728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 25 March 2017

    Mahu Gelaran 'Tan Sri', Ada Pihak Rasuah Sultan Johor RM2 Juta



    Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat mereka yang cuba untuk merasuah baginda bagi mendapatkan anugerah pingat daripada Yang di-Pertuan Agong.


    Sultan Johor itu berkata baginda ditawarkan RM2 juta untuk mencadangkan nama individu berkenaan kepada Ketua Setiausaha Negara bertujuan memperoleh gelaran 'Tan Sri'.


    "Saya mahu SPRM datang menghadap saya segera supaya perkara ini dapat disiasat.


    "Ini Johor... kami ada harga diri. Anda tidak boleh beli anugerah dan gelaran dengan wang ringgit," titah baginda menerusi laman Facebook pada Sabtu.


    Tambah Sultan Ibrahim, baginda sedia mendedahkan maklumat kepada SPRM mengenai maklumat orang tengah berkenaan.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Mahu Gelaran 'Tan Sri', Ada Pihak Rasuah Sultan Johor RM2 Juta Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top