728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 22 March 2017

    'Mak Suruh Baiki Jika Ada Masalah, Bukan Suruh Tambah Cawangan'




    ByNurulbadiah Lai



    Orang selalu cakap dalam rumahtangga kalau ada masalah antara ibu dan menantu, orang akan cakap yang ibu hanya ada satu, isteri boleh cari lain.



    Tapi mak saya memang pantang dengar ayat ini. Mak saya cakap, memang ibu hanya ada satu, isteri yang dinikahi pun sekarang hanya ada satu. Jangan sebab kerana ini, sampai tergadai isteri dan jangan sebab sayangkan isteri, tergadai tanggungjawab terhadap ibu. Kita wajib taat pada ibu kita, tetapi kita berdosa kalau kita aniaya isteri kita.


    Mak selalu pesan pada adik-adik lelaki bahawa sebagai lelaki kena ada pendirian dan bersikap bijak. Perlu tahu imbangkan antara dua. Mak kata kalau ada masalah dengan isteri kena baiki bukan buang dan cari lain. Jangan sesekali ada dalam fikiran bahawa isteri boleh cari lain kalau terjadi apa-apa pertelingkahan di dalam keluarga walaupun memang benar, pada hakikatnya isteri memang boleh diganti lain tetapi tiada seorang pun ibu bapa pun di dalam dunia ini yang mahukan anak perempuannya dijadikan seperti kain buruk.


    Ibarat seperti kain buruk, masa baru pakai, bila sudah buruk, dibuang. Sepatutnya dibaiki dulu, kalau rosak lagi, baiki lagi sampailah tidak boleh dibaiki lagi.


    Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tidak terluka. Mak saya ada ramai anak lelaki,  jadi mak memang tidak masuk campur dalam urusan rumah tangga mereka sebab mak selalu pesan, sebagai mentua, jangan masuk campur urusan anak menantu, sebagai ibu, kita hanya perlu memberi pendapat kita hanya bila diminta. Campur tangan kita sebagai ibu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.


    Bagi mak pegang, nak marah kena marah anak sendiri, jangan marah anak orang. Bagi nasihat berkenaan hal rumah tangga anak hanya bila diminta. Perlu selalu ingatkan anak untuk melayan isteri dengan baik. Saya sebagai anak perempuan pun mak pesan berpuluh kali supaya layan dan hormatkan suami. Biarkan anak menantu buat keputusan sendiri berkenaan hal rumah tangga.


    Saya selalu bertanya, kenapa mak sangat bersikap terbuka dalam hal begini? Sangat positif dan bertolak ansur dengan menantu. Kadang-kadang, mak lagi sokong apa yang menantu buat berbanding apa yang anak buat.


    Mak cakap, apa yang mak fikir tentang anak menantu mak akan terbalikkan pada diri mak sebab mak pun seorang isteri dan ibu. Apa yang mak mahu cakapkan pada menantu, mak akan terbalikkan ayat itu terlebih dulu pada diri mak. Kena hati-hati sebelum mahu cakap apa-apa kerana hidup bukan hanya untuk diri mak saja. Ianya berkait rapat dengan orang sekeliling.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 'Mak Suruh Baiki Jika Ada Masalah, Bukan Suruh Tambah Cawangan' Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top