa hadapan tanpa menyebabkan kemunculan tanda masalah hidung yang tidak menyenangkan.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Masalah Hidung Sensitif Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top