728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 22 March 2017

    'Dia Malas Dan Tak Pandai Pasang Badan, Sebab Tu Aku Rampas Suami Dia'




    Saya bercinta dengan suami orang dan sekarang dia sudah pun bercerai dengan bekas isteri dia pada bulan Disember 2016. Sudah agak lama dari tahun lepas bulan 4.



    Permulaannya, lelaki yang bernama A itu sering mengacau dan mengusik saya. Lama kelamaan, saya pun sudah lemah dengan dia dan saya sudah beberapa kali terlanjur dengan A.


    Selama itu juga, bekas isteri A ini bertahan dengan A walaupun tahu yang saya mempunyai hubungan dengan A ini sebab mahu mempertahankan rumahtangga dan kasihankan anak-anak yang berumur setahun dan dua tahun.


    Kami pernah berjumpa dengan wife A dan saya sendiri tidak mampu untuk tinggalkan A sebab hati dan perasaan saya pada A ini terlalu kuat dan A pun memang sayangkan saya, bukan wife dia. Kalau saya jadi wife dia, sudah lama saya mengundur diri sebab suami dia sudah ada wanita lain. Tetapi wife dia ini seperti tiada maruah pula, menunggu pada suami yang sudah ada orang lain.


    Si A ada beritahu saya yang dia memang sudah tawar hati dengan wife dia sebab mulut wife dia yang suka membebel pada dia. Saya sendiri memang akui perkara ini yang wife dia mulut agak celupar sebab masa mula-mula saya kantoi berhubungan dengan A, wife dia pun sudah maki-maki saya.


    Hellow? Tidak boleh beri salam dulu kah? Perlu kah maki saya terus? Saya pun ada maruah.
    Saya pernah bermalam di rumah A sewaktu wife dia balik ke Kedah, wife dia punya lah pemalas, kain baju sampai bertimbun tidak lipat. Bila saya tanya pada A, memang akui wife dia seorang yang pemalas. Si A cakap, wife dia selalu beritahu tidak sempat mahu buat kerja rumah sebab anak-anak yang masih kecil. Kalau pada saya, itu semua memang alasan. Takkanlah waktu anak tidur tidak boleh buat kerja rumah? Kecualilah kalau wife dia memang seorang yang pemalas.


    Sepanjang saya berhubungan dengan A, saya diterima baik oleh keluarga A. Mama dia, angah dia dan kakak ipar dia semuanya senang dengan kehadiran saya. Katanya, mereka memang tidak sukakan wife A sebab perangai dia yang teruk itu, mulut yang sangat celupar, tidak tahu memasak.


    Angah si A cerita pada saya yang si A dipaksa berkahwin dengan wife dia sebab terlanjur dan sudah mengandung sebelum kahwin. Jadi kahwin pun secara cowboy dengan belanja RM3,000 saja. Mama si A langsung tidak datang berkira pun, cuma cakap melalui telefon. Berjumpa masa nikah saja. Ye lah, perempuan macam itu, sebelum nikah pun sudah bawa perut, patutlah famili si A tidak suka.


    Sebab itu jugalah rumahtangga mereka jadi macam ini  sebab awal kahwin pun sudah tidak elok. Bukan salah saya sebabkan keluarga si A pun sudah lama membenci pada wife A. Masalahnya sekarang ini, saya tidak suka dengan wife A sebabkan sibuk mengacau hidup saya. Wife A siap telefon mak saya beritahu apa yang saya sudah buat pada dia. Lepas itu, dia cerita apda mak saya yang saya punca dia bercerai sebabkan pada hari dia bercerai itu, mereka bergaduh disebabkan mesej yang saya hantar pada wife si A.


    Memang saya akui saya ada mesej maki dia, tapi dia memang layak dimaki pun sebabnya sebelum ini pun wife si A sudah beritahu mak saya yang saya bercinta dengan si A sampaikan saya perlu cari kerja di tempat lain. Untuk pengetahuan, saya bekerja satu tempat dengan A. Jadi  sekarang saya kerap mesej dan maki wife A sebab dialah punca saya bergaduh dengan A dan kena cari tempat kerja lain.


    Saya tidak faham kenapa dengan wife A ini, tidak habis-habis dengki dengan saya. Tidak sedar lagi ke diri itu banyak salah dan banyak kurang? Ini tidak asyik salahkan saya. Memang suami dia sudah tiada hati dengan dia. Dia itu yang merayu pada suami dia. Sekarang ini pun wife si A pun merayu-rayu untuk rujuk balik. Saya kasihankan pada wife si A ini sebab terdesak sangat macam perempuan murahan.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 'Dia Malas Dan Tak Pandai Pasang Badan, Sebab Tu Aku Rampas Suami Dia' Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top