728x90 AdSpace

  • Latest News

      Monday, 20 March 2017

      9 Selebriti Korea Yang Cantik Tanpa Pembedahan Plastik




      Wapaupun negara Korea terkenal dengan pembedahan plastik dan negara terbaik itu.
      Memang susah nak cari selebriti Korea yang cantik secara semulajadi tanpa pembedahan plastik.
      Dikatakan, hampir 80 peratus selebriti Korea mengubah wajah mereka. Berikut 9 selebriti Korea yang semamangnya semula jadi cantik tanpa pembedahan plastik!
      1. Yoona (Girls Generation)
      Yoona antara selebriti Korea tercantik. Yoona juga pernah tersenarai di antara 100 wanita tercantik di dunia pada tahun 2013 oleh Independent Critics. Yoona turut menjadi wanita tercantik di Asia oleh majalah di China.
      2. Kim Tae Hee
      Kebanyakan gadis di Korea impikan wajah seperti pelakon Kim Tae Hee, mata yang besar, bibir tebal dan mempunyai kelopak mata. Sentiasa tersenarai dalam wanita tercantik di Korea.
      3. Park Shin Hye
      Dalam satu temu bual, Park Shin Hye menjelaskan dia langsung tidak melakukan pembedahan plastik, padanya pembedahan plastik hanya menyakitkan sahaja.
      4. Sandra Park (2NE1)
      Sandara Park berjaya mengekalkan kecantikan asli dan disebabkan itu dia banyak terpilih menjadi CF untuk iklan produk kecantikan di Korea.
      5. Song Hye Kyo
      Duta produk kecantikan Laneige, Song Hye Kyo, satu-satunya artis Korea yang tersenarai dalam 100 wanita tercantik di dunia setiap tahun. Dia terpilih bukan sahaja kerana kecantikan semulajadi tetapi juga latar pendidikan yang dimilikinya.
      6. Song Ji Hyo
      Gambar Song Ji Hyo ketika remaja ini pernah disiarkan dalam Running Man. Doktor yang juga merupakan pakar pembedahan plastik juga pernah mengesahkan bahawa kecantikan Ji Hyo adalah asli.
      7. Moon Geun Young
      Pelakon ini sudah mula berlakon sejak kecil lagi.Wajahnya ketika zaman remaja sehingga sekarang tidak jauh beza.
      8. Jang Na Ra
      Pelakon ini digelar ‘Babyface’ Korea kerana wajahnya langsung tidak berubah dari dulu hingga sekarang. Dah umur tiga puluh pun masih comel macam ni.
      9. Han Ga In
      Merupakan peminat fanatik G Dragon memiliki kulit yang sangat cantik. Juga tersenarai antara wanita Korea tercantik. Mempunyai paras rupa yang kecil menjadikan dia sentiasa awet muda.
      Sumber: Wanista

      "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
      • Blogger Comments
      • Facebook Comments

      0 Comments:

      Post a Comment

      Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

      Item Reviewed: 9 Selebriti Korea Yang Cantik Tanpa Pembedahan Plastik Rating: 5 Reviewed By: Editor