728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 24 March 2017

    Izara Aishah Mengaku Selesa Dengan Irwansyah





    TIDAK ditemani pengurus atau ahli keluarga, Izara Aishah tetap selesa sepanjang berada di Jakarta, Indonesia untuk menjalani penggambaran drama Dia sejak Selasa lalu.

    Izara dijangka berada di sana selama dua minggu untuk melakonkan watak Emelda, isteri kepada Adit, lakonan Irwansyah dan ini merupakan kali pertama dia berlakon dengan hero filem Heart itu.

    Menurutnya, Dia merupakan drama 60 episod pertama yang dilakonkan dan drama terbitan OrangeTree Production itu diarah oleh pengarah Malaysia, Eoon Shuhaini dan Omar Aly Adly dari Indonesia.

    “Saya memang teruja untuk berlakon dalam drama ini kerana merupakan projek drama yang menggabungkan pelakon tempatan dan Indonesia. Nak juga cari pengalaman baharu berlakon dengan artis seberang.

    “Malah ini juga kali pertama saya berlakon drama episod yang panjang. Panjang tak panjang, 16 episod juga saya muncul. Saya tak suka terikat lama dengan sesebuah produksi sebab itulah saya elak berlakon drama panjang.

    “Sebelum datang sini, saya fikir mesti penggambaran dilakukan dalam keadaan pantas. Rupa-rupanya sama sahaja dengan senario di set lokasi drama kita kerana pengarah, Pak Omar, seorang yang santai dan memberi kebebasan kepada pelakon untuk melakonkan karakter masing-masing,” ceritanya sewaktu ditemui di lokasi penggambaran Ahad lalu.

    Tambah Izara, disebabkan drama ini menampilkan dua pengarah, ada ketikanya dia jadi keliru kerana setiap pengarah ada gaya tersendiri.

    “Abang Eoon mengarah dengan cara dia dan Pak Omar dengan caranya. Apapun saya tetap gembira kerana dapat menimba pengalaman dari dua pengarah. Walaupun saya tidak ditemani sesiapa di sini saya tidak rasa sunyi kerana rata-rata kru sangat mesra.

    “Begitu juga dengan pasangan lakon saya, Irwansyah. Mula-mula macam agak kaku sikit tapi apabila kami sudah berlakon beberapa babak, terus jadi kawan.

    “Selalunya kami akan berbincang perkara yang akan dilakukan supaya aksi nampak semula jadi dan bukan dibuat-buat kerana penggambaran di Bogor adalah waktu Emelda dan Adit berbulan madu,” katanya. – KHADIJAH IBRAHIM

    Mahu watak ikon

    Dalam pada itu, Izara teruja untuk berlakon dalam filem atau drama yang menjurus kepada biografi sebagai pelakon utama.

    “Saya ada impian untuk berlakon dalam produksi yang menghasilkan cerita biografi, kisah hidup orang ternama.

    “Dalam kepala saya terfikir, kalaulah saya boleh bawa watak Mona Fandey, mesti mencabar.

    “Mesti banyak persiapan yang perlu saya lakukan untuk menjayakan watak tersebut.

    “Kalau tidak Mona Fandey, saya mahu lakonkan watak ikon negara yang memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

    “Kalau ditawarkan watak sebegitu, kena dengan caranya memang saya tak akan menolak kerana saya suka melakukan sesuatu yang mencabar kebolehan diri,” akuinya.

    Tak kisah watak pembantu

    Jelas Izara, dia juga tidak kisah melakonkan watak pembantu kerana heroin drama Dia ialah Janna Nick yang berlakon sebagai Aira.

    “Bagi saya pelakon utama atau pembantu, masing-masing ada tanggungjawab. Saya terima tawaran melakonkan watak Emelda kerana wataknya seorang wanita yang kuat menempuh dugaan. Emelda jarang tunjuk kesedihan di raut wajahnya tapi di dalam hati, dia menderita kerana suaminya tidak menyintainya.

    “Nak bagi penonton faham dengan situasi Emelda ini agar mencabar kerana wajah perlu manis dan senyum tapi hati sedih. Saya harap lakonan saya dapat menyentuh hati penonton,” katanya yang berlakon sebagai anak kepada Zamarul Hisham.

    Dia yang pernah berlakon sebagai cinta hati Zamarul dalam drama Cinta Masam Manis berkata, tidak ada rasa kekok apabila bertemu kembali dengan aktor itu dalam drama Dia sebagai anak pula.

    “Dulu abang Zamarul jadi pakcik Johan yang suka kepada Sarah, watak saya dalam drama Cinta Masam Manis. Sekarang ini kami berlakon sebagai bapa dan anak pula. Tak kekok pun sebab kami sudah biasa dan sewaktu adegan bersama-sama, semuanya berjalan lancar,” katanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Izara Aishah Mengaku Selesa Dengan Irwansyah Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top